3 Disember merupakan hari ke-337 (hari ke-338 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 28 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.
Peristiwa
- 1854 - Sekurang-kurangnya 22 orang maut apabila para pelombong di Kubu Eureka, Ballarat, Victoria, Australia, bertempur ganas dengan pihak polis dan tentera.
- 1904 - Satelit semula jadi Musytari Himalia ditemui oleh Charles Dillon Perrine di Balai Cerap Lick di San Jose, California, A.S.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Gencatan senjata Jerman-Rusia.
- 1937 - Terbitan pertama siri komik yang paling lama di dunia, The Dandy, mula dijual.
- 1959 - Bendera Singapura mula digunakan, enam bulan selepas Singapura mula memerintah sendiri dalam Empayar British.
- 1967 - Pakar bedah Christiaan Barnard menjalankan pemindahan jantung manusia pertama yang berjaya, terhadap Louis Washkansky di Cape Town, Afrika Selatan.
- 1984 - Pembebasan tidak sengaja metil isosianit dan bahan kimia lain di Bhopal, India menyebabkan lebih 20,000 kematian dalam bencana perindustrian paling teruk di dunia.
- 1997 - Wakil 121 negara menandatangani Perjanjian Ottawa, mengharamkan penggunaan periuk api anti-orang.
- 1999 - NASA terputus hubungan dengan Mars Polar Lander (gambar) sejurus ia tiba di atmosfera Marikh, dan dianggap hilang.
- 2009 - Teodoro Obiang Nguema Mbasogo (gambar) dipilih semula sebagai Presiden Guinea Khatulistiwa.
- 2009 - Pengebom berani mati membunuh 22 orang, termasuk tiga orang menteri Kerajaan Persekutuan Peralihan, di Mogadishu, Somalia.
Kelahiran
Kematian