Longitud, disimbolkan dengan aksara Greeklambda (λ), ialah garisan menegak pada sebuah glob / bumi. Terdapat 360 garisan longitud. Longitud digunakan untuk menentukan zon waktu piawai. Terdapat 24 zon waktu di muka bumi. Setiap zon berbeza 15 darjah dari zon sebelumnya. Setiap zon mewakili 1 jam. Dalam menentukan kedudukan / koordinat, nombor latitud disebut dahulu, kemudian nombor longitud.
Longitud 0° merupakan Garisan Meridian Pangkal yang terletak di sebuah pekan kecil Greenwich, London, Britain. Lawan bagi Garisan Meridian Pangkal (GMP) ialah Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA), pada 180° Barat dan 180° Timur. Longitud 180° Barat dan longitud 180° Timur terletak pada garisan yang sama. Garisan Tarikh Antarabangsa bengkang-bengkok bagi mengelakkan terkena kawasan daratan atau pulau.
Semua 360 longitud sama besar. Sedangkan latitud tidak sama besar.