Kerajaan Fatimiyah atau al-Fātimiyyūn (Arab: الفاطميونcode: ar is deprecated ) merupakan sebuah kerajaan khilafah Islam bermazhab Syiah yang memerintah kawasan Afrika Utara, Mesir dan Syam bermula dari 5 Januari910 sehingga 1171. Dinasti ini berdiri setelah jatuhnya Dinasti Aghlabiyah dan bermula di Qairawan. Golongan elit pemerintah kerajaan ini merupakan penganut mazhab Ismailiyah dari mazhab Syiah. Pemimpin kerajaan ini juga merupakan Imam Syiah Ismailiyyah, dan oleh yang demikian, mempunyai kepentingan keagamaan kepada Syiah Ismailiyyah. Mereka juga merupakan sebahagian dari rantai pemegang jawatan khalifah, yang diakui kebanyakan Muslim. Ini merupakan satu-satunya zaman di mana Imam Syiah dan khilafah Islam bersatu selepas pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib.
Kerajaan Fatimiyyah dikatakan amat bertoleransi dengan orang Yahudi dan Kristian Qibti di samping orang Islam aliran lain.
Pada zaman 'Ubaydullah al-Mahdi pucuk pimpinannya ialah al-Mahdi sendiri sebagai khalifah yang mengaku berketurunan Ismail (imam yang diakui Ismailiyah sebagai penerus Ja'afar As-Sadiq). Pada zaman anak beliau, al-Qa'im sehingga al-Mu'iz, kuasa khalifah berada adalah di tangan para wazirnya yang berketurunan Barbar. Pada zaman al-'Aziz pula pengaruh Turki mula masuk. Pada waktu ini juga berlaku persaingan antara orang Turki dengan orang Barbar.
Kerajaan ini didirikan pada 909 oleh Abdullah al-Mahdi di kawasan Ifriqiya (kini Tunisia); beliau mengesahkan kekuasaannya dengan Dengan cepat kendali Abdullāh al-Mahdi meluas ke seluruh Maghreb, sebuah wilayah merangkumi negara-negara moden Maghribi, Aljazair, Tunisia dan Libya yang diperintah dari ibu kota Mahdiyah.
Peluasan kuasa
Pada tahun 972, angkatan pimpinan Jawhar aṣ-ṢiqillīAl-Mu'izz id-Dinillah menewaskan dinasti Ikhsyidiyah yang bertempat di sana. Pihak Fatimiyah menawan kota Fustat lalu membangunkan suatu kota baharu bernama Kaherah (القـــاهــرة al-Qāhirat "Sang Penunduk").[5] Mereka turut mara menakluk wilayah-wilayah sekitarnya hingga mereka berkuasa dari Tunisia ke Suriah dan malahan menyeberang ke Sicilia dan Italia selatan.
Kerajaan Fatimiyah dilihat jauh lebih cekap dalam urusan pentadbiran mereka berbanding kerajaan sezamannya di Eropah kerana penumpuan pelantikan pegawai-pegawai ia yang lebih berdasarkan kecekapan berbanding keturunan. Anggota cabang lain dalam Islām, seperti Sunni, sepertinya diangkat ke kedudukan pemerintahan sebagaimana Syi'ah. Toleransi dikembangkan kepada non-Muslim seperti para penganut Kristian dan Yahudi yang mendapatkan kedudukan tinggi dalam pemerintahan berdasarkan kepada kemampuan (pengecualian pada sikap umum toleransi ini termasuk "Mad Caliph" Al-Hakim bi-Amrillah).
Kejatuhan
Pada 1040-an, Ziriyah (gabenor Afrika Utara pada masa Fatimiyah) memerdekakan diri dari kerajaan Fatimiyah dan berpindahnya mereka ke Islām Sunnī, yang menimbulkan serangan Banū Hilal yang menghancurkan. Setelah 1070, Fatimiyah mengendalikan pesisir Syam dan bagian Suriah terkena serangan bangsa Turki, kemudian Pasukan Salib, sehingga wilayah Fatimiyah menyempit sampai hanya meliputi Mesir.
Selepas khalifah al-'Āḍid, pemerintah Fatimiyyah diturunkan dari takhta pemerintahan di Mesir oleh Ayyubiyyah. Satu kejadian di mana sebuah keluarga yang berasal daripada Fas mendakwa pewaris Fatimiyyah melalui Idris yang mana telah mengahwini wanita Berber, terutamanya keluarga Idrisid dan Rbati dari Maghribi. [perlu rujukan]
Kebanyakan kumpulan-kumpulan "Tayyibi" (Alavi, Hebtiahs, Atbai Malak, Dawoodi) juga mendakwa mereka adalah pewaris kepada Fatimiyyah. Puak Taiyabi (Dawoodi Bohra yang mana merupakan kumpulan majoriti) mendakwa para Da`i mereka (lihat senarai Dai dari Dawoodi Bohra) adalah pewaris sebenar ke-21 Imam Taiyab abi al-Qasim, anak lelaki kepada Imam ke-20, Imam Mansur al-Āmir bi-Aḥkām Allāh(khalifah ke-10 Fatimiyyah) (gelaran Da`i diasaskan oleh Ratu Yaman Sulayhid (Arwa al-Sulayhi). Dai terkini bagi masyarakat Dawoodi Bohra adalah Dr. Syedna Mufaddal Saifuddin.
^Kenneth M. Setton; Marshall W. Baldwin (1969). A History of the Crusades: The First Hundred Years. Univ of Wisconsin Press. m/s. 104. ISBN978-0-299-04834-1. Dicapai pada 26 February 2019. The Fatimid caliphate at its height included Egypt, Syria, the Hejaz, the Yemen, North Africa, and Sicily, and commanded the allegiance of countless followers in the eastern lands still subject to the Abbasids of Baghdad.
^Allan Trawinski (25 June 2017). The Clash of Civilizations. Page Publishing Inc. m/s. 185. ISBN978-1-63568-712-5. Dicapai pada 26 February 2019. Originally based in Tunisia, the Fatimid Dynasty extended their rule across the Mediterranean coast of Africa and ultimately made Egypt the center of their caliphate. At its height, in addition to Egypt, the caliphate included varying areas of the Maghreb, Sicily, the Levant, and the Hijaz.