Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Majlis Bandaraya Alor Setar merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandaraya Alor Setar, Kedah. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Latar belakang
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ialah sebuah kerajaan tempatan di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2003, dan sebelum ini dikenali Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS). Pada peringkat permulaan, Alor Setar ditadbir dalam kawasan yang kecil serta di seluruh daerah Kota Setar. MBAS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk kebajikan dan sebarang kemudahan prasarana yang terdapat di Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya serta mentadbir Daerah Pokok Sena.
Asal-usul penubuhan
Bermula dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau Sanitary Board pada tahun 1905, pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Kota Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar" pada Mac 1976, sekali lagi dinaiktaraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada Februari 1978 dan akhirnya pada tanggal 28 November 2003 bersamaan 4 Syawal 1424H, bandar Alor Setar telah diisytiharkan sebagai bandar raya Alor Setar ke-9 dengan gelaran Majlis Bandaraya Alor Setar selepas bandaraya-bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka Bersejarah.