Abad ke-5 SM
Abad ke-5 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 500 SM hingga 31 Disember 401 SM dalam kalendar Gregory .
Gambaran keseluruhan
Pemandangan Parthenon di Athens dari bukit yang terletak di Pnyx di barat. Lokasinya 23°43'35.69" T 37°58'17.39" U
Abad ke-5 dan ke-4 SM merupakan zaman kegemilangan falsafah di kalangan peradaban-peradaban yang maju, khususnya di masyarakat Yunani.
Falsafah Yunani berkembang pada sepanjang abad ke-5 SM, dan menyediakan asas untuk ideologi Barat. Di Athens dan tempat-tempat lain di dunia Mediterranean , abad ke-5 menandakan puncak dalam perkembangan institusi-institusi politik , seni , seni bina , dan kesusasteraan .
Peristiwa
490-an SM
499 SM - Aristagoras yang bertindak bagi pihak Empayar Parsi , mengetuai sebuah serangan yang gagal ke atas pulau Naxos yang memberontak.
499 SM - Aristagoras memulakan Pemberontakan Ionia yang mencetuskan Perang-perang Parsi antara Yunani dengan Parsi .
499 SM - Sardis dimusnahkan oleh angkatan tentera Athens dan Ionia .
498 SM - Leontini dikuasai oleh Hippocrates dari Gela .
498 SM - Alexander I mewarisi bapanya, Amyntas I , sebagai raja Macedon .
497 SM - Potidaea dilanda oleh tsunami .
496 SM - Pertempuran Tasik Regillus : Kemenangan Rom legenda yang awal menawan hati orang-orang Etruska atau Latin .
496 SM - Raja Gon Jian dari Yue menewaskan serta membuang Raja Fucha dari Wu , dan memperoleh hegemoni sementara di China kuno semasa Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh .
495 SM - Candi untuk dewa Mercury di Circus Maximus , Rome di bina.
494 SM - Perang yang tentera Parsi mengambil kembali Ionia .
494 SM - Dua tribun marhaen dan dua aedil marhaen dipilih buat pertama kali di Rom : jawatan ketribunan dicipta.
494 SM - Tahun yang Rom berubah daripada sebuah Republik Bangsawan kepada sebuah Republik Liberal .
493 SM - Pertempuran Tasik Regillus oleh Rom .
493 SM - Piraeus , kota pelabuhan untuk Athens , diasaskan.
493 SM - Coriolanus menawan kota Corioli , Volsci untuk Rom .
492 SM - Ekspedisi pertama Raja Darius I dari Parsi terhadap Yunani , di bawah pimpinan menantunya, Mardonius . Ini menandakan permulaan kempen yang memuncak dengan Pertempuran Marathon pada tahun 490 SM .
491 SM - Leotychidas II mewarisi sepupunya, Demaratus , sebagai raja Sparta .
491 SM - Gelo menjadi penzalim Gela .
12 September 490 SM - Pertempuran Marathon , pertempuran yang Darius I dari Parsi ditewaskan oleh tentera Yunani di bawah Miltiades .
490 SM - Phidippides berlari 40 kilometer dari Marathon ke Athens untuk mengumumkan berita tentang kemenangan Yunani; asal sukan marathon , perlumbaan jarak jauh.
480-an SM
489 SM - Kota-kota di Rhodes bersatu dan memulakan pembinaan kota baru Rhodes .
488 SM - Leonidas I mewarisi abangnya, Cleomenes I , sebagai raja Sparta , selepas Cleomenes didapati gila .
487 SM - Mesir memberontak terhadap Parsi .
487 SM - Aegina dan Athens berperang.
487 SM - Kearkonan Athens dipilih melalui mengundi, dan merupakan peristiwa penting dalam usaha untuk mencapai demokrasi Athens yang radikal.
486 SM - Bahagian pertama untuk Terusan Agung China dibina.
486 SM - Xerxes I mewarisi Darius I sebagai Raja Agung Parsi .
486 SM - Mesir memberontak terhadap pemerintahan Parsi .
486 SM - Majlis Buddhisme Pertama di Rejgaha , di bawah naungan Raja Ajatasattu . Tradisi lisan diperkenalkan buat pertama kali.
Oktober 485 SM - Xerxes I mewarisi Darius sebagai raja Parsi .
