Perjanjian Iklim Paris 2015Perjanjian Iklim Paris (Perancis: Accord de Paris, bahasa Inggeris: Paris Agreement), atau gelaran pendeknya Perjanjian Paris, adalah sebuah perjanjian dalam Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang berurusan dengan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, adaptasi serta kewangan yang berkaitan bermula pada tahun 2020. Isi-isi perjanjian tersebut dirunding oleh wakil-wakil 196 pihak pada Persidangan Pihak-Pihak UNFCCC yang ke-21 di Paris, Perancis dan digunapakai secara ijmak pada 12 Oktober 2015.[1][2] Setakat pada Jun 2017, sebanyak 195 ahli UNFCCC yang telah menandatangani perjanjian ini, manakala sebanyak 148 yang telah mengesahkannya. Dalam Perjanjian ini, setiap negara menentukan, merancang serta melaporkan dengan tetap sumbangan mereka sendiri demi menangani pemanasan global. Tiada mekanisme yang memaksa[3] sesebuah negara menetapkan sasaran tertentu dalam tarikh tertentu, tetapi setiap sasaran baru yang ditetapkan harus pergi melangkaui sasaran yang ditetapkan sebelumnya. KandunganTujuannyaTujuan konvensyen ini digambarkan dalam Artikel 2, iaitu "meningkatkan pelaksanaan" UNFCCC melalui:[4]
Tambahan lagi, negara-negara yang terlibat bertujuan mencapai "kemuncak pelepasan gas rumah hijau global secepat mungkin". Perjanjian ini telah digambarkan sebagai suatu insentif menerajui pelucutan jualan bahan bakar fosil.[5][6] Urusan Paris ini merupakan perjanjian iklim menyeluruh yang pertama di dunia.[7] Sumbangan-sumbangan tentu kebangsaan![]() Sebarang sumbangan yang perlu dibuat setiap negara agar mencapai matlamat sedunia ditentukan oleh semua negara-negara secara individu, sebagai "sumbangan yang ditentukan peringkat kebangsaan".[8] Artikel 3 memerlukan mereka untuk "bercita-cita tinggi", "mewakili perkembangan dalam suatu tempoh" serta tetap "dengan tujuan mereka mencapai tujuan Perjanjian ini". Sumbangan-sumbangan tersebut harus dilaporkan setiap lima tahun dan berdaftar dengan Setiausaha UNFCCC.[9] Setiap cita-cita yang baru harus lebih tinggi daripada yang sebelumnya, yakni sebagai prinsip 'kemajuan'.[10] Negara-negara yang terlibat boleh bekerjasama menggabungkan sumbangan tentu kebangsaan mereka. Sumbangan Tentu Kebangsaan Berniat yang dijanjikan pada Persidangan Perubahan Iklim 2015 bertindak — melainkan ia diberikan sebaliknya —sebagai sumbangan tentu kebangsaan yang awal. Tahap-tahap sumbangan-sumbangan yang ditetapkan oleh setiap negara yang terlibat[11] ini akan menetapkan sasaran negara tersebut. Bagaimanapun, 'sumbangan-sumbangan' itu sendiri tidak terikat mengikut undang-undang antarabangsa, kerana sumbangan-sumbangan tersebut tidak khusus, tidak bersifat normatif mahupun mempunyai bahasa wajib yang perlu bagi membuat norma-norma yang terikat.[12] Selain itu, tidak akan ada mekanisme yang memaksa sesebuah negara untuk menetapkan sasaran dalam sumbangan mereka dalam tarikh yang tertentu dan tiada penguatkuasaan jika 'sumbangan' sesebuah negara tidak mengenai sasaran yang ditetapkan.[13] Perjanjian ini hanya akan ada suatu sistem "penamaan dan peneguran"[14], atau seperti mana pembantu Setiausaha Umum dalam Perubahan Iklim PBB János Pásztor memanggilnya suatu rancangan "penamaan dan penggalakkan".[15] Persetujuan ini dianggap rapuh atas tiadanya akibat yang diberikan jika negara-negara yang terlibat tidak memenuhi komitmen mereka. Pengeluaran beberapa negara dari perjanjian ini sedikit demi sedikit barangkali boleh mencetuskan pengeluaran lebih banyak pemerintah-pemerintah yang akhirnya membawa kepada keruntuhan perjanjian ini.[16] Kesan-kesannya pada suhu globalPara perunding Perjanjian ini menyatakan bahawa sumbangan-sumbangan tetap negara dan sasaran pengurangan 2 °C sasaran adalah tidak mencukupi tetapi pengurangan 1.5 °C diperlukan atas nyataan "dengan kebimbangan bahawa tahap-tahap pelepasan gas rumah hijau terkumpul yang dianggarkan pada tahun 2025 dan 2030 hasil sumbangan-sumbangan tetap negara tidak jatuh dalam kos-kurangnya 2 °C skenario tetapi membawa ke tahap unjuran 55 gigatan pada tahun 2030". Tambahan lagi, terdapat kesedaran bahawa "usaha pengurangan pelepasan yang lebih besar akan diperlukan untuk menyekat peningkatan suhu rata global di bawah 2 °C dengan mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau kepada 40 gigatan atau 1.5 °C".[17] PenerimaannyaPerjanjian Paris dibuka kepada penandatanganan pada satu majlis meraikan Hari Bumi di kotaraya New York pada 22 April 2016.[18] Beberapa negara ahli Kesatuan Eropah membuat ratifikasi terhadap Perjanjian ini mencukupkan bilangan negara yang diperlukan bagi menguatkuasakan perjanjian tersebut.[19] Perjanjian ini dikuatkuasakan pada 4 November 2016.[20] Pihak-pihak dan para penandatangan yang terlibatSetakat Disember 2016, sebanyak 194 negara yang turut disertai Kesatuan Eropah telah menandatangani Perjanjian ini. 148 pihak telah mengesahkan atau bersetuju dengan Perjanjian ini, terutamanya China, Amerika Syarikat (meskipun ia kini berniat meninggalkan perjanjian tersebut) dan India yang merupakan negara-negara yang terbanyak mengeluarkan gas rumah kaca di kalangan para penandatangan (sebanyak 42% keseluruhannya).[21][22] NotaRujukan
|