Kuala Nerang merupakan sebuah bandar utama yang terletak dalam daerah Padang Terap, Kedah, Malaysia.
Sejarah
Sejarah Kuala Nerang dapat dijelaskan berdasarkan dua cerita iaitu maksud Kuala dan Nerang itu sendiri. Kuala ialah pertembungan dua sungai iaitu Sungai Pedu dan Sungai Padang Terap manakala Nerang pula bermaksud kawasan yang telah dicerahkan untuk dijadikan kawasan petempatan(kawasan sekitar yang dipenuhi pokok-pokok dan hutan) atau terang-benderang.