5 Februari merupakan hari ke-36 dalam kalendar Gregory . Tinggal 329 hari (atau 330 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Putera Alexandru Ioan Cuza
1576 - Henry dari Navarre memeluk agama Katolik Rom agar berhak untuk menaiki takhta Perancis .
1597 - Sekumpulan Kristian Jepun terawal dibunuh atas arahan kerajaan Jepun yang memandang mereka sebagai ancaman kepada masyarakat Jepun.
1782 - Sepanyol menewaskan tentera British lalu menawan Minorca .
1862 - Domnitor Alexandru Ioan Cuza (gambar) menggabungkan dua prinsipalitinya , Wallachia dan Moldavia , untuk membentuk Prinsipaliti Dunărene , pendahulu Romania kini.
1885 - Raja Leopold II dari Belgium mewujudkan Negara Bebas Congo sebagai jajahan peribadinya di Afrika .
1900 - Amerika Syarikat dan United Kingdom menandatangani perjanjian Terusan Panama .
1919 - Charlie Chaplin , Mary Pickford , Douglas Fairbanks , dan D.W. Griffith melancarkan syarikat United Artists .
1924 - Isyarat Masa Greenwich mula disiarkan setiap jam dari Balai Cerap Diraja, Greenwich oleh BBC .
1958 - Gamal Abdel Nasser dicalonkan menjadi presiden pertama Republik Arab Bersatu .
1982 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad merasmikan Seminar Perlaksanaan Projek-Projek Pembangunan RISDA bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Bangunan RISDA, Kuala Lumpur .
1985 - Datuk bandar Rom dan Carthage menandatangani satu perjanjian damai bagi "secara rasminya" menamatkan Perang Punic Ketiga , 2,131 tahun selepas konflik ini berakhir.
1988 - Hari Hidung Merah yang pertama memungut £ 15 juta di United Kingdom untuk pertubuhan amal .
2004 - Barisan Penentang Artibonite Revolusioner menawan bandar Gonaïves , Haiti memulakan pemberontakan menentang kerajaan Presiden Jean-Bertrand Aristide .
2012 - Sauli Niinistö daripada Parti Campuran Nasional terpilih sebagai Presiden Finland .
2012 - Dalam bola sepak Amerika , New York Giants mengalahkan New England Patriots untuk memenangi Super Bowl XLVI .
Kelahiran
Cristiano Ronaldo
Kematian