Tokelau merupakan satu wilayah New Zealand yang terdiri daripada tiga atol (kepulauan cincin) di Lautan Pasifik selatan. Nama lama Tokelau ialah Union Islands. Ia mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar yang paling rendah di dunia.
Tokelau telah mengadakan referendum pada Oktober 2007 untuk menentukan semula status politiknya di New Zealand. Jika referendum itu berjaya, Tokelau akan mencapai status negara berkerajaan sendiri dalam persatuan bebas dengan New Zealand, seperi Niue dan Kepulauan Cook. Namun, referendum itu gagal pada 24 Oktober2007, kerana undian sokongan kurang daripada majoriti dua per tiga.
Geografi
Tokelau merangkumi tiga buah atol di selatan Lautan Pasifik, di antara longitude 171° dengan 173° B, serta latitud 8° dengan 10° S, kira-kira di tengah-tengah Hawaii dan New Zealand. Dari Atafu di utara ke Fakaofo di selatan, Tokelau memanjang kurang 200 km. Atol-atol ini terletak kira-kira 500 kilometer (311 batu) utara Samoa. Atol-atol Tokelau ialah Atafu, Nukunonu dan Fakaofo. Keluasan tanah gabungan ialah 10.8 km2 (4.2 bt2). Stiap atol memiliki sebilangan pulau karang yang memiliki kampung. Titik tertinggi Tokelau hanya 5 meter (16 kaki) atas paras laut.[3] Tokelau tiada pelabuhan bagi kapal-kapal besar, tetapi mempunyai jeti bagi pengangkutan barangan dan orang ramai.[4][5][6] Tokelau berkedudukan dalam garisan siklon tropika Pasifik.