Hans Michael Frank (23 Mei 1900 – 16 Oktober 1946) adalah seorang penjenayah perang Jerman dan peguam yang bekerja untuk Parti Nazi semasa tahun 1920an dan 1930an, dan kemudian menjadi peguam peribadi Adolf Hitler. Selepas pencerobohan Poland, Frank menjadi ketua pentadbiran Jerman Nazi di wilayah taklukan "Kerajaan Am" Poland. Selama tempoh penguasaannya disepanjang Perang Dunia II (1939–45), beliau mendirikan satu pemerintahan yang ganas terhadap penduduk awam[1] dan terlibat secara langsung dalam pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi. Di perbicaraan Nuremberg, beliau didapati bersalah atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dan telah dijatuhi hukuman mati.
Curzio Malaparte,seorang penulis Itali yang semasa berperang juga berkhidmat sebagai pegawai tentera Itali, dan diplomat tidak rasmi kerana dia mempunyai hubungan dengan Jerman, menulis secara mendalam dalam bukunya Kaputt! tentang Frank dan makan malam yang diadakan di rumah-rumahnya di luar Warsaw dan Cracow untuk Malaparte dan tetamu lain. Dia juga menyebut bahawa Frank adalah pemain piano.[perlu rujukan]
Fest, Joachim C. and Bullock, Michael (trans.) "Hans Frank - Imitation of a Man of Violence" in The Face of the Third Reich New York: Penguin, 1979 (orig. published in German in 1963), pp. 315–331. ISBN978-0201407143.
Miller, Michael (2015). Leaders Of The Storm Troops Volume 1. England: Helion & Company. ISBN978-1-909982-87-1.CS1 maint: ref=harv (link)
Schenk, Dieter (2006). Hans Frank: Hitlers Kronjurist und General-Gouverneur. Frankfurt am Main, S. Fischer Verlag. ISBN978-3-10-073562-1 (in German).