Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Apr 2024)
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (April 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Arab itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|ar|العراق}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Terdapat beberapa cadangan mengenai asal nama Iraq; satu datangnya daripada bandar Sumeria Uruk (atau Erech). Cadangan lain adalah perkataan Iraq datangnya daripada bahasa Aramaic, bermaksud "tanah di sepanjang muara-muara sungai."
Di bawah dinasti Sassanid , terdapat satu kawasan dipangil "Iraq Arabi" yang mana merujuk kepada bahagian selatan Iraq. Al-Iraq adalah nama yang telah digunakan oleh orang-orang Arab sendiri kepada tanah tersebut sejak abad ke-6.
Mengikut sejarah, Iraq dikenali sebagai Mesopotamia, yang secara harfiahnya bererti "di antara sungai-sungai" dalam bahasa Yunani. Tanah ini menjadi tempat kelahiran peradaban pertama dunia yang dikenali dengan budaya Sumeria, diikuti dengan budaya Akkadia, Babilonia dan Asyur yang pengaruhnya meluas ke daerah-daerah tetangganya sejak sekitar 5000 SM. Peradaban-peradaban ini menghasilkan tulisan tertua dan sebagian dari ilmu pengetahuan, matematik, perundangan/hukum-hakam dan falsafah yang pertama di dunia, sehingga menjadikan wilayah ini sebagai pusat yang popular dan dikenali umum sebagai "Buaian Peradaban". Peradaban Mesopotamia kuno mendominasi peradaban-peradaban yang lain pada zamannya.
Geografi Iraq adalah pelbagai dan terbahagi kepada lima kawasan utama: padang pasir (barat Euphrates), Mesopotamia Atas (antara hulu sungai Tigris dan Euphrates), tanah tinggi utara Iraq, Mesopotamia Hilir, dan dataran aluvium yang memanjang dari sekeliling Tikrit ke Teluk Parsi.
Pergunungan di timur laut adalah lanjutan sistem alpine yang membentang ke timur dari Balkan melalui selatan Turki, utara Iraq, Iran, dan Afghanistan, akhirnya sampai ke Himalaya di Pakistan. Gurun terletak di wilayah barat daya di sepanjang sempadan dengan Arab Saudi dan Jordan dan secara geografinya terletak di Semenanjung Arab.
Ekonomi Iraq dikuasai oleh sektor minyak, yang telah menyediakan kira-kira 99.7% daripada pendapatan pertukaran asing semasa sejarah modennya.[5] Sehingga 2021, sektor minyak menyediakan kira-kira 92% daripada pendapatan pertukaran asing.[6] Ekonomi agraria Iraq sehingga kini mengalami perkembangan pesat berikutan Revolusi 14 Julai (1958) yang menggulingkan pemerintahan beraja Iraq Hasyimiah. Ia telah menjadi ekonomi ketiga terbesar di Timur Tengah menjelang 1980. Ini berlaku sebahagiannya kerana inisiatif perindustrian dan pembangunan infrastruktur kerajaan Iraq yang berjaya pada tahun 1970-an, termasuk projek pengairan, pembinaan kereta api dan lebuh raya, dan elektrifikasi luar bandar.[7]
Pada 1980-an, masalah kewangan yang disebabkan oleh perbelanjaan besar-besaran dalam Perang Iran-Iraq dan kerosakan kemudahan eksport minyak oleh Iran menyebabkan kerajaan Ba'ath melaksanakan langkah-langkah penjimatan, meminjam banyak, dan kemudian menjadualkan semula pembayaran hutang asing. Iraq mengalami kerugian ekonomi sekurang-kurangnya $80 bilion daripada perang.[8] Pada tahun 1988, permusuhan berakhir. Eksport minyak secara beransur-ansur meningkat dengan pembinaan saluran paip baru dan pemulihan kemudahan yang rosak, tetapi sekali lagi mengalami penurunan mendadak selepas Perang Teluk Parsi. KDNK menurun kepada satu perempat daripada keluaran dalam negara kasar 1980 dan terus menurun di bawah sekatan antarabangsa selepas perang, sehingga menerima bantuan daripada Program Minyak untuk Makanan PBB pada tahun 1997.[9][7]
Iraq dibagi ke dalam 18 governorat (atau provinsi) (bahasa Arab: muhafadhat, tunggal - muhafadhah, bahasa Kurdish: پاریزگه Pârizgah). Pemerintahan dibahagi lagi ke dalam sejumlah qadhas (atau distrik).
