Satelit atau satelit buatan pada asasnya merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar[1] dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Objek ini dipasangkan dengan alat menerima data dan isyarat dari suatu titik asal di bumi yang akan dihantarkan ke suatu titik jauh yang lain.[1] Satelit mempunyai pelbagai kegunaan, termasuk geganti komunikasi, ramalan cuaca, navigasi (GPS), penyiaran, penyelidikan saintifik dan pemerhatian Bumi. Kegunaan ketenteraan tambahan ialah peninjauan, amaran awal, perisikan isyarat dan, berpotensi, penghantaran senjata. Satelit lain termasuk peringkat roket akhir yang menempatkan satelit di orbit dan satelit yang dahulunya berguna yang kemudiannya tidak berfungsi
Pada asalnya, pengungkapan satelit merujuk kepada sebarang objek semula jadi yang mengikuti bintang siarah ("satelit" diakar Latinsatelles "pengikut"[2]) seperti bulan kepada planet bumi yang sendirinya mengikuti kepada matahari; Johannes Kepler mula menggambarkan sedemikian dalam risalahnya mengenai empat bulan Musytari bertajuk Narratio de Observatis a se quatuor Iovis satellitibus erronibus ("Cerita Pemerhatian Empat Pengikut Legar Musytari") pada tahun 1610. Takrifan ini menyempit kepada jenis objek yang seciri tetapi dibina oleh manusia segera dengan pelancaran Sputnik 1 tahun 1957.[3]
Jenis satelit
Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan.
Satelit astronomi digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain.
Satelit pantau bumi digunakan untuk memantau permukaan bumi melalui orbit untuk tujuan pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pembuatan peta.
Satelit pandu arah digunakan untuk navigasi dan pembuatan peta. Isyarat masa radio membolehkan pengguna mengetahui kedudukan mereka dengan tepat melalui sistem GPS.
Satelit cuaca mencatat dan mengirimkan maklumat tentang keadaan cuaca dan iklim bumi.
Stesen angkasa merupakan satu 'bangunan' untuk membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini telah direka untuk membolehkan ia didiami selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun.
Satelit ketenteraan merupakan satelit komunikasi atau satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera.
Satelit kecil seperti satelit mini (500 – 200 kg), satelit mikro (10 – 200 kg) dan satelit nano (di bawah 10 kg).
Orbit satelit
Orbit satelit juga berbeza dari jarak 117 km hingga ke 35,000 km di atas permukaan bumi mengikut tugas yang telah ditetapkan.