[1]Pertanian (Jawi: ڤرتانينcode: ms is deprecated ) ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.
Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).
Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[6] Meskipun pertanian menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).[7]
Gambaran keseluruhan
Pertanian telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan tamadun, dengan sebahagian jumlah penduduk yang amat besar mengerjakan pertanian sehingga Revolusi Perindustrian. Pembangunan teknik pertanian telah meningkatkan daya pengeluaran pertanian secara beransur-ansur, dengan tempoh sewaktu teknik itu tersebar secara meluas sering dikenali sebagai revolusi pertanian. Peralihan yang luar biasa dalam amalan pertanian berlaku pada abad yang lalu sebagai tindak balas kepada teknologi baharu. Khususnya, kaedah Haber-Bosch untuk mensintesis ammonium nitrat mengurangkan keperluan amalan tradisional yang membabitkan kitar semula nutrien menerusi penggiliran tanaman dan baja haiwan.
Nitrogen tiruan, bersama-sama dengan fosfat batuan lombong, racun perosak, dan penjenteraan telah meningkatkan hasil tanaman secara ketara pada awal abad ke-20. Bekalan bijian yang semakin bertambah juga menyebabkan ternakan yang lebih murah. Tambahan lagi, kenaikan hasil sedunia telah dialami pada akhir abad ke-20 apabila kelainan hasil tinggi bijian ruji yang umum seperti padi, gandum, dan jagung diperkenalkan sebagai sebahagian Revolusi Hijau. Revolusi Hijau mengeksport teknologi (termasuk racun perosak dan nitrogen tiruan) dari dunia maju ke dunia membangun. Thomas Malthus terkenal kerana meramalkan bahawa Bumi tidak berupaya menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah, tetapi teknologi seperti Revolusi Hijau telah membenarkan dunia menghasilkan lebihan makanan.[8]
Banyak pemerintahan mengamalkan pertanian bersubsidi untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi. Subsidi pertanian ini seringnya dikaitkan dengan pengeluaran komoditi yang tertentu seperti gandum, agung, padi, kacang soya, dan susu. Sesungguhnya, subsidi itu, terutamanya apabila dimulakan oleh negara maju, telah diperhatikan sebagai langkah pelindung yang tidak cekap dan menjejaskan persekitaran.[9] Pada abad yang lalu, pertanian telah dicirikan oleh daya pengeluaran yang tertingkat, penjenteraan, pencemaran air, dan susidi ladang. Penyokong perladangan organik seperti Sir Albert Howard mendebatkan pada awal 1900-an bahawa penggunaan lebihan racun perosak dan baja tiruan menjejaskan kesuburan tanih pada jangka panjang. Sedangkan perasaan ini terpendam berdekad-dekad lamanya, terdapat arah aliran yang menuju kepada pertanian boleh kekal oleh sesetengah petani, pengguna, dan pembuat dasar sewaktu kesedaran persekitaran meningkat pada 2000-an. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat terhadap kesan persekitaran luaran yang diakibatkan oleh pertanian aliran utama, khususnya pencemaran air,[10] yang membawa kepada pembentukan gerakan organik. Salah satu pengaruh yang utama di belakang gerakan ini ialah Kesatuan Eropah yang mula-mulanya mengesahkan makanan organik pada 1991. Seterusnya pada 2005, ia membuat pembaharuan pada Dasar Pertanian Umum (CAP) yang dikenali sebagai penyahgandingan untuk menghentikan sebarang subsidi ladang berkait komoditi secara berperingkat-peringkat.[11] Pertumbuhan perladangan organik telah membaharui penyelidikan teknologi alternatif seperti pengurusan perosak sepadu dan pembiakbakaan pilihan, dengan pembangunan teknologi aliran utama yang terkini termasuklah makanan terubah suai genetik.
