Delta Nil (Arab: دلتا النيلcode: ar is deprecated Delta an-Nīl) terletak di muarasungai Nil yang mengalir keluar ke Laut Tengah di HilirMesir.[1] Delta ini merupakan antara delta terbesar menjangkau jauh hilir dari Kaherah[2] meliputi kota Iskandariah di sebelah barat ke Port Said di sebelah timur sebanyak 240 kilometer sepanjang pesisiran[3] dan 160 km (99 bt) dari utara hingga selatan.
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian penting di negara Mesir.[3] Sebanyak 39 juta orang menghuni kawasan delta ini dengan kepadatan mencecah lebih 1,000 orang per kilometer persegi; Iskandariah kota terbesar dengan kependudukan seramai 4.5 juta orang diikuti Shubra El Kheima, Port Said, El Mahalla El Kubra, Mansoura, Tanta, dan Zagazig.[4]
Geografi
Aliran
Catatan pada zaman purba seperti yang dilakukan Ptolemaeus menunjukkan delta ini pernah mempunyai 7 cabang atau alur delta bersejarah iaitu:[5]
alur Kanopos (juga alur Herakleotik[7] dan alur Agathodaemon[8])
Hanya cabang-cabang Phatnitik (kini alur Damietta) dan Bolbitine (kini Rasyid)[9] sahaja yang tertinggal dengan terkawalnya pembanjiran tahunan berikutan pembinaan empangan Aswan pada tahun 1950-an.
Delta ini merupakan habitat semula jadi pelbagai jenis burung unggas termasuk burung bangau, burung kosa dan ibis. Terdapat juga pelbagai jenis katak, penyu, kura-kura dan biawak yang menghuni di situ. Ia pernah menjadi habitat utama buaya Nil dan badak air pada zaman-zaman bersejarah.