1 Februari
1 Februari merupakan hari ke-32 dalam kalendar Gregory . Tinggal 333 hari (atau 334 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Enjin pertama Wankel di Deutsches Museum di Bonn, Jerman
Tanda kebesaran misi Columbia
1327 - Edward III yang berusia remaja dimahkotakan Raja England , tetapi negaranya diperintah oleh bondanya Ratu Isabella dan kekasihnya Roger Mortimer .
1662 - Jeneral China Koxinga menawan pulau Taiwan setelah mengepungnya selama sembilan bulan.
1790 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat mula bersidang, di Bandar Raya New York .
1793 - Perang Revolusi Perancis : Perancis mengisytihar perang terhadap United Kingdom dan Belanda .
1796 - Ibu negeri Kanada Atas dipindahkan dari Newark (kini Niagara-on-the-Lake ) ke York (kini Toronto ), yang dianggap kurang terdedah kepada serangan Amerika Syarikat.
1814 - Gunung Mayon meletus, mengakibatkan lebih 2,000 orang kehilangan nyawa di pulau Luzon , Filipina.
1861 - Perang Saudara Amerika : Texas berpecah dari Amerika Syarikat.
1884 - Edisi pertama Kamus Inggeris Oxford diterbitkan, meliputi perkataan daripada A hingga Ant .
1893 - Thomas A. Edison menyiapkan pembinaan studio wayang gambar pertama, iaitu Black Maria di West Orange, New Jersey .
1896 - Tayangan perdana opera Giacomo Puccini La bohème diadakan di Teatro Regio di Turin , Itali.
1897 - Bank Shinhan , bank tertua di Korea Selatan, dibuka di Seoul .
1908 - Raja Carlos I dari Portugal dan anakandanya, Putera Luis Filipe dibunuh di Terreiro do Paco , Lisbon .
1917 - Perang Dunia Pertama : Jerman mengisytiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali.
1920 - Polis Berkuda Diraja Kanada bermula operasi.
1924 - United Kingdom mengiktiraf Kesatuan Soviet .
1942 - Perang Dunia Kedua : Vidkun Quisling dilantik menjadi Perdana Menteri Norway oleh pihak Nazi .
1942 - Perkhidmatan radio dan televisyen rasmi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat , Voice of America mula bersiaran dengan rancangan yang ditujukan kepada kawasan yang dikawal Kuasa Paksi semasa Perang Dunia II.
1943 - Tentera Ke-6 Jerman menyerah kalah di Stalingrad .
1946 - Ahli politik Norway Trygve Lie dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB pertama.
1948 - Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union
1957 - Prototaip pertama enjin putaran Wankel (gambar) ciptaan Felix Wankel berfungsi buat kali pertama, di NSU Motorenwerke .
1972 - Kuala Lumpur meraih status bandar raya daripada piagam diraja yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
1974 - Daerah Kuala Lumpur yang merupakan ibu negeri Selangor telah diserahkan kepada Kerajaan Malaysia untuk menjadikan sebagai ibu negara Malaysia yang baharu oleh Sultan Selangor.
1974 - Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pertama.
1978 - Sutradara Roman Polanski menolak ikat jamin lalu lari dari Amerika Syarikat ke Perancis setelah mengaku bersalah atas tuduhan menjalin hubungan seks dengan seorang gadis berusia 13 tahun.
1979 - Ayatollah Khomeini kembali di Teheran , Iran setelah dibuang selama 15 tahun.
1982 - Senegal dan Gambia membentuk gabungan longgar bernama Senegambia .
1989 - Bandar-bandar Kalgoorlie dan Boulder di negeri Australia Barat bergabung untuk membentuk Bandar Raya Kalgoorlie-Boulder .
2001 - Ibu negara Malaysia dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya , walaupun fungsi perundangan kekal di Wilayah Persekutuan pertama itu.
2003 - Bolak-balik angkasa lepas NASA Columbia hancur berkecai di atas Texas ketika masuk semula atmosfera Bumi semasa misi ke-28nya (gambar logo) .
2004 - 251 orang terinjak-injak hingga mati sementara 244 lagi cedera dalam kejadian rempuhan ketika menunaikan haji di Arab Saudi .
2004 - Payu dara Janet Jackson terdedah ketika persembahan separuh masa acara Super Bowl XXXVIII , menyebabkan para penyiar AS semakin berpegang pada garis panduan penapisan FCC .
2009 - Jóhanna Sigurðardóttir menjadi Perdana Menteri wanita Iceland yang pertama, dan ketua kerajaan moden pertama yang terbuka gay .
2011 - Di tengah-tengah pergolakan politik di Mesir, Presidennya Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya pada September.
2011 - Marouf al-Bakhit dilantik sebagai Perdana Menteri Jordan dalam rombakan kabinet oleh Raja Abdullah II , selepas berlaku bantahan ramai.
2012 - Lebih 70 orang terbunuh dalam rusuhan susulan perlawanan bola sepak di Port Said , Mesir.
2012 - Ratu Elizabeth II membatalkan kesateriaan Fred Goodwin atas tanggungjawabnya menyebabkan Royal Bank of Scotland hampir muflis.
Kelahiran
Boris Yeltsin
Kematian