27 Ogos merupakan hari ke-239 (hari ke-240 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 126 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Moldova (1991 ).
Peristiwa
Bangunan musnah dalam Perang Inggeris-Zanzibar
Marikh
1776 - Tentera British di bawah William Howe menewaskan Angkatan Tentera Benua pimpinan George Washington di Brooklyn , Long Island , New York, pertempuran terbesar Perang Revolusi Amerika .
1896 - Perang Inggeris-Zanzibar (gambar) menjadi perang terpendek dalam sejarah apabila Zanzibar menyerah dalam masa sejam (9:02 - 9:40) selepas ia meletus.
1928 - Lebih 60 negara menandatangani Pakatan Kellogg–Briand , menolak peperangan sebagai alat dasar luar negeri .
1939 - Kapal terbang jet ujian Heinkel He 178 menjadi pesawat udara pertama terbang menggunakan kuasa turbojet .
1957 - Perlembagaan Malaya mula berkuatkuasa, tiga hari sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka secara rasmi daripada United Kingdom.
1985 - Kerajaan tentera Muhammadu Buhari di Nigeria digulingkan secara damai oleh Ketua Turus Tentera Darat, Mejar Jeneral Ibrahim Babangida .
1991 - Moldavia merdeka daripada Kesatuan Soviet .
2000 – Menara Ostankino terbakar, mengorbankan 3 orang dan menggendalakan isyarat radio dan televisyen di Moscow .
2003 - Planet Marikh (gambar) berada dalam kedudukan terdekat dengan Bumi sejak hampir 60,000 tahun: 55,758,006 km.
2011 - Tony Tan Keng Yam menang tipis dalam pilihan raya untuk menjadi Presiden Singapura .
Kelahiran
Lyndon B. Johnson
Kematian