7 April merupakan hari ke-97 (hari ke-98 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 268 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kesihatan Sedunia.
Peristiwa
- 529 - Maharaja Byzantinium Justinianus I (gambar) menerbitkan draf pertama Corpus Juris Civilis, percubaan pertama untuk mengkanunkan undang-undang Rom.
- 1348 - Raja Karel IV dari Bohemia menerbitkan Krisobul (Titah-Perintah Emas) bagi mengasaskan Universiti Charles di Praha, universiti pertama di Eropah Tengah.
- 1795 - Meter diterimaguna sebagai unit jarak di Perancis.
- 1805 - Penggubah lagu Jerman Ludwig van Beethoven mempersembahkan buat kali pertama Simfoni Ketiganya, di Theater an der Wien di Vienna.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Kapal tempur terbesar di dunia, Yamato milik Jepun ditenggelamkan (gambar) 200 batu di utara Okinawa semasa Operasi Ten-Go.
- 1947 - Parti Ba'ath Arab ditubuhkan di Damsyik, Syria.
- 1948 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendirikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
- 1955 - Winston Churchill bersara sebagai Perdana Menteri United Kingdom.
- 1969 - Internet lahir secara simbolik dengan penerbitan RFC 1.
- 1998 - ntv7 (Malaysia) dilancarkan.
- 2001 - Kuar NASA Mars Odyssey 2001, kini kapal angkasa lepas aktif terlama di orbit planet selain Bumi, dilancarkan dari Cape Canaveral.
- 2009 - Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Perak, DUN Bukit Selambau Kedah dan DUN Batang Ai Sarawak diadakan secara serentak di Malaysia.
- 2009 - Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia dan dihukum 25 tahun penjara.
- 2009 - Costa Rica, Filipina, Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD.
- 2010 - Spesies baru biawak benggala Varanus bitatawa ditemui di Filipina.
- 2010 - Ribuan orang merusuh di ibu negara Kyrgyz Bishkek, menyebabkan kejatuhan kerajaan Kurmanbek Bakiyev.
Kelahiran
Kematian