13 Januari
13 Januari merupakan hari ke-13 dalam kalendar Gregory . Tinggal 352 hari (atau 353 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari St. Knut (Kristian–Skandinavia ).
Peristiwa
Emile Zola
532 - Rusuhan Nika bermula di Constantinople , menyebabkan hampir separuh bandar itu musnah dan ribuan penduduknya terbunuh.
888 - Odo, Count Paris menjadi raja Frank .
1328 - Edward III dari England bepermaisurikan Philippa dari Hainault , anak kepada Count Hainault .
1547 - Henry Howard, Earl Surrey dihukum mati.
1559 - Elizabeth I dinobatkan sebagai ratu England di Westminster Abbey, London.
1605 - Pementasan Eastward Hoe ciptaan Ben Jonson , George Chapman , dan John Marston yang penuh kontroversi, menyebabkan dua orang penciptanya dipenjarakan.
1607 - Bank Genoa jatuh berikutan pengumuman kemuflisan negara di Sepanyol.
1610 - Galileo Galilei menemui Callisto , satelit semula jadi keempat planet Musytari .
1785 - John Walter menerbitkan isu pertama akhbar Daily Universal Register (kini dikenali sebagai The Times ).
1822 - Rekaan bendera Yunani diterima oleh Perhimpunan Kebangsaan Pertama di Epidaurus .
1830 - Kebakaran besar-besaran tercetus di New Orleans, Louisiana .
1832 - Presiden A.S. Andrew Jackson menulis surat membantah keingkaran negeri Carolina Selatan terhadap kekuasaan persekutuan kepada Naib Presiden Martin Van Buren dalam Krisis Pembatalan .
1840 - Kapal wap Lexington terbakar lalu karam empat batu dari pantai Long Island dengan kehilangan 139 nyawa.
1842 - Perang Afghan-Inggeris Pertama : Pembantu pakar bedah tentera British William Brydon tiba di Jalalabad , menjadi satu-satunya pelarian dari Kabul yang terselamat.
1847 - Perjanjian Cahuenga menamatkan Perang Mexico-Amerika di California .
1869 - Konvensyen pemimpin kulit hitam kebangsaan bersidang di Washington, D.C.
1893 - Parti Buruh Bebas UK mengadakan mesyuarat pertamanya.
1893 - Tentera Marin A.S. mendarat di Honolulu dari kapal U.S.S. Boston untuk menghalang ratu Hawaii daripada membatalkan Perlembagaan Bayonet .
1898 - Akhbar Paris L'Aurore menerbitkan surat terbuka Émile Zola (gambar) kepada Presiden Félix Faure bertajuk J'accuse , yang mendedahkan peristiwa Dreyfus dan menuduh kerajaan Perancis sebagai anti-Semitik .
1915 - Sebuah gempa bumi meragut 29,800 nyawa di Avezzano , Itali.
1934 - Ijazah Calon Sains diperkenalkan di Kesatuan Soviet .
1935 - Hasil plebisit di Saarland mendapati 90.3% pengundi hendak menyertai Jerman Nazi .
1938 - Gereja England menerima teori evolusi .
1939 - Kebakaran hutan Black Friday merentungkan tanah seluas 20,000 km² dan meragut 71 nyawa di Australia.
1942 - Henry Ford mempatenkan kereta plastik yang 30% lebih ringan berbanding kereta biasa.
1942 - Perang Dunia Kedua : Penggunaan kerusi lenting pesawat buat julung kalinya oleh seorang juruterbang uji Jerman dalam pesawat pejuang Heinkel He 280 .
1953 - Marsyal Josip Broz Tito dipilih menjadi Presiden Yugoslavia .
1957 - Syarikat mainan Wham-O mengeluarkan cakera terbang pertama mereka, kemudian dinamakan semula sebagai Frisbee .
1958 - Tentera Pembebasan Maghribi menyerang hendap pasukan rondaan Sepanyol di Pertempuran Edchera .
1964 - Rusuhan Hindu -Muslim tercetus di Calcutta (kini Kolkata), menyebabkan 100 orang terkorban.
1964 - Karol Wojtyla, iaitu bakal Paus John Paul II , dilantik menjadi ketua biskop Krakow, Poland .
1966 - Robert C. Weaver menjadi ahli Kabinet berketurunan Afrika-Amerika pertama dengan menyandang jawatan Setiausaha Pembangunan Perumahan dan Perbandaran Amerika Syarikat .
1967 - Jeneral Gnassingbe Eyadema merampas kuasa di Togo , dan memerintah sebagai ketua negara sehingga kematiannya pada Februari 2005.
1968 - Johnny Cash membuat persembahan di Penjara Folsom .
1972 - Perdana Menteri Kofi Busia dan Presiden Edward Akufo-Addo dari Ghana digulingkan dalam rampasan kuasa secara aman oleh Kolonel Ignatius Kutu Acheamphong .
1974 - Seraphim dipilih selaku Ketua Biskop Athens dan Seluruh Greece .
1985 - Sebuah kereta api penumpang terjunam ke dalam sebuah gaung di Habsyah , menyebabkan 428 orang terkorban dalam malapetaka kereta api paling dahsyat di Afrika.
1986 - Pertempuran hebat selama sebulan bermula di Aden , Yaman Selatan , antara para penyokong Presiden Ali Nasir Muhammad dengan bekas Presiden Abdul Fattah Ismail , dan mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban.
1990 - L. Douglas Wilder menjadi gabenor Afrika-Amerika terpilih yang pertama ketika menyandang jawatan di Richmond, Virginia .
1991 - Peristiwa Januari : Askar Soviet menyerang penyokong kemerdekaan Lithuania di Vilnius , mengorbankan 14 orang.
1992 - Jepun memohon maaf kerana memaksa wanita Korea menjadi hamba seks ketika Perang Dunia Kedua .
2001 - Sebuah gempa bumi meragut lebih 800 nyawa di El Salvador .
2007 - Dua pertiga hemisfera selatan planet Zuhrah tiba-tiba bercahaya kerana terjadinya pembentukan aerosol secara mendadak.
2010 - Gempa bumi 7.0 Mw melanda Haiti, mengorbankan lebih 70,00 orang dan menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince .
2010 - Parti Demokratik Liberal mendapat kemajmukan kerusi dalam pilihan raya Dewan Perundangan Uzbekistan .
2012 - Di Kiribati, Anote Tong terpilih semula sebagai presiden bagi penggal ketiga.
2015 - Penutupan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ditutup dengan menjatuhkan hukuman gantung terhadap tertuduh, Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul.
Kelahiran
Kematian