Selewat 2007, sebilangan faktor menyebabkan kenaikan harga bijian yang digunakan sebagai makanan untuk ayam itik, serta juga lembu tenusu dan lembu yang lain. Ini menyebabkan kenaikan harga gandum (naik 58%), kacang soya (naik 32%), dan jagung (naik 11%) pada sepanjang tahun tersebut.[12][13]Rusuhan makanan baru-baru ini telah berlaku di banyak negara di seluruh dunia.[14][15][16] Juga pada 2007, satu epidemikkarat batanggandum yang diakibatkan oleh rasUg99 merebak ke seluruh Afrika lalu masuk ke Asia dan menimbulkan rasa bimbang yang utama.[17][18][19] Justera, lebih kurang 40% daripada tanah pertanian di seluruh dunia dinyahgredkan dengan teruk.[20] Jika arah aliran semasa dalam pemerosotan tanah berterusan di Afrika, benua itu mungkin hanya berupaya menghasilkan makanan untuk 25% daripada penduduknya menjelang 2025, menurut Institut untuk Sumber Semula Jadi yang dikendalikan oleh United Nations University (UNU) di Ghana, Afrika.[21]
Sejarah
Sejak permulaannya kira-kira 10,000 tahun yang lalu,[22] pertanian telah berkembang pesat daripada segi keluasan dan hasilnya. Pada sepanjang tempoh perluasan itu, teknologi dan tanaman baharu disepadukan. Walaupun amalan pertanian seperti pengairan, penggiliran tanaman, baja, dan racun perosak sudah lama diperkenalkan, namun pencapaian kemajuan yang besar hanya berlaku pada abad yang lalu. Sejarah pertanian memainkan peranan yang utama dalam sejarah manusia kerana kemajuan pertanian merupakan salah satu faktor yang penting dalam perubahan sosioekonomi di seluruh dunia. Tumpuan kekayaan dan pengkhususan ketenteraan yang jarang ditemui dalam budaya pemburu-pemungut umumnya dilihat dalam masyarakat yang mengamalkan pertanian. Demikian juga halnya dengan seni seperti kesusasteraanepik dan seni bina tersergam dan bersejarah, serta juga sistem undang-undang terkanun. Apabila petani mampu menghasilkan makanan yang melebihi keperluan keluarga masing-masing, orang lain di dalam masyarakat mereka dibebaskan untuk mengabdikan hidup mereka dalam projek bukan pemerolehan makanan. Ahli sejarah dan ahli antropologi telah lama berpendapat bahawa pembangunan pertanian memungkinkan peradaban.
Pengeksportan haiwan yang paling penting dari Dunia Lama ke Dunia Baharu ialah kuda dan anjing (anjing sudah wujud di benua Amerikapra-Columbus tetapi tidaklah dalam bilangan dan baka yang sesuai untuk mengerjakan ladang). Walaupun biasanya tidak digunakan sebagai haiwan makanan, kuda (termasuk keldai dan kuda padi) dan anjing pantasnya memainkan peranan pengeluaran di ladang hemisfera Barat.
Menjelang awal 1800-an, teknik dan alat pertanian, simpanan biji benih, dan kultivar (tumbuhan tanaman yang dipilih dan diberikan nama tersendiri kerana ciri hiasan atau kebergunaannya) telah diperbaik sehingga hasil daripada setiap unit tanah bertambah berkali-kali, berbanding dengan daya pengeluarannya pada Zaman Pertengahan. Dengan kebangkitan penjenteraan yang pesat pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20, khususnya dalam penggunaan traktor, kerja perladangan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan pada skala yang mustahil sebelumnya. Kemajuan ini telah menyebabkan kecekapan yang membolehkan sesetengah ladang moden di Amerika Syarikat, Argentina, Israel, dan Jerman, serta sebilangan negara yang lain untuk mempertingkat daya pengeluaran hasil bermutu tinggi pada takat tertinggi yang praktikal.
Kaedah Haber-Bosch untuk mensintesis ammonium nitrat merupakan suatu pencapaian yang cemerlang dan membenarkan hasil tanaman untuk mengatasi kekangan yang dahulu. Pertanian pada abad yang lalu telah dicirikan oleh daya pengeluaran tertingkat, penggantian buruh dengan baja tiruan dan racun perosak, pencemaran air, serta subsidi ladang. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat terhadap kesan persekitaran luaran bagi pertanian konvensional yang telah melahirkan gerakan organik.
