16 Oktober merupakan hari ke-289 (hari ke-290 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 76 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Makanan Sedunia .
Peristiwa
Walt Disney
Paus John Paul II
Gunung Kelud
456 – Magister militum Ricimer menewaskan Maharaja Avitus di Piacenza dan menjadi ketua Empayar Rom Barat .
1813 – Kerajaan Campuran Keenam menyerang Napoleon dan Empayar Perancis Pertama dalam Pertempuran Leipzig , konflik terbesar dalam Perang Napoleon .
1843 – William Rowan Hamilton menulis formula asas kuaternion buat pertama kali, mengukir persamaan tersebut di tepi Jambatan Broom di Cabra , Dublin , Ireland.
1883 - Seorang mangsa Letusan gunung berapi Krakatau bernama Muhammad Salleh, selesai menulis Syair Lampung Karam yang menceritakan tentang kedahsyatan letusan Gunung berapi tersebut.
1923 – Bersama abangnya Roy , Walt Disney (gambar) mengasaskan sebuah studio animasi di Hollywood yang kini antara syarikat media dan hiburan terbesar di dunia.
1940 – Perang Dunia Kedua : Gabenor Jeneral Nazi Hans Frank menubuhkan Perumahan Warsaw , perumahan Yahudi terbesar di Poland yang diduduki .
1978 – Kardinal Karol Józef Wojtyła dari Kraków , Poland, menjadi Paus John Paul II (gambar) , paus bukan-Itali pertama sejak abad ke-16 dan pertama dari negara Slavik.
1995 – Louis Farrakhan daripada Nation of Islam menganjurkan Perarakan Sejuta Orang di Washington, D.C. , A.S.
2002 – Biblioteka Alexandrina yang memperingati Perpustakaan Iskandariah baharian, dirasmikan di Iskandariah , Mesir.
2007 – Siren di Gunung Kelud (gambar ) berbunyi, tanda gunung berapi akan meletup bila-bila masa sahaja.
2011 – Sebastian Vettel dan Red Bull Racing mempertahankan kejuaraan pemandu dan pengeluar Formula Satu .
2013 – Penerbangan 301 Lao Airlines terhempas sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pakse , Laos, mengorbankan kesemua 49 orang di dalamnya.
Kelahiran
Kematian