Koordinat: 35°41′46″N 51°25′23″E / 35.69611°N 51.42306°E / 35.69611; 51.42306
Tehran
تهران |
---|
|
تهران بزرگ · Greater Tehran |
|
|
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Iran Tehran" tidak wujud. |
Koordinat: 35°41′21″N 51°23′20″E / 35.68917°N 51.38889°E / 35.68917; 51.38889Koordinat: 35°41′21″N 51°23′20″E / 35.68917°N 51.38889°E / 35.68917; 51.38889{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman |
Negara | Iran |
---|
Wilayah]] | Tehran |
---|
Kaunti | Tehran Ray Shemiranat |
---|
Daerah | Central |
---|
|
• Datuk Bandar | Pirouz Hanachi |
---|
• Pengerusi Majlis Bandar Raya | Mohsen Hashemi Rafsanjani |
---|
|
• Bandar | 615 km2 (237 batu persegi) |
---|
• Metro | 2,235 km2 (863 batu persegi) |
---|
Aras | 900 to 1,830 m (2,952 to 6,003 ft) |
---|
|
• Kepadatan | 11,800/km2 (31,000/batu persegi) |
---|
• Bandar | 8,693,706[3] |
---|
• Metro | 16,000,378[4] |
---|
• Population rank in Iran | 1st |
---|
Demonim | Tehrani (en) |
---|
Zon waktu | UTC+03:30 (IRST) |
---|
• Musim panas (DST) | UTC+04:30 (IRDT) |
---|
Kod-kod kawasan | (+98) 021 |
---|
Iklim | BSk |
---|
Laman sesawang | www.tehran.ir |
---|
Teheran atau Tehran (Parsi: تهران, rumi: Tehrān Disebut: [tehˈɾɒːn]) adalah ibu kota Iran dan terletak di tengah tengah Wilayah Teheran. Dengan berbekalkan populasi 8,429,807;[6] ia juga adalah sebuah bandar dan kawasan perbandaran yang terbesar di Iran,[7] salah satu bandar yang terbesar di Asia Barat, serta bandar ke-21 terbesar di dunia.
Ia juga adalah pusat perindustrian Iran di mana setengah daripada industri Iran berpusat di sini. Industri-industri ini termasuklah industri automobil, elektrikal dan elektronik, pembuatan senjata, tekstil, dan beberapa industri kimia. Terdapat juga industri penapisan minyak berdekatan dengan Tehran.
Pada abad ke 20, terdapat migrasi penduduk ke Teheran dari seluruh Iran. Maka, pada hari ini, penghuni kota ini terdiri daripada masyarakat berbilang suku dan agama termasuk orang-orang Azeri, Armenia, Kurdi dan Yahudi.
Sejarah
Teheran pada mulanya hanyalah kampung kecil dan kurang dikenali berbanding dengan bandar Rhage yang terletak berdekatan. Namun begitu kedatangan tentera Mongol membawa kepada kemusnahan Rhages menyebabkan ramai penghuni kota itu melarikan diri ke Teheran. Terdapat juga sumber menyatakan ketika zaman pemerintahan Mongol, Teheran dikenali sebagai "Tehran Rhages" (طهرانِ ری).
Orang Eropah pertama yang menjejakkan kaki di Teheran berkemungkinan adalah Don Ruy Gonzáles de Clavijo. Beliau ketika itu dalam perjalanan ke Samarkand (di Uzbekistan) yang ketika itu merupakan pusat pemerintahan empayar Mongolia.
Selepas zaman pemerintahan Mongolia, Iran diperintah oleh kerajaan Safavid. Ketika kurun ke-17 (era Safavid,) Teheran menjadi ibu kota Iran dan sebuah bazaar dan dinding kota dibina oleh Tahmasp I. Namun begitu, ibu kota Iran ditukar ke tempat lain ketika zaman Abbas I. Pertukaran berpunca daripada peristiwa dimana beliau jatuh sakit ketika melewati kota ini dalam peperangan menentang tentera Uzbek.
Pada awal abad ke 18, Karim Khan Zand memerintahkan agar dibina sebuah istana dan juga beberapa pejabat kerajaan di Teheran, berkemungkinan ingin menjadikan Teheran sebagai pusat pemerintahan Parsi. Tetapi selepas itu, beliau menukar pusat pemerintahannya ke Shiraz. Pada tahun 1795, ketika Parsi dibawah pemerintahan Qajar, Raja Agha Mohammad Khan menjadikan Teheran sebagai ibu kota Empayar Parsi.[8] Teheran terus menjadi pusat pemerintahan Iran dengan penggubalan perlembagaan baharu merasmikankan statusnya dalam kerajaan Iran pada 6 Oktober 1907; tarikh ini diraikan sebagai "Hari Tehran".[9]
Kota ini menjalani kerja-kerja raya mendadak pada tahun-tahun 1933 dan 1937 untuk membuka ruang prasarana pengangkutan sehingga menyebabkan perobohan sebilangan bangunan bersejarah.[10][11] Ketika zaman pemerintahan Shah Mohammad Reza juga, banyak mercu tanda lama di Teheran turut dirobohkan atau dibiarkan kerana baginda berpendapat mercu tanda mercu tanda dan bangunan-bangunan lama tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada kota moden. Kebanyakan binaan ini diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan-bangunan baru.
Ketika tercetusnya Perang Teluk, Teheran dibedil dengan peluru berpandu Iraq menyebabkan banyak infrastrukturnya rosak teruk dan ramai penduduk awamnya terkorban.
