Setelah Perang Dunia II dan kekalahan Jerman Pihak Bersekutu melakukan pendudukan di tanah Jerman. Jerman terbahagi menjadi 4 zon pendudukan iaitu yang pertama diduduki Britain yang kedua diduduki Perancis , yang ketiga diduduki Amerika Syarikat dan yang keempat didiuduki Kesatuan Soviet. Sisa wilayah Jerman lainnya diberikan pada Poland , Kesatuan Soviet dan Saar dijadikan Wilayah lindungan Perancis.
Pendudukan berlangsung dari tahun 1945 sampai 1949. Pada tahun 1949 , Jerman terbahagi menjadi dua yaitu Republik Persekutuan Jerman
yang dibuat di wilayah pendudukan Amerika Syarikat, Perancis, dan Britain serta Republik Demokratik Jerman yang dibuat di zon pendudukan Kesatuan Soviet.