Iklim separa gersang atau iklim steppe merupakan kawasan-kawasan yang iklimnya menerima kerpasan tahunan yang rendah, iaitu biasanya antara 250-400 mm[1]. Sistem pengelasan iklim Köppen menghuraikan iklim steppe (BSk dan BSh) sebagai iklim antaraan iklim gurun (BW) dan iklim lembap dari segi sifat ekologi dan potensi pertanian. Sistem Köppen membenarkan penyelarasan suhu dan pengecualian rantau berhutan (seperti di kebanyakan kawasan Kanada dan Siberia). Iklim separa gersang membolehkan kehidupan tumbuh-tumbuhan yang serba semak. Terdapat dua jenis iklim separa gersang, iaitu iklim separa gersang panas (BSh) dan iklim separa gersang sejuk (BSk).
Untuk menentukan sama ada sesebuah kawasan memang mengalami iklim gersang, pertama sekali ambang kerpasannya (dalam ukuran milimeter) mesti ditentukan dengan langkah-langkah berikut:
Darabkan purata suhu tahunan (dalam °C) dengan 20
Tambahkan nilai-nilai berikut berdasarkan peratusan jumlah kerpasan dalam separuh tahun yang bermatahari tinggi (April hingga September di Hemisfera Utara, atau Oktober hingga Mac di Hemisfera Selatan)
>70% jumlah kerpasan: 280
30–70% jumlah kerpasan: 140
<30% jumlah kerpasan: 0
Jika kerpasan tahunan kawasan itu kurang daripada ambangnya tetapi lebih daripada separuh ambangnya, maka dikelaskannya BS (iklim steppe).
Iklim separa gersang panas
Iklim separa gersang panas biasanya terdapat dalam kawasan tropika dan subtropika. Jenis iklim separa gersang ini selalu mengalami musim panas yang boleh teramat panas, dan musim sejuk yang sederhana atau hangat dan jarang sekali bersalji. Jenis iklim ini ditemui di Australia, Asia Selatan, sesetengah kawasan di Afrika dan Antillen Kecil.
Bandaraya terkemuka yang beriklim separa gersang panas
Iklim separa gersang sejuk biasanya terdapat di zon iklim sederhana. Seperti iklim separa gersang panas juga, iklim separa gersang sejuk mengalami musim panas yang boleh menjadi amat panas, tetapi lain pula pada musim sejuk, di mana kawasan beriklim sedemikian boleh mengalami musim sejuk yang amat dingin, apalagi biasanya mengalami salji turun. Begitu juga, kawasan beriklim separa gersang sejuk juga sering dialami di kawasan yang lebih tinggi berbanding iklim separa gersang panas. Lebih-lebih lagi, kawasan beriklim separa gersang sejuk adakalanya terdedah kepada perubahan suhu yang cukup ketara dalam masa 24 jam, adakalanya mencecah 50 °F (10 °C) dalam masa itu. Ayunan suhu yang sebegini besar jarang dialami di iklim separa gersang panas.
Bandaraya terkemuka yang beriklim separa gersang sejuk