Kebanyakan bir mendapat perisanya tersendiri daripada penambahan sejenis bahan tumbuhan khusus iaitu hop yang menambah kepahitan serta berperanan sebagai pengawet semula jadi, perisa lain seperti herba atau buah mungkin sekali-sekala digunakan. Minuman beralkohol yang menyuling selepas penapaian atau ditapai daripada sumber tidak berkanji seperti jus anggur (wain) atau madu (wain madu) tidak dikelas sebagai bir.
Penghasilan
Proses pembuatan bir atau pembruan menentukan ciri akhir arak yang diingini seperti rasa dan warna jenis maupun klasifikasinya. Kadar alkohol bir biasanya berkisar antara 4 dan 6% abv (alcohol by volume; alkohol berdasarkan volume), meski ada pula yang serendah kurang dari 1% abv maupun yang mencapai 20% abv.
Industri pembuatan bir merupakan industri global yang sangat besar dan sekarang ini kebanyakan dikuasai oleh konglomerat yang dibentuk dari penggabungan pengusaha-pengusaha yang lebih kecil.