Tiga jenis bijirin, iaitu beras, jagung, dan gandum, membekalkan 60% daripada jumlah makanan manusia.[27] Antara 1700 hingga 1980, "keluasan kawasan tanaman di seluruh dunia naik sebanyak 466%", dengan hasilnya bertambah dengan pesat, terutamanya kerana kelainan pembiakbakaan pilihan yang berhasil tinggi, baja, racun perosak, pengairan, dan jentera.[27] Sebagai contoh, pengairan di Colorado timur meningkatkan hasil jagungnya sebanyak 400% hingga 500% dari 1940 hingga 1997.[27]
Bagaimanapun, kebimbangan telah diutarakan tentang kebolehkekalan pertanian intensif. Pertanian intensif telah dikaitkan dengan kemerosotan mutu tanah di India dan Asia, dan terdapat rasa bimbang yang semakin meningkat tentang kesan buruk baja dan racun perosak pada alam sekitar, khususnya kerana jumlah penduduk serta permintaan makanan kian bertambah. Monokultur yang biasanya digunakan dalam pertanian intensif mengakibatkan pertambahan bilangan perosak yang dikawal menerusi racun perosak. Pengurusan perosak sepadu (IPM), yang "digalakkan selama berdekad-dekad dan telah mencapai setakat kejayaan" tidak banyak mempengaruhi penggunaan racun perosak kerana dasar menggalakkan penggunaannya, selain daripada fakta bahawa IPM sungguh berpengetahuan-intensif.[27] Walaupun "Revolusi Hijau" meningkatkan hasil padi dengan ketara di Asia, tidak terdapatnya sebarang kenaikan hasil yang dilihat pada 15-20 tahun yang lalu.[27] "Potensi hasil" genetik untuk gandum telah meningkat tetapi potensi hasil untuk padi tidak menunjukkan sebarang kenaikan sejak 1966, dengan potensi hasil untuk jagung "hampir tidak naik pada sepanjang tempoh 35 tahun yang lalu".[27]Rumpai yang tahan racun perosak mengambil masa satu atau dua dekad untuk muncul, dengan serangga mencapai ketahanan terhadap racun perosak dalam tempoh sekitar sedekad.[27]
Ekspedisi pemeriksaan teliti pertanian sejak akhir abad ke-19 telah dilancarkan untuk menemukan spesies dan amalan pertanian yang baharu di merata-rata kawasan di dunia. Dua contoh ekspedisi tersebut yang awal termasuk:
Hanya 28% wilayah Tajikistan yang meliputi 14.3 juta hektar ialah tanah pertanian. Dari jumlah luas tanah pertanian (4,1 juta hektar pada tahun 2006), 21% ialah tanah pertanian, 3% berada di bawah tanaman tahunan (kebun anggur), dan 76% ialah padang rumput dan tanah kering. Pertanian yang subur di Tajikistan sangat bergantung pada pengairan. Kawasan berair meningkat dengan stabil dalam tempoh Soviet dari 300,000 hektar pada tahun 1950 menjadi 714,000 hektar pada tahun 1990, pada malam kemerdekaan. Terdapat sedikit pengembangan pengairan setelah tahun 1990, dan kawasan pengairan pada tahun 2006 adalah 724,000 hektar. Sistem pengairan Tajikistan meliputi 737,700 ha tanah, di mana 300,000 ha ialah zon pengairan mesin. Mereka dibahagikan kepada 4 kategori mengikut peralatan teknikal:
Pemilikan dan pembiakan yang teliti selama berabad-abad telah amat mempengaruhi ciri tumbuhan tanaman. Pembiak tumbuhan menggunakan rumah hijau dan teknik yang lain untuk mendapatkan sehingga tiga generasi tumbuhan setiap tahun supaya mereka dapat membuat pembaikan dengan lebih pantas.
