Dinasti Al-Muwahhidun, (bahasa Berber: Imweḥḥdencode: ber is deprecated , daripada perkataan bahasa Arabالموحدونcode: ar is deprecated Al-Muwaḥḥidun, "pentauhid/monoteis" atau "gerakan Penyatuan") ialah dinasti Islam Berber Maghribi.[3][4] Dinasti ini diasaskan pada abad ke-12 dan menubuhkan negara Berber di Tinmel di Pergunungan Atlas dalam tahun 1120 CE.[5]
Pergerakan "Penyatuan" dimulakan oleh Ibnu Tumart dalm kalangan bani Masmuda, dan diikuti oleh Abd Al-Mu'min Al-Gumi di antara tahun 1130 dan kematiannya pada tahun 1163. Pihak Al-Muwahhidun menewaskan Al-Murabitun, dan memanjangkan kuasa mereka di seluruh Maghreb dan Al-Andalus (selatan Portugal dan Sepanyol) yang pada masa itu di bawah penguasaan Al-Murabitun.
Pihak Al-Muwahhidun memerintah di Afrika sehinggalah kemunculan puak Marinid dalam tahun 1215. Sebelum itu, kekhalifahan Al-Muwahhidun kehilangan wilayah dan jajahan melalui pemberontakan puak-puak dan daerah-daerah di wilayah jajahan mereka. Wakil terakhir Al-Muwahhidun, Idris II, "Al Wathiq" hanya memiliki Marrakesh, di mana beliau dibunuh oleh seorang hamba abdi pada tahun 1269. Pihak Banu Marin(Marinid)merampas Marrakesh dan menamatkan permerintahan Al-Muwahhidun di Maghreb Barat.