Sesetengah pengkritik, termasuklah ahli politik dan media antarabangsa, telah merujuk kepada perang ini sebagai "kononnya Perang Terhadap Keganasan" (so-called War on Terrorism).[2][3][4] Kedua-dua frasa "Perang Terhadap Keganasan" dan polisi yang dilambangkannya telah menjadi sumber kontroversi yang masih belum selesai, kerana para pengkritik menyatakan yang ia telah digunakan untuk dijadikan alasan untuk membolehkan perang terlebih dahulu, perang berterusan, pencabulan hak asasi dan pencabulan lain undang-undang antarabangsa.[5][6][7]