27 Disember merupakan hari ke-361 (hari ke-362 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 4 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan Hari St. Stephen dalam Kristian Timur.
Peristiwa
- 537 - Bangunan terkini Aya Sophia (gambar) di Istanbul dirasmikan, mulanya sebagai geraja, namun kemudian ditukar menjadi masjid dan kini muzium.
- 1831 - Charles Darwin bertolak dari Plymouth, England ke Amerika Selatan menaiki kapal HMS Beagle, pelayaran yang kemudian menjadi satu ekspedisi bersejarah.
- 1904 - Drama pentas Peter Pan, atau The Boy Who Wouldn't Grow Up, oleh J. M. Barrie mengadakan pertunjukan perdananya di London.
- 1911 - Lagu kebangsaan India Jana-Gana-Mana dinyanyikan buat kali pertama, dalam Sesi Calcutta Kongres Kebangsaan India.
- 1918 - Ucapan di khalayak ramai di Poznań oleh pemain piano Poland termasyhur, Ignacy Jan Paderewski (gambar) mencetuskan Pemberontakan Greater Poland menentang Jerman dan Prusia.
- 1945 - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (IBRD) mula beroperasi selepas pengesahan antarabangsa terhadap Perjanjian Bretton Woods.
- 1949 - Revolusi Nasional Indonesia: Ratu Juliana dari Belanda memeterai dokumen yang melepaskan kedaulatan sebahagian besar Hindia Timur Belanda, secara rasmi mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.
- 2007 - Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto dibunuh dalam serangan berani mati selepas satu perhimpunan politik Parti Rakyat Pakistan di Rawalpindi, Pakistan.
- 2007 - Rusuhan terjadi di Mombasa, Kenya, selepas Presiden Mwai Kibaki diisytiharkan menang pilihan raya presiden.
- 2008 - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar mangkat di Seremban, Negeri Sembilan.
- 2008 - Israel melancarkan serangan udara mengejut ke Genting Gaza, memulakan Perang Gaza.
- 2009 - Penemuan makam seorang pemimpin zaman Tiga Kerajaan di China, Cao Cao diumumkan.
- 2011 - Sistem pandu arah satelit China COMPASS mula beroperasi, meliputi rantau China dan sekitarnya.
Kelahiran
Kematian