23 Februari merupakan hari ke-54 dalam kalendar Gregory . Tinggal 311 hari (atau 312 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Bible Gutenberg
Paten Rudolf Diesel
1455 - Johannes Gutenberg mula mencetak Bible Gutenberg (gambar) di Mainz , Jerman.
1893 - Rudolf Diesel mendapat paten (gambar) untuk enjin diesel .
1903 - Perjanjian Amerika Syarikat–Cuba disahkan, membenarkan Amerika Syarikat memajaki Teluk Guantánamo daripada Cuba untuk selama-lamanya.
1917 – Tunjuk perasaan pertama di Saint Petersburg , Rusia. Permulaan Revolusi Februari .
1945 - Perang Dunia Kedua : Joe Rosenthal mengambil gambar foto Raising the Flag on Iwo Jima semasa Pertempuran Iwo Jima , imej yang kemudian memenangi Hadiah Pulitzer dan dihasilkan semula di Tugu Peringatan Perang Kor Marin A.S.
1945 – Perang Dunia Kedua: Ibu negara Filipina , Manila , dibebaskan oleh tentera Amerika.
1947 - Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) ditubuhkan.
1950 - Darurat Tanah Melayu : Pihak komunis menyerang di Balai Polis Bukit Kepong , Johor .
1991 – Perang Teluk : Tentera darat campuran menyeberangi sempadan Arab Saudi untuk memasuki Iraq , maka bermulanya kempen perang di daratan.
1991 – Di Thailand, Jeneral Sunthorn Kongsompong memimpin rampasan kuasa untuk menjatuhkan Perdana Menteri Chatichai Choonhavan .
1997 – Kebakaran kecil berlaku dalam stesen angkasa Rusia, Mir .
1998 – Osama bin Laden menerbitkan fatwa yang mengisytiharkan jihad terhadap segala bangsa Yahudi dan "Salibi " (warga Eropah dan Amerika Syarikat).
1999 – Pejuang Kurd Abdullah Öcalan didakwa atas kesalahan derhaka di Ankara , Turki.
2005 – Sidang kemuncak dua hari antara Presiden A.S. George W. Bush dan Presiden Rusia Vladimir Putin berlangsung di Slovakia . Inilah kali pertama seorang Presiden A.S. melawat Republik Slovak semenjak republik tersebut ditubuhkan pada tahun 1993.
2009 – Slumdog Millionaire memenangi lapan Anugerah Akademi termasuk "Gambar Terbaik".
Kelahiran
Kematian