Geografi
Muka bumi
Kawasan terangkum dalam Teheran mempunyai banyak tempat yang berbeza ketinggian sehingga menjejaskan suhu persekitaran: misalnya Dataran Tajrish di kawasan utara kota terletak setinggi 1712.6 m dari paras laut manakala stesen kereta api kota di selatan jauh lebih rendah dengan 1117 meter dihubungkan Jalan Valiasr yang yang berjarak 17.3 kilometer.[12] Kawasan utara lebih berbukit-bukau cenderung sejuk berbanding di selatan.
Suhu dan iklim
Teheran mempunyai iklim separuh gersang sejuk (pengelasan iklim Köppen: BSk) bercirikan iklim benua dengan corak kerpasan mirip iklim Mediterranean dipengaruhi kedudukan ia antara pergunungan Alborz di utara dan kawasan bergurun tengah Iran.
Data iklim untuk Tehran-Shomal (north of Tehran), Altitude: 1548.2 M from: 1988–2005
|
Bulan
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
Apr
|
Mei
|
Jun
|
Jul
|
Ogo
|
Sep
|
Okt
|
Nov
|
Dis
|
Tahun
|
Rekod tinggi suhu, °C (°F)
|
16.4 (61.5)
|
19.0 (66.2)
|
23.8 (74.8)
|
33.6 (92.5)
|
33.6 (92.5)
|
37.8 (100.0)
|
39.8 (103.6)
|
39.4 (102.9)
|
35.6 (96.1)
|
31.2 (88.2)
|
23.0 (73.4)
|
19.0 (66.2)
|
39.8 (103.6)
|
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)
|
6.1 (43.0)
|
8.1 (46.6)
|
12.9 (55.2)
|
19.8 (67.6)
|
25.0 (77.0)
|
31.2 (88.2)
|
33.9 (93.0)
|
33.5 (92.3)
|
29.3 (84.7)
|
22.4 (72.3)
|
14.3 (57.7)
|
8.6 (47.5)
|
20.4 (68.8)
|
Purata minimum suhu harian, °C (°F)
|
−1.5 (29.3)
|
−0.2 (31.6)
|
4.0 (39.2)
|
9.8 (49.6)
|
14 (57)
|
19.6 (67.3)
|
22.6 (72.7)
|
21.9 (71.4)
|
17.5 (63.5)
|
11.6 (52.9)
|
5.4 (41.7)
|
1.0 (33.8)
|
10.5 (50.8)
|
Rekod rendah suhu, °C (°F)
|
−11.4 (11.5)
|
−11.0 (12.2)
|
−8.0 (17.6)
|
−1.6 (29.1)
|
3.0 (37.4)
|
12.0 (53.6)
|
15.4 (59.7)
|
13.5 (56.3)
|
8.8 (47.8)
|
2.6 (36.7)
|
−5.2 (22.6)
|
−9.6 (14.7)
|
−11.4 (11.5)
|
Purata kerpasan, mm (inci)
|
63.1 (2.48)
|
66.5 (2.62)
|
83.3 (3.28)
|
50.1 (1.97)
|
27.1 (1.07)
|
4.0 (0.16)
|
4.2 (0.17)
|
3.2 (0.13)
|
3.4 (0.13)
|
16.5 (0.65)
|
41.3 (1.63)
|
66.3 (2.61)
|
429 (16.9)
|
Purata bilangan hari hujan
|
12.3
|
10.9
|
12.3
|
10.0
|
8.9
|
3.3
|
3.4
|
1.6
|
1.3
|
5.8
|
8.6
|
10.7
|
89.1
|
Purata bilangan hari salji
|
8.9
|
6.6
|
2.5
|
0.1
|
0.1
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0.6
|
4.9
|
23.7
|
Purata kelembapan relatif (%)
|
67
|
59
|
53
|
44
|
39
|
30
|
31
|
31
|
33
|
44
|
57
|
66
|
46
|
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari
|
137.2
|
151.1
|
186.0
|
219.1
|
279.8
|
328.7
|
336.6
|
336.8
|
300.5
|
246.8
|
169.4
|
134.1
|
2,826.1
|
Sumber: [13]
|
Ekonomi
Sekitar 30% tenaga buruh daripada sektor awam dan 45% firma industri besar terletak Teheran. Hampir setengah daripada tenaga buruh di Teheran bekerja di sektor kerajaan dan selebihnya berkerja di kilang-kilang, perniagaan-pernigaan kecil, dan juga pengangkutan. Pelaburan asing terutamanya dari negara-negara barat, di kota ini adalah rendah berikutan hubungan keruh kerajaan Iran dengan negara-negara barat. tetapi, sebelum revolusi Iran, terdapat banyak syarikat-syarikat barat beroperasi di Teheran. Industri-industri moden di Teheran kebanyakannya adalah industri pembuatan seperti pembuatan barangan elektrik dan elektronik, tekstil, makanan, bahan kimia dan senjata api. Terdapat juga industri otomobil dan berdekatan Teheran, terdapat pusat penapisan minyak. Pasaran saham awam Teheran pula dikenali sebagai Bursa Saham Teheran.
Bandar-bandar kembar
Tehran dikembarkan bersama bandar-bandar:[14][15][16][17]
- Ankara, Turki
- Baghdad, Iraq
- Beijing, China
- Bishkek, Kyrgyzstan
- Brasília, Brazil
- Budapest, Hungary
- Caracas, Venezuela
- Dushanbe, Tajikistan
- Havana, Cuba
- Kabul, Afghanistan
- Khartoum, Sudan
- London, England, United Kingdom
- Los Angeles, Amerika Syarikat
- Manila, Filipina
- Minsk, Belarus
- Moscow, Rusia
- Pretoria, Afrika Selatan
- Sanaa, Yaman
- Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina
- Tbilisi, Georgia
Rujukan
Pautan luar