19 Mac merupakan hari ke-78 (hari ke-79 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 287 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Robert Cavelier de La Salle
Jambatan Pelabuhan Sydney
Kapal A.S. USS Barry melancarkan peluru berpandu ke Libya
1279 - Pemerintahan tiga abad Dinasti Song di China berakhir dengan kemenangan Dinasti Yuan dalam Pertempuran Yamen .
1687 - Usaha pencarian muara Sungai Mississippi oleh penjelajah Perancis Robert Cavelier de La Salle (gambar) tamat dengan dahagi dan pembunuhannya di Texas kini.
1853 – Gerakan pembaharuan Taiping menduduki dan menjadikan Nanjing sebagai ibu kotanya sehingga tahun 1864.
1861 – Perang Taranaki Pertama berakhir di New Zealand.
1863 – Kapal SS Georgiana , dipercayai sebagai penjajap Gabungan yang paling berkuasa, dimusnahkan dalam perjalanan pertamanya bersama angkutan senjata api, ubat-ubatan dan barang-barangan yang bernilai lebih $1,000,000.
1915 - Gambar planet kerdil Pluto diambil buat pertama kali, 15 tahun lebih dahulu sebelum ditemui oleh Clyde Tombaugh di Balai Cerap Lowell .
1932 - Jambatan Pelabuhan Sydney (gambar) , antara mercu tanda yang utama di Sydney , Australia, dibuka secara rasmi.
1965 – Bangkai kapal SS Georgiana yang bernilai lebih $50,000,000 dan dipercayai sebagai penjajap terkuat yang dimiliki oleh Negeri-negeri Gabungan Amerika , ditemui oleh penyelam remaja E. Lee Spence , genap 102 tahun selepas kemusnahannya.
1969 – Menara TV setinggi 385 meter (1,263 ka) di Emley Moor , United Kingdom, runtuh akibat terkumpul ais.
1978 – Berikutan serangan Israel terhadap Lubnan, PBB menyeru Israel segera berundur, dan menubuhkan Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan .
1982 - Angkatan tentera Argentina yang diketuai oleh Alfredo Astiz menduduki Georgia Selatan , menyegerakan Perang Falkland terhadap United Kingdom.
1989 – Bendera Mesir dikibarkan di Taba , menandakan berakhirnya pendudukan Israel selepas Perang Yom Kippur pada tahun 1973 diikuti rundingan damai pada tahun 1979.
2004 – Presiden Republik China Chen Shui-bian ditembak sebelum berlangsungnya pilihan raya presiden pada 20 Mac.
2008 – GRB 080319B : Ledakan kosmik yang merupakan objek terjauh yang dapat dilihat oleh mata kasar dicerap untuk masa yang singkat.
2008 – Yves Leterme dilantik sebagai Perdana Menteri Belgium , sembilan bulan selepas pilihan raya umum dilangsungkan.
2009 – Banjir di Angola, Namibia dan Zambia membunuh lebih 130 orang dan meninggalkan 300 ribu lagi tanpa tempat berteduh.
2011 – Perang saudara Libya : Angkatan A.S., British dan Perancis melancarkan serangan (gambar) terhadap askar pro-Gaddafi di Libya untuk menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973 .
Kelahiran
Kematian