Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Parsi. (Jun 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Parsi itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|fa|شاهنشاهی هخامنشی}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Nama Hakhamaniyah berasal daripada pengasas empayar ini Hakhamanis, tetapi teori ini diperdebatkan oleh sejarahwan sehingga ke hari ini. Hakhamanis pada mulanya adalah sebuah negeri naungan Empayar Medes, tetapi negeri ini berkembang dan berjaya menumpas dan mengakhirkan pertuanan Medes. Empayar Hakhamaniyah kemudiannya berkembang sehingga ke Mesir dan menawan hampir ke semua jajahan Yunani. Namun begitu, wangsa Hakhamaniyah diakhiri Iskandar Agung dari Yunani.
Antara raja terkenal yang juga dianggap pengasas Wangsa ini yang benar ialah Cyrus Agung.
Empayar Hakhamaniyah merupakan sebuah empayar yang diasaskan oleh Cyrus Agung (r. c. 585–c. 529 B.C.E.).
Pada kemuncak kekuasaannya pada Kurun ke-lima B.C.E. Empayar Hakhamaniyah pernah menguasai kawasan yang terbentang dari Albania di sebelah Barat sehingga ke Taxila dan mengikuti Lembah Indus di sebelah Timur, dan dari Laut Aral sehingga ke Cyrene di Libya moden, termasuk Asia Barat dan Mesir.
Empayar Hakhamaniyah dipecahkan menurut Wilayah. Di sebelah timur ia termasuk, dari utara sehingga ke selatan, Khwarizm selatan Laut Aral, Sogdiana di muara Sungai Syr Dar’ya, Arachosia dan Gedrosia di Baluchistan, dan Bactria, Margiana, dan Gandhara di Afghanistan. Penaklukan ini dirangsang oleh keinginan Cyrus bagi sempadan yang stabil menghadapai Scythians, dan juga keinginan kepentingan imperial bagi merampas dan menguasai jajahan. Polisinya termasuk mengasaskan penempatan di sempadan, yang mana bandar Cyropolis yang terletak di lembah Sungai Syr Dar’ya paling terkenal.
Pada akhir kurun ke-enam B.C.E., raja yang menggantikannya, Darius Agung (r. 522–489 B.C.E.), memimpin kempen di timur yang dikatakan sampai ke persisiran Laut Aral. Dalam beberapa tahun yang berselang,pihak Parsi menakluk kawasan yang kini utara Pakistan, dan tentera dari provinces timur menjadi penting dalam tentera Hakhamaniyah. Empayar ini berakhir dengan kekalahan Darius III pada ALEXANDER THE GREAT dalam Pertempuran Gaugamela (Iraq moden) pada tahun 331 B.C.E.
Peninggalan
Sepanjang pemerintahan Empayar Hakhamaniyah selama dua kurun telah banyak membantu perhubungan budaya antara pusat dan timur. Orang-orang Scythian, Bactrian, Arachosian, Gandharan, dan India kesemuanya digambarkan di ukiran di Persepolis, pusat istiadat Parsi di kini selatan Iran moden. Puak Scythians digambarkan dengan ciri-ciri biasa mereka, mengenakan topi meruncing dengan pedang pendek; puak Bactrian dipaparkan memegang cawan dan memandu unta Bactrian dengan loceng pada lehernya. Orang-orang India mengenakan ikat kepala dan kain pendek dan membawa bekas dalam bakul yang disandang dari galang kayu yang digalas di atas bahu, sama yang seperti masih dilihat masa kini di India. Pergaulan dan pengembaraan ini mendedahkan peserta pada empayar terbesar di dunia, membabitkan pengetahuan mengenai skrip Aramaic dan kaedah pentadbiran. Kedua-duanya memudahkan pengukuhan hasil penaklukan Alexander Agung dan pasukannya.
Rujukan
^Shahbazi, A. Shapour (2012). "The Achaemenid Persian Empire (550–330 bce)". Dalam Daryaee, Touraj (penyunting). The Oxford handbook of Iranian history. Oxford: Oxford University Press. m/s. 131. ISBN978-0-19-973215-9. Although the Persians and Medes shared domination and others were placed in important positions, the Achaemenids did not – could not – provide a name for their multinational state. Nevertheless, they referred to it as Khshassa, "the Empire".
Musée achéménide virtuel et interactif (Mavi)Diarkibkan 2006-11-26 di Wayback Machine a vast "Virtual Interactive Achemenide Museum" of more than 8000 items, dedicated to the inheritance of the Persian Empire, from Cyrus the Great to Alexander, is now accessible on the Internet thanks to the initiative of a College de France professor, Pierre Briant.