Tembikai, mendikai, semangka atau timun Cina (nama botani: Citrullus lunatus)[4] merupakan spesies tumbuhan berbunga yang menjalar (memanjat dan melata) dalam keluarga Cucurbitaceae yang berasal dari selatan Afrika. Tumbuhan ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis.
Buah tembikai banyak ditanam di pelbagai iklim seluruh dunia dengan lebih daripada 1,000 jenis yang dihasilkan.
Peristilahan
Perkataan "tembikai" (Jawi: تمبيکايcode: ms is deprecated ) dan "mendikai" (Jawi: منديکايcode: ms is deprecated ) meminjam daripada kata bahasa Tamilகொம்மட்டிக்காய்code: ta is deprecated kommaṭṭikkay,[5]:78 istilah கொம்மட்டிcode: ta is deprecated kommaṭṭi yang berkaitan juga memberi maksud sejenis timun;[6] perkataan "mendikai" yang muncul dahulu sebelum ia kemudian terubah sebutannya sebagai "tembikai"[5]:78 yang lebih dikenali seperti di Semenanjung Melayu dan Sumatera.[1][7]
Perkataan "semangka" (Jawi: سمڠکcode: ms is deprecated ) pula dipakai di beberapa tempat seperti Johor, Sarawak dan Singapura;[8] ia kata sewarisan dengan kata Jawa: ꦱꦼꦩꦁꦏcode: jv is deprecated semangka.[1]
Tumbuhan ini berasal dari kawasan timur laut Afrika,[9] penjelajah Afrika David Livingstone melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan tsamma. Biji-biji tembikai liar ditemukan di Uan Muhuggiag, sebuah tapak prasejarah di barat daya Libya yang wujud sejak kira-kira 3500 SM.[10]
Penanaman tumbuhan ini sebagai makanan boleh dibuktikan seawal alaf ke-2 SM di Mesir Purba di mana spesies C. lanatus dan C. colocynthis dijumpai di sekitar lembah Sungai Nil lagi-lagi di makam firaun Tutankhamun.[11] Buah tembikai pada ketika ini ditanam khususnya sebagai sumber air yang dapat digunakan pada musim kemarau baik dimakan atau dimanfaatkan sebagai bekas menyimpan air.[12] Biji-biji buah ini turut ditemui dalam tapak tamadun awal di Bab edh-Dhra dan Tel Arad sekitar Laut Mati di Palestin.[13]
Orang Moor memperkenalkan buah tembikai ke Andalusia meluas ke Semenanjung Iberia dengan bukti penanamaman didapati paling awal di Córdoba (961) dan Sevilla (1158); ia kemudiannya merebak di Selatan Eropah sebagai tanaman pilihan mengisi hasil tuaian yang barangkali tidak mencukupi pada musim-musim panas. Ia turut dijadikan suatu tanaman hiasan pada abad ke-17.[14]
Sebagaimana spesies-spesies sekeluarganya yang lain, habitus tanaman ini merambat namun ia tidak dapat membentuk akar yang menjalar malah tidak dapat memanjat tempat yang lebih tinggi. Jangkauan rambatan ia dapat mencapai belasan meter. Batang rambatannya penuh bulu atau rerambut putih yang halus.[4] Helai daunnya berbentuk ringkas dengan ukuran 3–25 sentimeter panjang dan 2–19 sm lebar, tepinya berlekuk atau bercuping.
Pada ketiak daun-daun pokok muncul bunga kecil sempurna berwarna kuning yang tumbuh pada tangkai panjang[4] dengan diameter 3 sm. Dua jenis bunga berputik daripada satu tumbuhan sekaligus iaitu bunga jantan yang hanya memiliki sulur dan bunga dwijantina yang memiliki kedua-dua sulur dan pistil; bunga jenis kedua ini dapat dikenali daripada adanya ovarium pada bahagian pangkal bunga berupa pembesaran berbentuk bujur.
Buah
Buah yang dihasilkan berkulit tebal dan keras dengan corak berwarna hijau pekat atau hijau muda dengan lorekan hijau tua. Isi buahnya kelihatan berair serta berwarna merah pekat sampai kejambuan, kuning malah juga putih[14][15] bergantung kepada jenis kultivar yang dipilih.
Penanaman
Tumbuhan ini hidup subur di kawasan subtropika atau tropika di mana ia memerlukan suhu lebih tinggi daripada 25 °C (77 °F) dengan pH tanah antara 5.5 hingga 7 serta kadar nitrogen yang sederhana.[16]
Kegunaan
Buah ini enak dimakan mentah dipotong mahupun dikisar menjadi jus.[17][18]
Biji-bijinya boleh dikeringkan atau dipanggang untuk dimakan terus mahupun dikisar menjadi tepung.[15] Ia merupakan jamahan tradisi Tahun Baru Cina di tanah besar China.[19] Orang di Vietnam turut memakannya ketika sambutan Tết.[20]
Khasiat
Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
Galeri
Tembikai merah.
Tembikai kuning.
Sebiji tembikai di Tainan, Taiwan.
Tembikai kuning.
Hubungan dengan manusia
Tembikai ialah simbol bangsa Palestin kerana kulit buahnya yang berwarna hijau, isi berwarna merah dan biji-biji benih hitam seperti bendera mereka.[21]
^ abcWilkinson, Richard James (1932). "tĕmbikai". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 559 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^"Citrullus vulgaris". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
"tembikai". Kamus Melayu Deli-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 106.
"tembikai". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 149, 220.
^Renner, S. S. (2017). "Chromosome numbers, Sudanese wild forms, and classification of the watermelon genus Citrullus, with 50 names allocated to seven biological species". Taxon. 66 (6): 1393–1405.
^ abcMaynard, David; Maynard, Donald N. (2012). "6: Cucumbers, melons and watermelons". Dalam Kiple, Kenneth F.; Ornelas, Kriemhild Coneè (penyunting). The Cambridge World History of Food, Part 2. Medical History. 46. Cambridge University Press. m/s. 267–270. doi:10.1017/CHOL9780521402156. ISBN978-0-521-40215-6. PMC1044500. PMID16562324.
^Brickell, Christopher (ed) (1992). The Royal Horticultural Society Encyclopedia of Gardening (Print). London: Dorling Kindersley. m/s. 333. ISBN978-0-86318-979-1.CS1 maint: extra text: authors list (link)
^"Watermelon". g Marketing Resource Center, US Department of Agriculture, Iowa State University. 2017. Dicapai pada 9 Mei 2017.
^"Top 10 ways to enjoy watermelon". Produce for Better Health Foundation, Centers for Disease Control, US National Institutes of Health. 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2017. Dicapai pada 9 Mei 2017.