484 SM - Aeschylus , penulis drama Athens , memenangi hadiah puisi.
484 SM - Xerxes I membubarkan Kemaharajaan Babel dan membuang arca emas Bel (Marduk , Merodach ).
484 SM - Parsi menguasai semula Mesir .
483 SM - Xerxes I dari Parsi memulakan perancangan ekspedisinya terhadap Yunani .
481 SM - Kongres di Segenting Corinth menamatkan perang antara Athens dengan Aegina .
480 SM - Raja Xerxes I dari Paris mula menaklukkan Yunani .
480 SM - Cimon dan kawan-kawannya membakar kekang-kekang kuda sebagai persembahan kepada dewa Athena dan menjadi anggota-anggota tentera marin.
480 SM - Pleistarchus mewarisi bapanya, Leonidas I , sebagai raja Sparta .
Ogos 480 SM - Pertempuran Artemisium - Armada Parsi bertempur dalam pertempuran yang tidak muktamad terhadap armada bersekutu Yunani .
11 Ogos 480 SM - Pertempuran Thermopylae yang merupakan kemenangan Parsi terhadap tentera Yunani .
23 September 480 SM - Pertempuran Salamis antara Yunani dan Parsi yang menghasilkan kemenangan Yunani.
480 SM - Pertempuran Himera - Tentera Carthage di bawah Hamilcar ditewaskan oleh tentera Yunani dari Sicily yang diketuai oleh Gelon dari Syracuse .
480 SM - Angkatan tentera Rom berarak menghadapi tentera Veii .
470-an SM
460-an SM
468 SM - Sophocles , penulis drama Yunani , menewaskan Aeschylus untuk anugerah Hadiah Athens .
468 SM - Antium ditangkap oleh tentera Rom .
468 SM - Raja Zhending dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China .
466 SM - Liga Delos menewaskan Parsi dalam Perang Eurymedon .
466 SM - Tanah jajahan Yunani di Taras , Magna Graecia , ditewaskan oleh Iapyges , golongan penduduk asli Apulia kuno; pemerintahan beraja Tarentine jatuh, dengan pengenalan demokrasi dan pembuangan pengikut-pengikut Pythagorus .
465 SM - Raja Xerxes I dari Empayar Parsi dibunuh oleh Artabanus si Anak Hyrcania . Baginda diwarisi oleh Artaxerxes I , dengan Artabanus mungkinnya bertindak sebagai Pemangku Raja .
465 SM - Thasos memberontak dari Liga Delos .
464 SM - Gempa bumi di Sparta kuno: Yunani mengetuai pemberontakan Helot dan mengakibatkan ketegangan hubungannya dengan Athens , salah satu faktor yang mencetuskan Perang Peloponnesia .
464 SM - Pemangku Raja Artabanus dari Parsi dibunuh oleh Artaxerxes I , orang yang ditugasinya.
464 SM - Perang Messenia Ketiga .
462 SM - Pemberontakan Thasos terhadap Liga Delos berakhir dengan penyerahan kalah mereka.
461 SM - Cimon , ahli politik Athens , dipulaukan .
460 SM - Mesir memberontak terhadap Parsi , dan mencetuskan perang enam tahun. Angkatan tentera Athens yang dihantar untuk menyerang Cyprus dialihkan untuk menyokong pemberontakan ini.
460 SM - Cincinnatus menjadi konsul Republik Rom .
450-an SM
459 SM - Pleistoanax mewarisi bapanya, Pleistarchus , sebagai raja Sparta .
459 SM - Pemusnahan kota Morgantina di Sicily oleh Douketios , ketua puak Sikel , menurut Diodoros Siculus .
459 SM - Ezra mengetuai kumpulan kedua orang Yahudi dari Babylon ke Jerusalem .
458 SM - Aeschylus , penulis drama Yunani , menyiapkan Oresteia , trilogi yang menceritakan kesumat darah keluarga. Drama ini mempunyai pengaruh yang kuat kepada penulis-penulis masa hadapan.
458 SM - Cincinnatus dinamakan sebagai diktator Republik Rom supaya dapat mempertahankan Rom daripada Aequi . Enam belas hari kemudian, selepas menewaskan penyerang-penyerang dalam Perang Mons Algidus , beliau meletakkan jawatan dan kembali ke ladangnya.
457 SM - Reformasi teragung Pericles , negarawan Athens , membenarkan orang biasa untuk berkhidmat dalam sebarang jawatan awam, dan memulakan Zaman Keemasan Athens Kuno.
457 SM - Perang Tanagra : Tentera Sparta menewaskan tentera Athens , dekat Thebes .
457 SM - Perang Oenophyta : Tentera Athens menewaskan tentera Thebes dan menguasai Boeotia .
457 SM - Dekri Artaxerxes I untuk menubuhkan semula kerajaan kota Jerusalem . Sila lihat Ezra 7, Daniel 9 dan Nehemiah 1 dalam Wasiat Lama .
