Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Tulisan Jawi: ديوان اوندڠن نڬري ڤولاو ڤينڠ) adalah badan perundangan negeri bagi Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah institusi Unikameralisme terdiri daripada sejumlah 40 penggubal undang-undang.
Badan perundangan negeri unikameral, yang mana ahlinya dipanggil ahli dewan perundangan negeri (ADUN), bersidang di bangunan Dewan Undangan Negeri neoclassik di Light Street. Ia mempunyai 40 kerusi , 37 daripadanya diambil daripada Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional dengan hanya 2 kerusi semenjak pilihan raya umum 2018. Ia merupakan suatu keterbalikan tajam daripada 38 kerusi yang dipegang oleh BN pada pilihan raya umum 2004 dan hanya kali kedua semenjak kemerdekaan bahawa negeri itu jatuh ke tangan parti bukan -BN, kali terakhir pada tahun 1969.