Suriyah ditunjukkan berwarna hijau gelap; kawasan Wilayah Hatay dudukan Turki dan Lembah Golan taklukan Israel yang dituntut berwarna hijau mudaTunjuk glob
Syria[b] atau nama InggerisnyaSyriacode: en is deprecated —secara rasminya Republik Arab Syria[c]— ialah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pantai timur Laut Rum dan pedalaman kawasan Masyrik. Ia bersempadanan dengan Turki di utara, Iraq di timur dan tenggara, Jordan di selatan, serta kawasan rebutan Palestin/Israel dan negara Lubnan di barat dayanya. Ia sebuah republik terdiri dari 14 kegabenoran. Damsyik ialah ibu negara dan bandar terbesar. Dengan penduduk sehingga 25 juta merentasi kawasan 185,180 kilometer persegi (71,500 bt2), ia menjadi negara ke-57 paling ramai penduduk dan ke-87 terbesar.
Negara ini terletak dalam rantau besar Syam yang turut dikenali dengan nama Syriacode: en is deprecated oleh para sejarawan Barat. Ia merangkumi kawasan seberapa kerajaan dan empayar purba, termasuk Tamadun Ebla pada era milenium ke-3 SM. Damsyik dan Halab ialah bandar yang mempunyai kepentingan budaya yang besar. Damsyik menjadi pusat pentadbiran Khilafah Umaiyah dan ibu kota Kesultanan Mamluk di Mesir. Negara Suriyah moden ditubuhkan pada pertengahan abad ke-20 selepas berabad berada di bawah pemerintahan Uthmaniyah, sebagai Mandat Perancis. Negara ini mewakili negara Arab terbesar yang berpisah dari kawasan Suriyah yang diperintah Utmaniyah. Ia memperoleh kemerdekaan secara undang-undang (de jure) sebagai sebuah republik berparlimen pada 1945 apabila Republik Suriyah Pertama menjadi anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, suatu tindakan yang secara undang-undangnya mengakhiri Mandat Perancis. Tentera Perancis berundur pada April 1946, menyerahkan kemerdekaan mutlak (de facto) kepada negara ini.
Era pascakemerdekaan menjadi kecoh, dengan pelbagai cubaan rampasan kuasa menggegarkan negara antara 1949 hingga 1971. Pada 1958, Suriyah menyertai kesatuan seketika dengan Mesir, yang ditamatkan dengan rampasan kuasa pada 1961 dan dinamakan sebagai Republik Arab Suriyah melalui pungutan suara perlembagaan. Rampasan kuasa 1963 dilakukan oleh sayap tentera Parti Ba'ath menubuhkan negara satu parti dan memerintah Suriyah di bawah undang-undang darurat dari 1963 hingga 2011, dan telah menggantung perlindungan perlembagaan untuk rakyat. Pergelutan kuasa dalaman dalam kalangan kumpulan Ba'ath menyebabkan rampasan kuasa seterusnya pada 1966 dan 1970, yang mana akhirnya menyebabkan rampasan kuasa oleh Hafiz al-Assad. Dia akhirnya menubuhkan sebuah pemerintahan minoriti dalam kalangan penganut aliran Alawiyah untuk menyatukan semua kuasa pegangan para ahli keluarganya. Selepas kematian Hafiz, anaknya Basyar mewarisi kepresidenan pada 2000.
Industri petroleum Suriyah telah menunjukan kejatuhan ketara. Pada September 2014, ISIS telah mengeluarkan minyak lebih banyak iaitu 80,000 bbl/d (13,000 m3/d) berbanding 17,000 bbl/d (2,700 m3/d) rejim Syria. Menteri Minyak Suriyah mengatakan bahawa pada penghujung tahun 2014, pengeluaran minyak menjunam kepada 9,329 bbl/d (1,483.2 m3/d); ISIS sejak itu telah menawan lebih banyak medan minyak, dan meningkatkan anggaran pengeluaran minyak kepada 6,829 bbl/d (1,085.7 m3/d).[17] Pada tahun ketiga Perang Saudara Syria, timbalan menteri ekonomi, Salman Hayan mengatakan bahawa dua loji penapisan minyak utama Suriyah beroperasi dengan kurang daripada 10% kapasiti.[18]
Berdasarkan sejarah, Suriyah mengeluarkan minyak bergred berat daripada medan-medan yang terletak di timur laut sejak akhir 1960-an. Pada awal 1980-an, minyak bergred ringan, rendah sulfur telah ditemui berhampiran Deir ez-Zor di timur Syria. Kadar pengeluaran minyak Suriyah menurun secara drastik daripada puncaknya kepada 600,000 barrels per day (95,000 m3/d) (bpd) pada tahun 1995 sehingga kurang daripada 140,000 bbl/d (22,000 m3/d) pada tahun 2012.[19] Sebelum kekacauan meletus, lebih daripada 90% minyak Suriyah dieksport ke negara-negara Eropah, dan selebihnya dijual ke Turki.[20] Pendapatan gas dan minyak menyumbang sekitar 20% daripada keluaran negara kasar dan 25% daripada jumlah pendapatan kerajaan.[20]
^Homat el Diyar (Arab: حُمَاةَ الدِّيَارِ, rumi: Ḥumāt ad-Diyār, lit. 'Pelindung Tanah Air'code: ar is deprecated ) merupakan lagu kebangsaan pemerintah sebelumnya (1963–2024) dan Republik Pertama dan Kedua. Syria telah ditadbir oleh pemerintah peralihan sejak kejatuhan rejim Assad pada 8 Disember 2024, tanpa sebarang pengumuman setakat ini jika lagu ini akan terus digunakan sebagai lagu kebangsaan. Pihak-pihak pembangkang sebelum ini menggunakan versi dengan lirik yang diubah suai menggesa penggulingan Assad.
^Arab: سُورِيَة, rumi: Sūriyahcode: ar is deprecated atau سُورِيَا Sūriyā
^Arab: اَلْجُمْهُورِيَّةُ ٱلْعَرَبِيَّةُ ٱلْسُوْرِيَّة, rumi: al-Jumhūriyya al-ʿArabiyya as-Sūriyyacode: ar is deprecated [14]
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Khalifa2013
^Shoup, John A. (2018), The History of Syria, ABC-CLIO, m/s. 6, ISBN978-1440858352, Syria has several other ethnic groups, the Kurds... they make up an estimated 9 percent...Turkomen comprise around 4-5 percent of the total population. The rest of the ethnic mix of Syria is made of Assyrians (about 4 percent), Armenians (about 2 percent), and Circassians (about 1 percent).