Enam Belas Kerajaan, atau kadang-kala dipanggil sebagai Enam Belas Negeri, adalah satu kumpulan beberapa negara berdaulat berjangka hayat pendek di China dan kawasan-kawasan berjirannya bermula pada tahun 304 sehingga 439 AD selepas pengunduran Dinasti Jin (265–420) ke China Selatan dan sebelum penubuhan Dinasti-dinasti Utara. Asalnya, istilah ini pertama kali digunakan oleh Cui Hong di dalam rekod sejarah yang hilang, Shiliuguo Chunqiu (Sejarah Musim Bunga dan Luruh dari Enam Belas Kerajaan) dan merangkumi enam belas kerajaan pada era ini, iaitu negeri Han Zhao, Zhao Akhir, Cheng Han, Bekas Liang, Liang Akhir, Liang Utara, Liáng Barat, Liang Selatan, Bekas Yan, Yan Akhir, Yan Utara, Yan Selatan, Bekas Qin, Qin Akhir dan Qin Barat dan Xia. Istilah ini kemudian diperluaskan bagi memasukkan negeri-negeri berdaulat bermula pada tahun 304 sehingga 439. Kewujudan kerajaan-kerajaan tidak kesemuanya bertahan sehingga sepanjang tempoh ini.
Sejarah
Zaman Enam Belas Kerajaan yang juga dikenali sebagai Zaman Wu Hu, adalah salah satu zaman malapetaka di dalam sejarah China. Berikutan penguaasaan China buat satu tempoh yang lama sejak dinasti Qin, pemberontakan Wu Hu memberi kesan kepada hampir keseluruhan tanah besar China. Ia tidak berakhir sehingga Jin mendapat kebanyakan kawasan di tengah China sementara Wei Utara mendapat kawasan di utara Sungai Kuning.
Rujukan
Sumber
- Shiliuguo Chunqiu
- Li Bo, Zheng Yin, "5000 years of Chinese history", Inner Mongolian People's publishing corp , ISBN 7-204-04420-7, 2001.
Templat:16 Kingdoms