Pertubuhan Kesihatan Sedunia World Health Organization
World Health Organization (en) Organisation mondiale de la Santé (fr) Organización Mundial de la Salud (es) Всемирная организация здравоохранения (ru) منظمة الصحة العالمية (ar) 世界卫生组织 (zh-hans) Светска здравствена организација (sr-cyrl) Weltgesundheitsorganisation (de)
Sisi utara dan barat ibu pejabat WHO di Geneva
Kerangka
Kependekan
WHO
Jenis/bentuk sah
Agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penerbit capaian terbuka, pertubuhan antarabangsa, penerbit akademik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Inggeris: World Health Organization, WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.
WHO bertanggungjawab untuk Laporan Kesihatan Sedunia, Kajian Kesihatan Sedunia, dan Hari Kesihatan Sedunia. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Habsyah dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Habsyah dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.[1]
Struktur Organisasi
Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.
Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-tahun yang akan datang.
WHO juga menaja kempen menggalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok.
WHO menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan. Kadang-kala, laporan WHO menimbulkan kontroversi. Pada April2003, ia mengesyorkan supaya gula yang dimakan patut kurang daripada 10% daripada makanan keseluruhan. Hal ini menimbulkan kemarahan industri gula.
WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia.
Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs) yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.
Kewangan
WHO ditabung oleh dermaan daripada negara ahli dan peribadi. WHO juga mempunyai kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, industri farmaseutik dan yayasan-yayasan.