Negara Brunei Darussalam (Jawi: نڬارا بروني دارالسلامcode: ms is deprecated ) atau Negara Brunei, Rumah Yang Aman (Bahasa Melayu) atau Brunei., Brunei Darussalam atau Nation of Brunei, the Abode of Peace (Bahasa Inggeris) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia iaitu Bahagian Limbang. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo dan juga sebahagian daripada gugusan kepulauan Filipina.
Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negera yang penting.
Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya pada abad ke-15 hingga abad ke-18, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya.
Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang kelima iaitu Sultan Bolkiah (1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh, Sultan Muhammad Hasan (سلطان محمد حسن) (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.
Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja dan juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini yang telah menggugat corak perdagangan tradisi serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain.
Pada tahun 1839, pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak (سراوق) di barat laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya.
Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) sedang meluaskan penguasaannya di timur laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya tetapi hal ehwal luar negara di bawah kawalan British.[10] Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.
Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Parti Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk persekutuanMalaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.
Sultan Hassanal Bolkiah yang gelarannya diturunkan dalam wangsa yang sama sejak abad ke-15 ialah ketua negara serta ketua kerajaan Brunei pada masa kini. Baginda dinasihati oleh beberapa majlis dan sebuah kabinet menteri, walaupun baginda secara berkesan merupakan pemerintah tertinggi. Pada September 2004, Sultan Brunei mengadakan persidangan Parlimen yang tidak pernah bersidang sejak kemerdekaan pada tahun 1984. Parlimen ini tidak mempunyai kuasa selain daripada menasihati sultan disebabkan oleh pemerintahan mutlak oleh Sultan. Brunei ialah salah satu daripada negara yang paling stabil dari segi politik di Asia.
Brunei seperti sesetengah negara yang lain juga menuntut beberapa kawasan tuntutan seperti wilayah di Sarawak iaitu Limbang dan kawasan Kepulauan Spratly yang dipertikaikan. Banyak pulau kecil yang terletak di antara Brunei dan Labuan termasuk Pulau Kuraman telah dipertikaikan oleh negara Brunei dan Malaysia. Walau bagaimanapun, pulau-pulau ini diakui sebagai sebahagian daripada Malaysia di peringkat antarabangsa.
Media massa
Media di Brunei sangat memihak kepada kerajaan. Negara ini juga mendapat status "Negara Tidak Bebas" oleh sebuah organisasi antarabangsa iaitu Freedom House.[12] Kritikan kepada kerajaan oleh pihak akhbar juga amat jarang. Kerajaan Brunei juga memiliki dan mengendali beberapa buah saluran radio dan televisyen dengan pengenalan TV digital yang menggunakan DVB-T2.[11]
Televisyen dan radio
Antara saluran televisyen yang dimiliki oleh pihak kerajaan Brunei ialah:
Sebuah syarikat penyiaran swasta dari Malaysia, ASTRO dengan usahasama sebuah syarikat dari Brunei, Kristal Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan televisyen kabel (TV Kabel) berbayar dan radio di negara itu yang dikenali sebagai Kristal-Astro dan Kristal FM.[11]
Akhbar
Sebuah syarikat penerbitan dan percetakan iaitu Brunei Press Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1953 setelah mendapat kebenaran kerajaan. Syarikat ini menerbitkan akhbar berbahasa Inggeris pertama negara itu iaitu Borneo Bulletin. Pada awalnya, akhbar itu diterbitkan setiap minggu. Pada tahun 1990, akhbar itu telah diterbitkan setiap hari dan menjadi sumber utama maklumat tentang hal ehwal tempatan dan luar negara. Selain Borneo Bulletin, terdapat juga akhbar Media Permata yang merupakan akhbar tempatan berbahasa Melayu yang diterbitkan pada setiap hari. Brunei Times, sebuah akhbar bebas dalam bahasa Inggeris juga telah diterbitkan oleh syarikat Brunei Times Sdn. Bhd., syarikat milik sekumpulan ahli perniagaan terkemuka di Brunei.[perlu rujukan]
Brunei dikelilingi oleh negara Malaysia di bahagian selatan, barat dan timurnya serta Laut China Selatan di utara dan Teluk Brunei di bahagian timur laut. Brunei terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan oleh negeri Sarawak, Malaysia dengan keluasan 5765 kilometer persegi (2226 batu persegi). Bahagian barat negara Brunei terdiri daripada Belait, Tutong dan Brunei Muara serta Temburong di bahagian timur. Garis pantai di Brunei ialah sepanjang 161 kilometer (100 batu) dan berkongsi 381 kilometer (237 batu) garis sempadan dengan Malaysia. Keluasan kawasan perairan di Laut China Selatan pula ialah 500 kilometer persegi (193 batu persegi) dan 200 batu nautika bagi kawasan zon ekonomi eksklusif.[14]
Kawasan Panaga yang terletak di daerah Belait merupakan kediaman kepada sebilangan besar rakyat asing disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi di Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini.
Kebanyakkan kawasan di Brunei terdiri daripada hutan hujan tropika tanah rendah yang memenuhi kebanyakkan kawasan di pulau Borneo.[14] Tetapi, terdapat juga kawasan hutan gunung terutamanya di bahagian timur Brunei (Temburong). Iklim Brunei ialah jenis khatulistiwa iaitu iklim yang mempunyai suhu dan kelembapan yang tinggi serta taburan sinaran matahari dan hujan lebat pada sepanjang tahun. Purata suhunya ialah kira-kira 26.1 °C (79.0 °F). Pada bulan April hingga Mei purata suhunya sedikit rendah iaitu 24.7 °C (76.5 °F) dan pada bulan Oktober hingga Disember pula menunjukkan sedikit peningkatan purata suhunya iaitu 23.8 °C (74.8 °F).[15]
Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran keusahawanan dalam negeri dan asing, kawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran minyak mentah dan gas asli membentuk hampir separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Brunei. Pendapatan yang cukup besar daripada pelaburan luar negeri menambah pendapatan daripada pengeluaran dalam negeri. Kerajaan membekalkan semua perkhidmatan perubatan dan memberikan subsidi beras dan isi rumah. Pemimpin-pemimpin Brunei berasa bimbang bahawa persepaduan dengan ekonomi dunia yang semakin bertambah akan menjejaskan perpaduan sosial dalaman, walaupun Brunei telah memainkan peranan yang lebih ketara dengan menjadi pengerusi forum APEC pada tahun 2000. Rancangan-rancangan yang dinyatakan untuk masa hadapan termasuk peningkatan kemahiran tenaga buruh, pengurangan pengangguran, pengukuhan sektor-sektor perbankan and pelancongan, serta secara umumnya, peluasan lagi asas ekonominya. Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang merupakan syarikat penerbangan negara sedang berusaha menjadikan Brunei sebagai pusat untuk perjalanan antarabangsa antara United Kingdom dan Australia. Syarikat ini juga mempunyai perkhidmatan ke destinasi-destinasi Asia yang utama.
Jumlah penduduk Brunei adalah seramai 411,900 dimana 75% penduduk tinggal di kawasan bandar (urban) dan 97% daripada jumlah penduduknya tinggal di bahagian barat yang lebih besar dengan hanya kira-kira 10,000 (3%) orang tinggal di daerah Temburong iaitu di bahagian timur. Daripada bilangan ini, lebih kurang 46,000 orang tinggal di ibu negara Bandar Seri Begawan.[16]
Bangsa
Berdasarkan Lembaga Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang bermula pada tahun 1984, etnik Negara Brunei Darussalam terdiri daripada puak atau rumpun jati secara rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan iaitu etnik Melayu Brunei, Kedayan, Tutong, Dusun, Belait, Murut dan Bisaya.
Walau bagaimanapun, penduduk tetap Brunei Darussalam juga terdiri daripada berbilang bangsa seperti bangsa Inggeris, Orang Cina , India serta kaum etnik majoriti dari Sarawak dan Sabah, Malaysia seperti Iban dan Kadazan. Terdapat juga golongan ekspatriat di Brunei yang besar jumlahnya dengan kebanyakannya warganegara British serta Australia.[17]
Berikut merupakan peratus jumlah penduduk mengikut etnik di Brunei:
Islam ialah agama rasmi Brunei yang meliputi 82.1% daripada jumlah penduduk Brunei dan Sultan Brunei merupakan ketua agama negara itu.[14] Agama-agama lain yang dianuti termasuk Kristian (8.7%), Buddha (dianuti oleh kaum Cina) serta kepercayaan animisme (dengan jumlah yang amat kecil iaitu kira-kira 4.7%).
Budaya Melayu Brunei seakan sama dengan budaya Melayu di Semenanjung Malaysia dengan pengaruh kuat daripada Hindu dan Islam tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding di Malaysia.[20] Budaya ini berasal daripada Dunia Melayu Lama yang merangkumi Kepulauan Melayu (Alam Melayu) dan ini berpunca daripada apa yang dikenali sebagai Tamadun Melayu. Walaupun budaya Brunei dipengaruhi oleh Hindu, Islam, animisme dan Barat tetapi pengaruh Islam adalah lebih kuat kerana telah tertanam lama dalam budaya Brunei sehingga menjadi cara hidup serta ideologi dan falsafah negara.[21]
Pengharaman alkohol
Sebagai sebuah negara Islam dan mengamalkan hukum syariah, jualan dan penggunaan alkohol adalah diharamkan tetapi orang luar dan bukan Islam dibenarkan membawa 12 tin bir dan dua botol spirit setiap kali mereka masuk ke negara ini.[22][23] Selepas pengenalan larangan pada awal 1990an, semua pub dan kelab malam dipaksa tutup.
Kesenian
Seni disenaraikan di Brunei terdiri daripada pelbagai jenis cabang termasuk:
^Deterding, David; Athirah, Ishamina (22 July 2016). "Brunei Malay". Journal of the International Phonetic Association. Cambridge University Press. 47: 99–108. doi:10.1017/S0025100316000189. S2CID201819132. Dicapai pada 09 July 2022. Check date values in: |access-date= (bantuan)
^"Brunei". Ethnologue. 19 February 1999. Dicapai pada 30 December 2013.
^2001 Summary Tables of the Population Census. Department of Statistics, Brunei Darussalam
^Ozog, A. C. K. (1996). The unplanned use of English: The case of Brunei Darussalam. In P. W. Martin, C. Ozog & G. Poedjosoedarmo (Eds.), Language use & language change in Brunei Darussalam (pp. 156-166). Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies.
^ abMartin, P. W., & Poedjosoedarmo, G. (1996). An overview of the language situation in Brunei Darussalam. In P. W. Martin, C. Ozog & G. Poedjosoedarmo (Eds.), Language use & language change in Brunei Darussalam (pp. 1-23). Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies.