Komet (Jawi: كوميتcode: ms is deprecated ), bintang berasap atau bintang berekor merujuk kepada jasad gumpalan batu, ais dan debu[1] serta campuran gas[2] yang bergerak mengelilingi matahari dalam Sistem Suria di angkasa lepas.[3] Ia membeku apabila menjauhi matahari[4] tetapi akan mencair melepaskan gas akibat pendedahan kepada angin dan kesinaran dipancarkan bintang tersebut membentuk suatu "kepala" dan "ekor" gas.[1][2] Jasad-jasad beredar ini datang dari dua tempat utama: lingkaran Kuiper yang menempatkan komet beredar dalam jangka lebih pendek kurang dari 200 tahun dan awan Oort di mana adanya komet beredar dalam jangka lebih panjang dari ratusan atau ribuan tahun[2][5]
Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk membujur, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet lalu menempuh jarak lebih jauh di luar angkasa daripada planet; bahkan ada daripada jasad-jasad ini mengambil masa beribu-ribu tahun untuk menyelesaikan satu kali orbit mengelilingi Matahari.[6] Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain.
Sebanyak lebih 4595 buah komet dapat dikenalpasti setakat April 2021[kemas kini],[7] namun ia hanya sebilangan kecil yang dapat perhatikan dari kira-kira satu trilion unit yang dikirakan boleh wujud menjangkaui luar Sistem Suria terutamanya di awan Oort.[8][9]
Peristilahan
Istilah "komet" berasal dari bahasa Yunani, kometes (κομήτης) yang bererti "rambut panjang" merujuk kepada bentuk hujung jasad.[10][11]
Istilah bintang berekor dan bintang berasap pernah digunakan dalam kefahaman lama masyarakat Melayu[12] meskipun jasad yang dinamakan ini sendirinya bukanlah bintang yang sebenar.[4]
Adapun madahnya kata mereka itu asap dan huwap [wap] naik ia ke sana dan jadi ia suatu jirim yang jernih seperti plastik u[m]pamanya. Kemudian, apabila menyuluh akan di matahari, kelihatan kepada kita berpanjangan hingga bersurai bertaburan dan ghaib ia. Kemudian bagi ulama hai'ah [pengkaji ilmu fizik] yang mutakhirin memanjang mereka itu akan kalam yang berkenaan [mengungkapkan sifat jasad disebut] dengan "bintang berekor"...
— Muqaddimatul-Hai'ah (1389 H/1969 M) karangan Haji Awan Din bin Mat Hassan, m/s. 58
Ciri fizik
Sebutir komet terdiri daripada tiga bahagian iaitu nukleus, koma dan ekor. Kedua-dua koma dan ekor komet membalikkan cahaya matahari dan boleh dilihat dari bumi jika komet itu cukup dekat.
Koma adalah lapisan atmosfera mengelilingi teras nukleus yang terbentuk daripada pencairan campuran gas dan debu nukleus; 90% daripada lapisan ini terdiri dari air yang meruap dalam jarak peredaran komet sekitar 3-4 unit astronomi (450,000,000-600,000,000 km) dari Matahari.[18]
Saiz koma yang mengelilingi nukleus boleh mencapai 250,000 kilometer lebar.
Ekor
Ekor komet membentuk akibat tekanan radiasi dan kuasa kuasa angin dipancarkan ke arah komet.[19] Ekor komet berbeza-beza bentuk dan saiznya; lebih dekat komet tersebut dengan matahari, lebih panjanglah ekornya; ekor ini boleh mencapai lebih 150,000,000 km (1 AU) panjang. Ada juga komet yang tidak berekor.
Ciri orbit
Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan masa yang lama. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.[20]
Komet jangka pendek (short period comet) mempunyai kitaran kurang dari 200 tahun[21]
Komet jangka panjang (long period comet) mempunyai kitaran melebihi tempoh ini sehingga ribuan malah jutaan tahun dengan bentuk orbit komet bersipi tinggi.[22]
Pembentukan
Komet dipercayai berasal dari sejenis awan yang jauh dipanggil awan Oort. Ketika komet menghampiri bahagian dalam Sistem suria, radiasi dari matahari menyebabkan lapisan luar ais mengewap. Arus debu dan gas yang dihasilkan membentuk suatu atmosfera yang besar tetapi sangat tipis di sekeliling komet, disebut 'koma'. Akibat tekanan radiasi dan angin suria pada koma ini, terbentuklah ekor raksasa yang menjauhi matahari. Debu dan gas komet akan membentuk dua ekor yang berbeza, di mana ekor debu agak mengikut arah pergerakannya manakala ekor gas (ion) sentiasa menjauhi matahari. Ini disebabkan oleh angin suria lebih mempengaruhi ion gas daripada debu.
Komet terkenal
Ahli falak telah menyenaraikan beribu-ribu buah komet, antara yang terkenal ialah:
^Randall, Lisa (2015). Dark Matter and the Dinosaurs: The Astounding Interconnectedness of the Universe. New York: Ecco/HarperCollins Publishers. m/s. 104–105. ISBN978-0-06-232847-2.
^Brian Williams. Fakta Paling Top: Alam Semesta. Erlangga for Kids.
Wilkinson, Richard James (1901). "bintang". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 188. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
Nazilah Mohamad; Nor Hasimah Ismail (2017). "Malay Science: A Study on the 17th Century Dictionary". International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 7 (6): 1061–1071. doi:10.6007/IJARBSS/v7-i6/3066. ISSN2222-6990.
Nurul Fatini Jaafar (2016). "Kebudayaan Langit Pribumi Malayonesia". Kesturi. Akademi Sains Islam Malaysia. 26 (2): 25–77. doi:10.13140/RG.2.2.24869.55520.