Mukim Gadong 'B' ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini berkeluasan 2,459.62 hektar (6,077.9 ekar) dan mempunyai penduduk seramai 33,637 orang pada tahun 2016.[1][2] Mukim Gadong 'B' merupakan sebahagian daripada kawasan bandaran Bandar Seri Begawan.[3]
Sejarah
Pada asalnya mukim ini adalah sebahagian dari Mukim Gadong namun pada 21 November 2005 ianya telah dipecahkan menjadi dua mukim; mukim yang satu lagi ialah Mukim Gadong 'A'.[1]
Sejak 1 Ogos 2007, kawasan bandaran Bandar Seri Begawan telah diperluaskan yang mana keseluruhan kawasan Mukim Gadong 'B' adalah termasuk dalam kawasan perluasan tersebut.[3]
Kampung
Kampung-kampung di bawah Mukim Gadong 'B' adalah seperti berikut:[2]
Senarai kampung di Mukim Gadong 'B'
Kampung
|
Penduduk (2016)
|
Kampung Beribi
|
5,679
|
Kampung Kiarong
|
4,530
|
Kampung Kiulap
|
3,400
|
Kampung Mata-Mata
|
6,126
|
Kampung Menglait
|
2,262
|
Kampung Pangkalan Gadong
|
3,147
|
Kampung Perpindahan Mata-Mata
|
2,385
|
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 1
|
2,409
|
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 2
|
1,791
|
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 3
|
1,908
|
Jumlah
|
33,637
|
Lihat juga
Rujukan