Sebagai perbandingan, hasil purata gandum di negara seperti Perancis melebihi 8 t/ha. Perbezaan hasil disebabkan terutamanya oleh perbezaan iklim, genetik, dan penggunaan (atau tidak) teknik perladangan intensif (penggunaan baja, kawalan perosak kimia, dan kawalan pertumbuhan untuk mengelakkan rebah. (Nota pertukaran: 1 busyel gandum = 60 paun (lb) ≈ 27.215 kg. 1 busyel jagung = 56 paun ≈ 25.401 kg)
Dalam bidang pertanian perindustrian, "perbaikan" tanaman seringnya mengurangkan mutu pemakanan dan mutu yang lain demi memanfaatkan pengeluar. Selepas jentera penuai tomato mekanik dibangunkan pada awal 1960-an, ahli sains pertanian membiak tomato yang lebih keras dan kurang berzat. (Friedland dan Barton 1975). Sebenarnya, satu kajian longitud yang utama tentang aras nutrien bagi banyak sayur menunjukkan kemerosotan yang ketara pada 50 tahun yang lalu. Pada hari ini, Vitamin B2 dalam sayur kebun di Amerika Syarikat merosot sebanyak 38% pada puratanya, manakala vitamin C merosot sebanyak 15% (Davis dan Riordan 2004).
Baru-baru ini, kejuruteraan genetik telah digunakan di sesetengah kawasan di dunia untuk mempercepat proses pemilihan dan pembiakan. Pengubahsuaian yang paling banyak digunakan ialah gen ketahanan racun perosak yang membenarkan tumbuhan tahan pendedahan glifosat yang digunakan untuk mengawal rumpai. Satu pengubahsuaian yang kurang digunakan kerana lebih berkontroversi menyebabkan tumbuhan menghasilkan toksin bagi mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh serangga (lihat Starlink). Kesan yang sama masih berlaku sehingga hari ini, dengan sebarang perubahan terhad hanya kepada teknologi.
Terdapat pengeluar khusus yang menternakkan atau menanam jenis ternakan dan tanaman yang kurang biasa. Akuakultur, iaitu penternakan ikan, udang, dan alga, amat berkait dengan pertanian. Pemeliharaan lebah yang secara tradisi dilakukan untuk menghasilkan madu lebah kini semakin dipergunakan untuk pendebungaan tanaman.
Pengeluaran untuk makanan dan gentian bagi kegunaan dan makanan manusia boleh dilakukan secara "pastoral", "nomad", intensif, atau perindustrian. Secara tradisi, penanaman tanaman untuk makanan haiwan dan ternakan di Barat merupakan aktiviti yang utama di ladang perseorangan/keluarga dan di ladang pelbagai.
Masalah alam sekitar
Pertanian boleh mengakibatkan masalah alam sekitar kerana ia mengubah persekitaran asal dan mengeluarkan produk sampingan yang boleh membahayakan. Contohnya termasuk:
Perubahan pelbagai ekosistem menjadi satu ekosistem tanah pertanian;
Kehilangan biokepelbagaian: Penggunaan sebilangan spesies dalam tanaman mengakibatkan pengurangan biojisim yang besar serta juga kehilangan haiwan feral, burung, dan sebagainya;
Pengeluaran udara yang busuk dari bahan buangan pertanian.
Pertanian telah dikatakan merupakan penjana kesan negatif yang terbesar terhadap biokepelbagaian di kebanyakkan negara (lihat Rancangan Tindakan Biopelbagaian) yang terjadi kerana penerokaan hutan dan habitat yang lain apabila tanah baharu dimajukan untuk pertanian. Sesetengah pengkritik memasukkan pertanian sebagai punca perubahan iklim global terkini.
Mengikut Pertubuhan Bangsa Bersatu, sektor penternakan (terutamanya lembu, ayam, dan babi) muncul sebagai sebab utama kepada kesan dan masalah alam sekitar, dari skala tempatan hingga ke skala global. Sektor ini menghasilkan 18% daripada "pembebasan gas rumah hijau di seluruh dunia" daripada segi kandungan karbon dioksida. Sektor penternakan juga menyumbangkan 64% daripada penjanaan ammonia yang mengakibatkan hujan asid dan keasidan ekosistem.
Dasar
Dasar pertanian menumpukan "matlamat" dan kaedah pengeluaran pertanian. Pada peringkat dasar, maklamat pertanian yang umum termasuk: