Marikh sentiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Marikh Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas asli serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.
Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh. Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell (13 Mac 1855 – 12 November 1916), seorang penulis dan ahli astronomi Amerika yang menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.
Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.
Topografi
Keadaan topografi Marikh memang sejenis: gurun di Utara yang diratakan oleh lahar yang berbeza dengan tanah tinggi Selatan, yang dipenuhi kawah. Permukaan Marikh yang dipandang dari Bumi di bahagikan kepada 2 kawasan, dengan albedo yang berbeza. Kawasan yang lebih cerah diselimuti dengan debu dan pasir kemerahan (akibat ferum oksida) yang pernah dianggap sebagai benua dan diberikan nama seperti Arabia Terra ("tanah Arab"). Ciri-ciri gelap pernah dianggap sebagai lautan ciri gelap terbesar yang dilihat dari Bumi bernama Syrtis Major.
Planet Marikh mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida. Olympus Mons (iaitu Gunung Olympus) merupakan sebuah gunung berapi yang tidak aktif dan mencapai ketinggian 27 km, gunung yang tertinggi dalam sistem suria. Gunung berapi tersebut berada dalam kawasan tanah tinggi Tharsis, bersama dengan beberapa gunung berapi yang lain. Di samping itu, lembah Valles Marineris ataupun 'Parut Marikh' ialah lembah terbesar di sistem suria kita, dengan panjang 4000 km dan kedalaman berukur 7 km.
Orbit dan putaran
Jarak Marikh dari Matahari ialah 230 juta km dengan satu pusingan orbit mengambil masa 687 hari Bumi. Satu tahun di Marikh adalah sama dengan 1.8809 tahun Bumi, yakni 1 tahun, 320 hari dan 18.2 jam.[2]
Marikh memiliki kecondongan paksi sebanyak 25.19°, serupa dengan kecondongan paksi Bumi. Satu hari di Marikh (sol) bersamaan dengan 24 jam, 39 minit dan 35.244 saat, sedikit lebih lama berbanding dengan hari di Bumi.[3]
Marikh memiliki dua buah bulan, yakni Phobos dengan diameter kira-kira 22 km dan Deimos denga diameter kira-kira 12 km.
Bulan-bulan ini lazimnya didakwa diperoleh melalui penangkapan asteroid, meskipun cara sebenar tidak diketahui secara jelas.[4] Selain penangkapan asteroid, teori penglibatan badan ketiga serta gangguan hentaman juga dikemukakan.[5]
Selain itu, terdapat pelbagai objek bersaiz daripada 50 ke 100 meter yang mengorbit Marikh, dan terdapat ramalan tentang kewujudan gelang di antara orbit Phobos dengan Deimos.[6]
Pengamatan
Warna kemerahan permukaan planet ini mendorong ahli falak Arab memberi nama المِرِّيخcode: ar is deprecated al-Mirrīkh daripada kata kerja أمرخcode: ar is deprecated amrakha yang bermaksud "berbintik merah putih" (بِهِ نقط بيض وحمر),[1] nama bahasa Arab ini turut dipinjamkan kepada bahasa Melayu umum.[7]
Pada tahun 1877, seorang ahli falak Itali bernama Giovanni Schiaparelli menggunakan teleskop sepanjang 22 cm untuk memetakan permukaan Marikh buat kali pertamanya. Di peta tersebut terdapat yang garisan panjang dinampakkan pada permukaan Marikh yang disebutnya sebagai canali; istilah tersebut dalam bahasa Itali diertikan sebagai "(s)aluran", namun ia sering kali disalah terjemah menjadi "terusan" dalam sumber-sumber bahasa Inggeris.[10][11] Pencatatan tersebut mempengaruhi Percival Lowell yang menerbitkan beberapa buku mengenai Marikh dan kehidupannya.[12] Dalam buku-buku ini, beliau menulis bahawa "terusan" tersebut dibangun oleh peradaban yang berusaha mengalirkan air dari litupan ais di kutub planet itu.[13] Akibatnya, gagasan bahawa Marikh kononnya dihuni oleh peradaban yang cerdas mula tersebar luas.[14]
Saat ini, pemetaan beresolusi tinggi tidak menunjukkan tanda-tanda keberadaan kehidupan cerdas di permukaan Marikh. Canali yang diamati pun sebaliknya terbukti hanya ilusi optik semata-mata. Akan tetapi, spekulasi mengenai kewujudan hidupan cerdas di Marikh diteruskan sehingga hari ini. Pada tahun 1898, H. G. Wells menulis novel The War of the Worlds, yang mengisahkan mengenai bangsa Marikh yang berupaya melarikan diri dari planet mereka yang mati dengan menyerang Bumi. Adaptasi radionya dengan judul yang sama disiarkan pada tanggal 30 Oktober 1938 oleh Orson Welles yang menimbulkan panik besar-besaran menurut akhbar-akhbar semasa kerana ia sunggu meyakinkan banyak pendengar.[15]
Pengarang Jonathan Swift telah menyebut bulan-bulan Marikh sekitar 150 tahun sebelum bulan-bulan itu ditemukan oleh Asaph Hall. Ia menerangkan orbit bulan-bulan tersebut dengan cukup tepat dalam novelnya Gulliver's Travels.[18]
Setelah program Mariner dan Viking menunjukkan rupa Marikh yang gersang dan kelihataan tanpa sebarang hidupan langsung, spekulasi-spekulasi awal mengenai planet ini mula ditinggalkan. Karya yang menggambarkan Marikh secara nyata dan tepat pun berkembang. Antara gambaran ini yang paling terkenal adalah trilogi Martian karya Kim Stanley Robinson.[19]
Tema koloni manusia di Marikh yang memperjuangkan kebebasan para penghuninya merupakan plot utama dalam novel karya Greg Bear, dan juga filem Total Recall serta siri televisyen Babylon 5. Beberapa permainan video juga memakai unsur tersebut seperti Red Faction dan Zone of the Enders.[perlu rujukan]
Penjelajahan moden
Pelbagai kapal angkasa tanpa manusia telah tiba di Marikh oleh Kesatuan Soviet, Amerika, Eropah dan India.
Setakat ini, terdapat lapan kapal angkasa yang berfungsi di Marikh, enam di orbit dan dua lagi di daratan Marikh, yakni perayauCuriosity dan pendaratInSight.
Rujukan
^ ab"أمرخ". The Arabic Lexicon. Hawramani. Dicapai pada 7 Mei 2020.
^Williams, David R. (1 September 2004). "Mars Fact Sheet". National Space Science Data Center (dalam bahasa Inggeris). NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2010.
^Sagan, Carl (1980). Cosmos. New York, USA: Random House. m/s. 106. ISBN0-394-50294-9.
^Basalla, George (2006). [Percival Lowell: Champion of Canals Percival Lowell: Champion of Canals] Check |chapter-url= value (bantuan)|chapter-url= missing title (bantuan). Civilized Life in the Universe: Scientists on Intelligent Extraterrestrials. Oxford University Press US. m/s. 67–88. ISBN0-19-517181-0.
^Guthke, Karl S. (1990). The Last Frontier: Imagining Other Worlds from the Copernican Revolution to Modern Fiction. Translated by Helen Atkins. Cornell University Press. pp. 355-6. ISBN 0-8014-1680-9.
^Lubertozzi, Alex; Holmsten, Brian (2003). The war of the worlds: Mars' invasion of earth, inciting panic and inspiring terror from H.G. Wells to Orson Welles and beyond. Sourcebooks, Inc. m/s. 3–31. ISBN1-57071-985-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Schwartz, Sanford (2009). C. S. Lewis on the Final Frontier: Science and the Supernatural in the Space Trilogy. Oxford University Press US. m/s. 19–20. ISBN0-19-537472-X.
^Buker, Derek M. (2002). The science fiction and fantasy readers' advisory: the librarian's guide to cyborgs, aliens, and sorcerers. ALA readers' advisory series. ALA Editions. m/s. 26. ISBN0-8389-0831-4.