Konstitusi Iraq yang baru mempersiapkan pembentukan sejumlah wilayah dengan menggabungkan 1 governorat atau lebih. Kini hanya mempunyai 1 wilayah - Kurdistan Iraq - dan ada usulan agar lebih banyak lagi wilayah yang dibentuk di selatan.
Templat:Meso Labelled Map
Anggaran pada bulan Julai 2006 jumlah semua penduduk Iraq ialah sebanya 26,783,383 orang.
75-80% penduduk Iraq adalah bangsa Arab; kelompok etnik utama yang lain adalah Kurdi (15-20%), Asyria, Turkmen Iraq dll (5%), yang kebanyakan tinggal di utara dan timur laut negeri. Kelompok yang lain adalah orang Parsi dan Armenia (kemungkinan keturunan budaya Mesopotamia kuno). ±25.000–60.000 orang Arab Marsh tinggal di selatan Iraq.
Bahasa Arab dan Kurdi adalah bahasa rasmi. Bahasa Asyria dan Turkmen adalah bahasa rasmi di daerah-daerah yang berturut-turut ditinggali oleh orang Asyria dan Turkmen. Bahasa Armenia dan Parsi juga dituturkan namun jarang sekali. Bahasa Inggeris adalah bahasa barat yang umum dituturkan.
Komposisi etnik:
Kelompok etnik: Arab, 75–80%; suku Kurdish, 15-20%; Turkoman, Assyria atau lainnya 5%.
Agama: Islam, 97%; Kristian atau agama lain hanya sebanyak 3%.
Proporsi:
Tidak ada angka rasmi yang tersedia, terutama kerana sifatnya yang sangat politik.
Sumber: Britannica: Syiah 60%, Sunni 40%
Sumber: CIA World Fact Book: Syiah 60%-65%, Sunni 32%-37%
Menurut kebanyakan sumber-sumber barat, majoriti bangsa Iraq adalah orang Arab MuslimSyiah (sekitar 60%), dan Sunni yang mewakili sekitar 40% dari seluruh populasi yang terdiri dari suku Arab, Kurdi dan Turkmen. Orang-orang Sunni menyangkal keras angka-angka ini, termasuk seorang bekas duta besar Iraq [10], yang mengacu ke sumber-sumber Amerika [11]. Mereka mengklaim bahwa banyak laporan atau sumber hanya mencantumkan Sunni Arab hanya sebagai 'Sunni', dan tidak memperhitungkan orang-orang Sunni Kurdi dan Sunni Turkmen. Sebagian berpendapat bahwa Sensus Irak 2003 memperlihatkan bahawa orang-orang Sunni sedikit lebih banyak[12]. Etnik Assyria (kebanyakan daripadanya adalah pemeluk Gereja Katolik Khaldea dan Gereja Assyria di Timur) mewakili sebagian terbesar penduduk Kristen Irak yang cukup besar, bersama-sama dengan orang Armenia. Pemeluk Baháí, Mandeanisme, Sabak, dan Yezidi juga ada. Kebanyakan orang Kurdi adalah pemeluk Muslim Sunni, meskipun kaum Kurdi Faili (Feyli) umumnya adalah Syiah.