455 SM - Kedamaian sementara selama tiga puluh tahun diikat antara Athens dan Lacedaemon .
455 SM - Euripides menyampaikan Peliades , drama tragedi pertamanya yang diketahui, dalam perayaan Athens di Dionysia .
454 SM - Athens hilang armadanya dan mungkin sebanyak 50,000 orang dalam percubaan yang gagal untuk membantu pemberontakan Mesir terhadap Parsi .
454 SM - Perbendaharaan Liga Delos dipindahkan dari Delos ke Athens .
454 SM - Permusuhan antara Segesta dan Selinunte , dua buah kota Yunani di Sicily .
453 SM - Taiyuan , sebuah kota di China , dibanjiri.
451 SM - Athens berdamai dengan Sparta dan berperang dengan Parsi .
451 SM - Perintahan bersepuluh bangkit untuk berkuasa di Republik Rom , dan menggubal dua belas jadual yang menjadi asas undang-undang Rom .
450 SM - Perang Salamis : Tentera Athens di bawah Cimon menewaskan armada Parsi .
450 SM - Perdiccas II mewarisi Alexander I sebagai raja Macedon (tarikh anggaran).
440-an SM
430-an SM
439 SM - Cincinnatus semula lagi menjadi diktator Republik Rom dan menewaskan tentera Volsci .
439 SM - Menurut legenda , Gaius Servilius Ahala menyelamatkan Rom daripada Spurius Maelius .
438 SM - Ictinus dan Callicrates menyiapkan pembinaan Parthenon yang terletak di Akropolis Athens .
435 SM - Arca Zeus di Olympia , salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia , disiapkan oleh Phidias .
434 SM - Pertempuran antara pulau Kerkyra , Yunani dan kota induk Corinth .
434 SM - Anaxagoras mencuba mempersegikan bulatan dengan tepi lurus dan kompas .
433 SM - Perang Sybota antara Corcyra dan Corinth .
433 SM (atau kemudian) - Pengebumian Marquis Yi dari Zeng di China .
432 SM - Athens mengambil dan mengamalkan kitaran 19-tahun yang menyelaraskan takwim-takwim suria dan qamari .
432 SM - Athens menewaskan Corinth dalam pertempuran Potidaea .
432 SM - Tanah jajahan Yunani di Heraclea diasaskan oleh Tarentum dan Thurii .
431 SM - Perang Peloponnesia bermula antara Sparta dengan Athens dan sekutu-sekutunya.
431 SM - Penewasan tentera Aequian oleh Rom di bawah diktator A. Postumius Tubertus .
431 SM - Empedocles , pakar perubatan dan ahli falsafah Yunani, menyatakan tanggapannya bahawa tubuh manusia mempunyai empat humor : darah , hempedu , hempedu hitam , dan kahak . Kepercayaan in menguasai pemikiran perubatan selama berabad-abad.
430 SM - Athens mengalami wabak utama yang dipercayai diakibatkan oleh tifus .
k.k. 430 SM - Persembahan pertama Oedipus si Raja , drama tragedi Sophocles .
420-an SM
Tokoh-tokoh
Buddha berdiri, kawasan kuno Gandhara , Pakistan utara, abad ke-1 Masihi, Musée Guimet .
498 SM - Kemangkatan Amyntas I , raja Macedon .
Pythagoras dari Samos , ahli matematik Yunani (sila lihat teorem Pythagorus ) (582 - 496 SM ).
491 SM - Kemangkatan Hippocrates , penzalim Gela .
Gautama Buddha , pengasas agama Buddhisme (k.k. 563 - 483 SM ).
Confucius , pengasas Konfusianisme (551 - 27 Ogos 479 SM ).
Mahavira dari Vaishali , pengasas Jainisme (mungkin antara 549 SM -477 SM ).
Aeschylus dari Athens , penulis drama (525 - 456 SM ).
Darius I , raja Parsi (memerintah antara 521 - 485 SM ).
Panini , ahli nahu Hindu India , (520 SM - 460 SM ).
Sophocles dari Athens , penulis drama (496 - 406 SM ).
496 SM - Kemangkatan Sun Tzu , ahli falsafah ketenteraan dan penulis Seni Perang (amat mungkin merupakan tarikh percakapan).
Pericles dari Athens , ahli politik (k.k. 495 - 429 SM ).
Zeno dari Elea , ahli falsafah Yunani (495 SM - k.k. 430 SM ).
Phidias , pengarca Yunani (490 SM - k.k. 430 SM ) (tarikh anggaran).
Empedocles , ahli falsafah Yunani (490 SM - k.k. 430 SM ) (tarikh anggaran).
