1988 - Singapura menandatangani memorandum persefahaman dengan Malaysia untuk pembelian gas asli luar pesisir Terengganu. Dan bersetuju untuk membayar harga premium tidak kurang daripada S$20 juta kepada Malaysia. Perjanjian ini ditandatangani oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew bersama Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga membuat peruntukan supaya Singapura mengambil lebih banyak air dari Malaysia.
1990 - Mahkamah Amerika Syarikat mendapati syarikat Paperback Software bersalah melanggar hak cipta kerana meniru rupa dan sistem menuLotus 1-2-3 dalam atur cara hamparan kerjanya.
2010 - Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baharu yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.