Bank Dunia bertujuan secara rasminya mengurangan kemiskinan. Menurut Perkara-Perkara Dipersetujui (Articles of Agreement) Bank Dunia, sebagaimana telah diubah, efektif sejak 16 Februari 1989, seluruh keputusannya harus diarahkan oleh sebuah komitmen untuk mempromosikan pelaburan luar negeri, perdagangan antarabangsa dan kemudahan pelaburan modal.[7]
Pengoperasian bank ini dijaga melalui pembayaran sebagaimana diatur oleh negara-negara anggota. Kegiatan institusi Bank Dunia saat ini bertumpu kepada bidang-bidang tertentu seperti pendidikan, pertanian dan industri. Bank tersebut memberi pinjaman dengan tarif ditentukan kepada negara negara anggota yang dibantu serta berada dalam kesusahan. Sebagai balasannya, pihak Bank juga meminta bahwaa langkah-langkah menjaga perekonomian perlu ditempuhi, misalnya pembanterasan korupsi dapat diatasi atau demokrasi dikembangkan.
Latar belakang
Bank Dunia ditubuhkan bersama-sama Tabung Kewangan Antarabangsa dalam Persidangan Bretton Woods tahun 1944. Maskipun banyak negara terlibat dalam persidangan ini, Amerika Syarikat dan United Kingdom merupakan negara paling berpengaruh dari segi kewangan lalu mendominasi perbincangan dan perundingan yang dilakukan dalam rangka kerja institusi ini;[8]:52–54 malah hampir semua presiden yang mengepalai institusi ini meurpakan seorang warga Amerika Syarikat,[9] dan institusi ini juga berpangkalan dengan IMF di Washington, DC, ibukota negara tersebut.
^"About Us". World Bank. 29 Jun 2011. Dicapai pada 14 Ogos 2011.
^Goldman, Michael (2005). Imperial Nature: The World Bank and Struggles for Social Justice in the Age of Globalization. New Haven, CT: Yale University Press. ISBN978-0-300-11974-9.