489 SM - Kelahiran Eudoxus dari Cnidus , ahli matematik awal dan penyokong Dion Pythagoras , murid Plato , serta penzalim Syracuse .
488 SM - Kemangkatan Miltiades , jeneral Athens .
Herodotus dari Halicarnassus , ahli sejarah (k.k. 485 SM ).
Euripides dari Athens , penulis drama (k.k. 480 - 406 SM ).
479 SM - Kemangkatan Mardonius , komander Parsi di Plataea .
479 SM - Kematian Ephialtes , pengkhianat Yunani , dalam Pertempuran Thermopylae .
476 SM - Kemangkatan Raja Jing dari Zhou / Ji Gai , raja Dinasti Zhou di China .
475 SM - Kemangkatan Heraclitus dari Ephesus , ahli falsafah Yunani .
Socrates dari Athens , ahli falsafah Yunani (470 - 399 SM ).
470 SM - Kelahiran Mozi , ahli falsafah Cina (+ 391 SM ) (tarikh anggaran).
469 SM - Kelahiran Aspasia dari Miletus , perempuan simpanan Pericles dari Athens (+ 406 SM ) (tarikh anggaran).
469 SM - Raja Yuan dari Zhou , raja Dinasti Zhou di China .
469 SM - Kemangkatan Leotychides , raja Sparta .
469 SM - Kemangkatan Simonides dari Ceos , pemuisi lirik Yunani .
468 SM - Kemangkatan Aristides , negarawan Athens .
465 - Pembunuhan Xerxes I , raja Parsi .
464 SM - Kemangkatan Artabanus dari Parsi , pemangku raja untuk Artaxerxes I .
461 SM - Pembunuhan Ephialtes , ketua demokrat radikal .
Thucydides , ahli sejarah Yunani (460 SM - 395 SM ).
Hippocrates dari Cos , pakar perubatan Yunani (460 SM - 377 SM ).
Democritus dari Abdera , alhi falsafah Yunani (460 SM - 370 SM ).
459 SM - Kemangkatan Pleistarchus , raja Sparta .
451 SM - Kemangkatan Verginia , mangsa legenda perintahan bersepuluh .
450 SM - Kelahiran Alcibiades , jeneral dan ahli politik Athens (tarikh anggaran).
450 SM - Kemangkatan Cimon , tokoh politik utama di Athens dan anak lelaki Miltiades (tarikh anggaran).
450 SM - Kemangkatan Alexander I , raja Macedon (tarikh anggaran).
449 SM - Pembunuhan diri Appius Claudius , bekas ahli perintahan bersepuluh .
449 SM - Pembunuhan diri Spurius Oppius , bekas ahli perintahan bersepuluh .
Aristophanes dari Athens , penulis drama (k.k. 446 - 385 SM ).
446 SM - Kelahiran Marcus Furius Camillus , askar dan negarawan Rom (tarikh tradisional).
443 SM - Kemangkatan Pindar , pemuisi Yunani .
442 SM - Kemangkatan Raja Zhending dari Zhou , raja Dinasti Zhou di China .
437 SM - Kemangkatan Volumnius , raja Etruska di Veii .
436 SM - Kelahiran Isocrates , pemidato Athens .
436 SM - Kelahiran Artaxerxes II , raja Parsi (tarikh anggaran).
435 SM - Kelahiran Philoxenus dari Cythera , pemuisi ditirambi Yunani (+ 380 SM ).
Dionysius , penzalim Syracuse (k.k. 432 SM - 367 SM ).
430 SM - Kemangkatan Empedocles , alhi falsafah Yunani (tarikh anggaran).
430 SM - Kemangkatan Phidias , pengarca Yunani (tarikh anggaran).
430 SM - Kemangkatan Zeno dari Elea , alhi falsafah Yunani (tarikh anggaran).
Darius II , raja Parsi (memerintah antara 423 -404 SM )
Ezra dan Nehemiah bergiat di Judea.
Lelaki Tollund , mangsa pengorbanan manusia di Semenanjung Jutland , Denmark yang mungkin merupakan bukti terawal yang diketahui tentang penyembahan Odin .
Zengzi , 505-436, murid Confucius yang menulis Pembelajaran Agung .
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
Besi tuang digunakan buat pertama kali di Wu .
Orang Yunani mereka kuku sauh .
Orang Yunani mula menggunakan kren yang berkaki ricih untuk pembinaan dan memuatkan kapal-kapal.
Orang Yunani mereka perspektif linear .
Orang Yunani mengembangkan proses lilin hilang tak langsung untuk menuang gangsa.