25 Januari
25 Januari merupakan hari ke-25 dalam takwim Gregorius . Tinggal 340 hari (atau 341 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Bangunan utama Universiti Negara Moscow
Konsep pelukis untuk Perayau Marikh
41 - Setelah berunding semalaman, Senat menerima Claudius menjadi Maharaja Rom .
1327 - Edward III yang masih remaja dimahkotakan sebagai Raja England , tetapi negaranya diperintah oleh ibunya Ratu Isabella , bersama-sama dengan kendaknya Roger Mortimer .
1494 - Alfonso II menjadi Raja Naples .
1533 - Henry VIII dari England mengahwini Anne Boleyn secara senyap-senyap.
1554 - Mubaligh Jesuit Jose de Anchieta dan Manoel da Nobrega mengasaskan misi di São Paulo dos Campos di Piratininga yang berkembang menjadi São Paulo , Brazil.
1755 - Maharani Rusia Elizaveta mengarahkan penubuhan Universiti Negara Moscow Lomonosov (gambar) , kini universiti terbesar di Rusia .
1858 - Hochzeitsmarsch ("Mac Perkahwinan" - Wedding March ) gubahan Felix Mendelssohn menjadi laris sebagai muzik perkahwinan setelah didendangkan di majlis perkahwinan anakanda Ratu Victoria iaitu Victoria , dan Friedrich dari Prusia .
1881 - Thomas Edison dan Alexander Graham Bell mengasaskan Oriental Telephone Company .
1890 - Nellie Bly menamatkan jelajah keliling dunianya dalam masa 72 hari.
1915 - Alexander Graham Bell melancarkan perkhidmatan telefon rentas benua Amerika Syarikat.
1917 - Kepulauan Hindia Timur Denmark dijual ke pihak Amerika Syarikat dengan harga $25 juta.
1924 - Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama bermula di kaki Mont Blanc di Chamonix , Perancis.
1942 - Perang Dunia Kedua: Thailand mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat dan United Kingdom.
1949 - Majlis Anugerah Emmy pertama berlangsung di Kelab Sukan Hollywood.
1955 - Kesatuan Soviet mengisytiharkan tamatnya keadaan perang dengan Jerman.
1971 - Jeneral Idi Amin merampas kuasa daripada Presiden Uganda Milton Obote lalu memulakan pemerintahan tentera selama lapan tahun .
1971 - Himachal Pradesh menjadi negeri India yang ke-18.
1986 - Pergerakan Penentang Kebangsaan menjatuhkan kerajaan Tito Okello di Uganda.
1998 - Ketika melawat negara Cuba , Paus John Paul II menggesa tahanan politik dibebaskan dan pembaharuan politik dijalankan, serta mengecam tindakan Amerika Syarikat memulaukan negara ini.
1998 - Serangan berani mati gerila Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Kuil Sri Dalada Maligawa di Sri Lanka , meragut 8 nyawa sambil mencederakan 25 orang lain.
2004 - Perayau Marikh Opportunity (gambar) mendarat di planet Marikh dan bergolek ke dalam kawah Eagle , satu kawah kecil di Meridiani Planum .
2010 - Ali Hassan al-Majid , digelar "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi, digantung mati di Iraq selepas menerima empat hukuman mati .
2011 - Revolusi Mesir 2011 bermula, akhirnya menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.
2011 - Najib Mikati menjadi Perdana Menteri Lubnan selepas kejatuhan kerajaan Saad Hariri .
2012 - Kesatuan Eropah mengenakan embargo terhadap kontrak minyak masa hadapan dengan Iran.
Kelahiran
Robinho
1933 - Corazon Aquino , Presiden Filipina ke-11
1938 -Shotaro Ishinomori , penulis dan juruilustrasi dari Jepun (meninggal 1998)
1942 - Eusébio , pemain bola sepak Portugis (meninggal 2014)
1961 - Vivian Balakrishnan , ahli optalmologi, ahli politik dan Menteri Pembangunan Nasional Singapura
1978 - Ahmet Dursun , pemain bola sepak Turki
1980 - Xavi , pemain bola sepak FC Barcelona
1982 - Noemi , penyanyi dan penulis lagu dari Itali
1984 - Robinho , pemain bola sepak A.C. Milan
1985 - Hwang Jung-eum , pelakon dari Korea Selatan actress
1989 - Ge Pamungkas , pelakon lelaki dan komedi berdiri Indonesia
1990 - Lee Jun-ho , pelakon dan penyanyi dari Korea Selatan (dalam 2PM )
Kematian
1908 – Ouida , penulis Inggeris-Itali (l. 1839)