31 Januari
31 Januari merupakan hari ke-31 dalam takwim Gregorius . Tinggal 334 hari (atau 335 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan: Hari Kemerdekaan di Nauru (1968 ).
Peristiwa
Ham si Cimpanzi
630 - Berlakunya Perang Hunain iaitu di antara Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat nabi seramai 12,000 orang dengan kabilah-kabilah Kafir Quraisy yang tinggal di luar kota Mekah .
1504 - Perancis menyerahkan Naples kepada Aragon .
1606 - Guy Fawkes dihukum gantung sampai mati kerana terlibat dalam Komplot Serbuk Letupan terhadap Parlimen Inggeris dan Raja James I .
1747 - Klinik pertama yang mengkhususkan dalam rawatan penyakit kelamin , London Lock Hospital dibuka di London .
1801 - John Marshall menjadi Hakim Besar Mahkamah Agung Amerika Syarikat .
1814 - Gervasio Antonio de Posadas menjadi Pengarah Agung Argentina.
1876 - Amerika Syarikat memerintah semua orang asli Amerika supaya berpindah ke tanah rizab .
1900 - Penentangan Mat Salleh terhadap Inggeris di Borneo Utara berakhir apabila beliau ditembak mati di Tambunan .
1915 - Perang Dunia Pertama : Jerman mengacukan gas beracun terhadap Rusia .
1917 - Perang Dunia I: Jerman mengumumkan yang U-botnya akan meneruskan peperangan kapal selam tidak terbatas , tidak sampai dua tahun selepas peristiwa karamnya kapal samudera RMS Lusitania .
1942 - Penjajahan Jepun di Tanah Melayu : Pihak Berikat berundur dari Malaya British ke Singapura, menyerahkan negara itu kepada Jepun.
1944 - Perang Dunia Kedua : Tentera Amerika Syarikat mendarat di Atol Kwajalein dan Kepulauan Marshall yang dikuasai Jepun.
1945 - Prebet Tentera A.S. Eddie Slovik dihukum mati kerana kesalahan membolos diri , kali pertama askar A.S. dibunuh sejak Perang Saudara .
1946 - Di Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia , satu perlembagaan baharu mengasaskan enam buah republik juzuk: Bosnia dan Herzegovina , Croatia , Macedonia , Montenegro , Serbia dan Slovenia .
1950 - Presiden Harry S. Truman mengumumkan program pembangunan bom hidrogen .
1953 - Banjir Laut Utara meragut lebih 1,800 nyawa di Belanda .
1958 - Program Explorer : Explorer 1 - Pelancaran satelit buatan Amerika Syarikat pertama dijayakan.
1958 - James Van Allen menemui jalur sinaran Van Allen .
1961 - Di atas roket Mercury-Redstone 2 NASA, Ham si Cimpanzi (gambar) menjadi hominid pertama pergi ke angkasa lepas .
1966 - Program Luna : Kesatuan Soviet melancarkan kapal angkasa Luna 9 yang tidak berpenumpang.
1968 - Angkatan Viet Cong menyerang kedutaan Amerika Syarikat di Saigon .
1968 - Nauru mengisytiharkan kemerdekaan diri daripada Australia.
1971 - Program Apollo : Misi Apollo 14 - Alan Shepard , Stuart Roosa , dan Edgar Mitchell berlepas dalam kapal Saturn V untuk menjalankan misi di tanah tinggi Fra Mauro di Bulan .
1990 - Restoran McDonald's pertama di Kesatuan Soviet dibuka di Moscow .
1995 - Presiden A.S. Bill Clinton meluluskan pinjaman $20 bilion ke Mexico untuk menstabilkan ekonominya.
1996 - Ahli astronomi amatur Jepun Yuji Hyakutake menemui Komet Hyakutake , antara komet paling hampir dengan Bumi dalam 200 tahun terakhir.
2001 - Di Belanda, sebuah mahkamah Scotland menyabitkan kesalahan seorang warga Libya sambil membebaskan seorang lagi atas kesalahan mengebom pesawat Penerbangan Pan Am 103 yang terhempas di Lockerbie, Scotland pada tahun 1988.
2007 - Sebuah helikopter milik Malaysian Helicopter Services terhempas di Laut China Selatan menyebabkan seorang penumpang maut.
2010 - Dalam bola sepak, Mesir menewaskan Ghana untuk memenangi Piala Negara Afrika 2010 buat kali ketiga berturut-turut, manakala Togo dilarang menyertai dua kejohanan berikutnya.
2013 - Satu letupan di Menara Eksekutif Pemex di Bandar Mexico membunuh sekurang-kurangnya 37 orang.
2018 - Gerhana Bulan Super Blue Blood Moon yang berlaku setiap 150 tahun.
Kelahiran
877 – Taejo dari Goryeo (meninggal 943)
1512 – Henrique, Raja Portugal (meninggal 1580)
1543 – Tokugawa Ieyasu , shōgun Jepun (meninggal 1616)
1797 – Franz Schubert , pemain piano dan penggubah lagu dari Austria (meninggal 1828)
1835 – Raja Lunalilo dari Hawaii (meninggal 1874)
1868 – Theodore William Richards , ahli kimia dan cendekiawan dari Amerika Syarikat, pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia (meninggal1928)
1953 - R. Arumugam , pemain bola sepak Selangor
1960 – Grant Morrison , penulis dari Scotland
1960 – Željko Šturanović , ahli politik dan Perdana Menteri Montenegro ke-31 (meninggal 2014)
1980 – Shim Yi-young , pelakon Korea Selatan
1981 – Justin Timberlake , penyanyi dan pelakon dari Amerika Syairkat
1992 – Miqdad Addausy , pelakon lelaki Indonesia
Kematian
1900 - Mat Salleh , perjuang kemerdekaan Sabah.
1954 – Edwin Howard Armstrong , jurutera Amerika Syarikat, pencipta radio FM (lahir 1890)
1955 – John Mott , aktivis Amerika Syarikat, pemenang Hadiah Keamanan Nobel (lahir 1865)
1956 – A. A. Milne , penulis Inggeris, pencipta Winnie-the-Pooh (lahir 1882)
1966 - Arthur Ernest Percival , bekas Jeneral Pemerintah Markas Gerakan Tanah Melayu .
1973 – Ragnar Frisch , ahli ekonomi dan cendekiawan Norway, pemenang Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi (lahir 1895)
1974 – Samuel Goldwyn , penerbit filem dan pengasas bersama Goldwyn Pictures (lahir 1882)
1984 - Almarhum Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah , Sultan Perak ke-33.
1985 – Tatsuzō Ishikawa , penulis Jepun (lahir 1905)