Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim atau lebih dikenali sebagai Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) ditubuhkan oleh dua badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) — Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) — pada 1988 untuk mengkaji ancaman perubahan iklim yang berpunca daripada perbuatan manusia. Keahlian panel terbuka kepada semua anggota WMO dan UNEP.
Laporan Penilaian Keenam IPCC yang ditulis oleh 234 ahli sains dari 66 negara dan berdasarkan 14,000 kertas penyelidikan adalah publikasi terkini oleh IPCC. Laporan ini menyimpulkan bahwa emisi gas rumah hijau oleh manusia harus dikurangkan 43% sebelum tahun 2030 dan mencapai 'net zero' pada 2050 untuk membatasi pemanasan global kepada 1.5 °C,[1] aksi yang telah disetujui oleh hampir 200 negara dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.
Tujuan
Prinsip-prinsip utama IPCC diberi oleh majlis ekskutif WMO yang ber kaitan serta majlis pentadbir UNEP dengan tujuan membantu proses Framework Convention on Climate Change PBB.[2]
Tujuan-tujuan tertulis IPCC adalah untuk mengkaji maklumat saintifik yang berkaitan dengan:
- ancaman perubahan iklim yang berpunca daripada perbuatan manusia
- kesan perubahan iklim yang berpunca daripada perbuatan manusia
- pilihan untuk adaptasi dan penyuaian kehidupan manusia
IPCC berperanan untuk mengkaji asas saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi secara menyeluruh, objektif, terbuka dan tulus dengan tujuan untuk memahami ancaman perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia, kesan-kesan yang berkemungkinan dan pilihan untuk mengurangkan kerosakan serta penyuaian. Laporan-laporan IPCC mestilah tidak berat sebelah dari sudut polisi walaupun laporan -laporan tersebut mesti berdepan dengan faktor-faktor saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang boleh digunapakai oleh sesetengah polisi.[nota 1]
Pengulasan merupakan bahagian utama dalam proses IPCC - memeandangkan ia merupakan badan antara pemerintah, penilain terhadap dokumen-dokumennya [erlu melibatkan ulasan oleh pakar bidang serta pemerintah yang menganggotai badan ini.
Nota
- ^ Teks asal: The role of the IPCC is to assess on a comprehensive, objective, open and transparent basis the scientific, technical and socio-economic information relevant to understanding the scientific basis of risk of human-induced climate change, its potential impacts and options for adaptation and mitigation. IPCC reports should be neutral with respect to policy, although they may need to deal objectively with scientific, technical and socio-economic factors relevant to the application of particular policies.[3]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
Sistem | Penubuhan | |
---|
Badan utama | |
---|
Program, Dana dan badan lain | |
---|
| |
---|
|
---|
Negara anggota dan pemerhati | |
---|
Ketetapan | |
---|
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Institut penyelidikan seni | |
---|
Pangkalan data saintifik | |
---|
Lain-lain | |
---|