Dewan Undangan Negeri di Malaysia ialah badan perundangan tertinggi peringkat negeri di Malaysia. Ia terdiri daripada ketua negeri (Yang di-Pertuan Besar, Sultan, Raja dan Yang di-Pertua Negeri), seorang pengerusi dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (atau kebiasannya disingkatkan kepada ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri daripada orang yang dilantik mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Ketua Negeri akan mengadakan persidangan dari semasa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ketua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran di negeri Melayu, (90) hari dari tarikh pembubaran di Sarawak dan Sabah.
Senarai dewan
Keanggotaan
Pengerusi
Pengerusi bagi sesebuah dewan undangan ialah Yang di-Pertua Dewan (atau juga disebut Speaker ataupun Pengerusi DUN). Ia dibantu oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Pelantikan Yang di-Pertua Dewan dibuat dengan pencalonan daripada ahli dewan[2]. Calon Yang di-Pertua Dewan boleh dalam kalangan ahli Dewan, bekas ahli Dewan atau calon bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik di Malaysia.
Berikut ialah senarai penjawat Yang di-Pertua Dewan semasa mengikut tarikh perlantikan paling terkini:
Ahli
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan[3]. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.
Seorang ahli DUN boleh memegang jawatan sebagai ahli Parlimen Malaysia (sama ada Dewan Negara atau Dewan Rakyat) serentak.
Ahli Dipilih
ADUN (atau ADN di sesetengah negeri) secara lazimnya dipilih melalui pilihan raya untuk satu sesi perkhidmatan. Ia dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sebilangan ADUN di pihak parti pemerintah akan dilantik menganggotai badan eksekutif negeri iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Kabinet Negeri (bagi Sabah[4] dan Sarawak).
Berikut ialah senarai ADUN dipilih semasa:
Ahli Dilantik
Terdapat beberapa negeri yang dibenarkan oleh undang-undang negeri masing-masing untuk melantik sebilangan individu menjadi ADUN tanpa melalui pilihan raya, iaitu Sabah yang memperuntukkan enam orang ADUN dilantik[5], Terengganu yang memperuntukkan empat orang;[6] iaitu dua wanita dan dua bukan Muslim,[7] dan Pahang yang memperuntukkan lima orang[8].
Berikut ialah senarai ADUN dilantik semasa:
Nota
- ^ a b c d Tidak terpakai bagi sesi semasa kerana sudah mempunyai ADUN wanita dalam DUN semasa.
Rujukan