Mesir Hilir pernah dikenali sebagai Ta-Mehu yang bermaksud means "bumi papirus." Ia terbahagi kepada dua puluh nome. Mesir Hilir dahulunya ialah tanah semak samun yang tidak dimajukan, tidak dibuka untuk kehidupan manusia dan dipenuhi tumbuhan seperti rumput dan herba.
Iklim Mesir Hilir adalah lebih selesa berbanding Mesir Hulu. Suhunya kurang melampau dan hujan turun lebih banyak di kawasan ini.
Ibu kota Mesir Hilir adalah Buto. Dewi penaungnya ialah dewi ular tedung Wadjet. Mesir Hilir diwakili simbol Mahkota Merah rendah Deshret, dan lambangnya ialah papirus.