25 Julai merupakan hari ke-206 (hari ke-207 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 159 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan Komanwel di Puerto Rico (1952).
Peristiwa
- 306 – Constantine I diisytiharkan sebagai Maharaja Rom oleh angkatan tenteranya selepas kematian Constantius Chlorus.
- 1261 – Empayar Latin berakhir apabila angkatan tentera Nicaea pimpinan Alexios Strategopoulos menawan Constantinopolis, mengasaskan semula Empayar Byzantium.
- 1536 – Konkuistador Sepanyol Sebastián de Belalcázar mengasaskan Santiago de Cali di barat Colombia kini semasa mencari bandar mitos El Dorado.
- 1909 – Juruterbang Perancis Louis Blériot (gambar) menjadi orang pertama menyeberangi Selat Inggeris dengan mesin penerbangan yang lebih berat daripada udara.
- 1957 – Lebih setahun selepas memperolehi kemerdekaan daripada Perancis, Tunisia menghapuskan sistem berajanya, Dinasti Husain, dan menjadi republik.
- 1978 – Bayi tabung uji pertama di dunia, Louise Brown dilahirkan di Oldham, England.
- 2000 – Penerbangan 4590 Concorde Air France terhempas di Gonesse, Perancis, sejurus selepas berlepas dari Paris, mengorbankan 113 orang.
- 2007 – Pratibha Patil menjadi wanita pertama dilantik menjadi Presiden India.
- 2010 – WikiLeaks menerbitkan 75 ribu dokumen sulit mengenai Perang di Afghanistan, dengan butiran didedahkan tiga akhbar utama secara serentak.
- 2012 – Lebih 40 orang terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak dan askar kerajaan Tajik di Gorno-Badakhshan.
Kelahiran
Kematian