Agama di Iraq bermula sejak Mesopotamia Purba, khususnya Sumer, Akkad, Assyria dan Babylonia antara sekitar 3500 SM dan 400 AD, selepas itu sebahagian besarnya memberi laluan kepada Kristian Syria dan kemudiannya kepada Islam.[14][15]
Banci kebangsaan tidak diadakan sejak 1987.[16] Pada tahun 2020-an, negara ini adalah sebahagian besar Muslim, yang berpecah kepada dua mazhab berbeza, Syiah dan Sunni. Kira-kira 95% hingga 98% penduduk adalah Muslim, dengan Syiah Muslim membentuk majoriti sedikit.[17][18]
Selebihnya mengikuti agama Kristian, Yazidisme, Mandaeisme dan Yarsanisme.
UNESCO melaporkan bahawa Iraq sebelum ini mempunyai salah satu persembahan pendidikan terbaik di rantau Timur Tengah/Asia Barat.[19] Di sekolah rendah, kadar enrolmen kasar dahulu adalah 100%, dan tahap celik huruf adalah tinggi. Kadar buta huruf ialah 20% pada tahun 1987.[20] Walau bagaimanapun, pendidikan telah menderita sejak 1980-an dan terutamanya 1990-an berikutan perang Teluk, sekatan antarabangsa, pendudukan Amerika, dan ketidakstabilan umum di negara ini.[perlu rujukan]
Sehingga 2018, 92% kanak-kanak telah mendaftar di sekolah rendah.[21] Walau bagaimanapun, hanya lebih separuh daripada kanak-kanak berpendapatan rendah menamatkan sekolah rendah, dan kurang daripada satu suku tamat sekolah menengah.[21] Kadar celik huruf Iraq dianggarkan 82[20]-85%[22]
Dalam era milenium yang paling mutakhir ini, Iraq telah dibahagikan menjadi lima daerah budaya: Kurdi di utara yang berpusat di Arbil, ArabIslamSunni di tengah sekitar Baghdad, Arab Islam Syiah di selatan yang berpusat di Basra, Assyria, sekelompok orang Kristian yang tinggal di berbagai kota di utara, dan Arab Rawa, sekelompok orang yang berpindah-pindah, yang tinggal di daerah berawa-rawa di sungai tengah. Pasar dan barter adalah bentung perdagangan yang lazim mereka lakukan.
Iraq dikenali terutama kerana alatan muziknya yang disebut oud (mirip dengan lute) dan rebab; bintang-bintangnya termasuk Ahmed Mukhtar dan Munir Bashir, seorang Assyria. Hingga kejatuhan Saddam Hussein, stesen radio yang paling popular di Iraq adalah "Suara Pemuda". Stesen ini memainkan campuran muzik rock barat, hip hop dan muzik pop, yang kebanyakannya diimport dari Jordan kerana adanya sanksi ekonomi antarabangsa. Iraq juga memproduksikan seorang bintang pop
pan-Arab penting yang hidup di pengasingan iaitu Kazem al Saher, yang lagu-lagunya mencakupi Ladghat E-Hayya, yang dilarang kerana kata-katanya yang terlalu kasar dan kurang menyenangkan.
Hanna Batatu, "The Old Social Classes and the Revolutionary Movements of Iraq", Princeton: Princeton University Press, 1978
Irak adalah salah satu setting utama untuk novel fiksi ilmiah John J. Rust "Epsilon"
A Dweller in Mesopotamia, petualang seorang seniman rasmi di Taman Eden, oleh Donald Maxwell, 1921. (faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia; DjVu & layered PDF format)
By Desert Ways to Baghdad, oleh Louisa Jebb (Mrs. Roland Wilkins) Dengan ilustrasi dan peta, 1908 (edisi 1909). (faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia; DjVu & layered PDF format)
Juan Cole, a leading scholar and public intellectual
The Ground Truth ProjectDiarkibkan 2006-09-26 di Wayback Machine -- A series of exclusive interviews and other resources capturing the voices of Iraqis, aid workers, military personnel and others who have spent significant time on-the-ground in Iraq.