Dinasti Zhou (Tulisan Cina Tradisional: 周朝, pinyin: Zhou Chao) (1066 SM - 221 SM) ialah dinasti terakhir sebelum China disatukan bawah Dinasti Qin. Dinasti Zhou ialah dinasti yang bertahan paling lama dibandingkan dengan dinasti yang lain dalam sejarah China, dan penggunaan besi mula diperkenalkan di China bermula zaman ini.
Sejarah
Mandat langit
Sesuai dengan tradisi feudal China, para pemerintah Zhou mengantikan Dinasti Shang (Yin) dan mengesahkan aturan yang menetapkan mereka sebagai mandat langit, iaitu para penguasa memerintah dengan mandat dari langit. Bila mandat dari langit dicabut, rakyat berhak menggulingkan penguasa tadi. Perintah langit ditetapkan oleh nenek moyang Zhou, Tian-Huang-Shangdi, yang berada di atas nenek moyang Shang, Shangdi. Doktrin ini menjelaskan dan membenarkan kekalahan Dinasti Xia dan Shang, dan pada waktu yang sama mendukung hak kekuasaan para penguasa sekarang dan masa depan.
Bangsawan keluarga Ji
Dinasti Zhou didirikan oleh keluarga Ji (姬) berpusat di Hao (鎬, kini di sekitar Xi'an), meneruskan corak budaya dan bahasa dari dinasti sebelumnya, pengembangan Zhou pada awalnya melalui penaklukan. Secara beransur-ansur, Zhou memperluaskan budaya Shang hingga ke wilayah utara Sungai Panjang.
Pada awalnya, keluarga Ji mengendalikan negara Zhou secara terpusat. Pada tahun 771 SM, setelah Raja You (周幽王) menggantikan permaisurinya dengan Selir Baosi, bandar utamanya diserang kekuatan gabungan dari ayah permaisuri, putera Shen yang bersekutu dengan suku-suku asing. Kemudian, putera kepada permaisuri, Ji Yijiu (姬宜臼) dinaikkan takhta sebagai raja baru oleh para bangsawan negara Zheng, Lü, Qin dan putera Shen. Ibu negara kemudian terpaksa dipindahkan ke sebelah timur pada tahun 722 SM, iaitu Luoyang di wilayah Hainan kini.
Pembahagian Dinasti Zhou Barat dan Zhou Timur
Disebabkan pemindahan ibu negara ini, para sejarawan kemudian membahagi Dinasti Zhou menjadi Dinasti Zhou Barat (西周) dari akhir abad ke-10 SM hingga tahun 771 SM, serta Dinasti Zhou Timur (東周) dari tahun 770 SM hingga tahun 221 SM. Tahun permulaan Zhou Barat tetap masih dalam perdebatan, antara tahun 1122 SM, tahun 1027 SM atau tahun lain dalam ratusan tahun dari akhir abad ke-12 SM. Pada umumnya, sejarawan China menetapkan tahun 841 SM sebagai tahun awal bermula pemerintahan Dinasti Zhou dalam sejarah China.
Setelah perpecahan di pusat kekuasaan, pemerintah Zhou semakin lemah menjalankan pemerintahan. Setelah Raja Ping (周平王), raja-raja Zhou yang terkemudian tidak memiliki kekuasaan yang nyata kerana kekuasaan sebenarnya teletak di tangan para bangsawan yang kuat. Menjelang penghujung Dinasti Zhou, para bangsawan tidak meletakkan lagi pertolongan keluarga Ji sebagai simbol gabungan kerajaan dan masing-masing mengangkat diri mereka sendiri sebagai raja. Dinasti Zhou berpecah menjadi beberapa negara kecil yang bertempur antara satu sama lain. Zaman ini kemudian terkenal sebagai Zaman Negara-negara Berperang yang kemudian diakhiri dengan penyatuan China dalam Dinasti Qin.
Pertanian
Pertanian ketika Dinasti Zhou sangat pesat dan banyak kesempatan diarahkan secara langsung oleh pemerintah. Semua tanah pertanian dimiliki oleh para bangsawan, yang kemudian memberikan tanah mereka kepada pekerja mereka. Sebagai contoh, sebidang tanah dibahagi kepada sembilan segi yang mempunyai bentuk telaga dalam ukuran jing (巾), dengan hasil gandum dari pertengahan segi diambil oleh pemerintah dan bakinya disimpan oleh petani. Dengan cara ini, pemerintah bleh menyimpan lambakan makanan dan mengagihkan kembali ketika waktu kemarau atau ketika tuaian tidak baik. Beberapa sektor perusahaan penting ketika tempoh ini termasuk tempaan gangsa, yang digabungkan dalam pembuatan senjata dan perkakas pertanian. Sekali lagi, industri ini dikuasai oleh bangsawan.
Raja-raja penguasa Dinasti Zhou
Penguasa Dinasti Zhou masih bergelar raja (王) kerana pemerintah China hanya digelar maharaja (皇帝) ketika diperkenalkan pada zaman Dinasti Qin. Di bawah ialah jadual senarai raja-raja Dinasti Zhou Barat dan Timur.
1 Masa permulaan Dinasti Zhou yang diterima secara luas pertama kalinya adalah pada tahun 841 SM, ketika pemerintahan peralihan Gonghe. Data masa pemerintahan di dalam jadual berasal dari Projek Kronologi Xia-Shang-Zhou yang ditaja oleh pemerintahan China yang diterbitkan pada tahun 2000.
2 Keluarga bangsawan keluarga Ji menaikkan Raja Hui sebagai pengganti Raja Nan setelah bandar Luo Yang ditakluk oleh pasukan Qin pada tahun 256 SM. Raja Nan secara umum dipandang sebagai pemerintah terakhir Dinasti Zhou.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan