Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya ini: 221 kerusi pada 19 November dan satu kerusi pada 7 Disember.[3][nb 16]
Antara 2020 dan 2022, ketampakan penganjuran pilihan raya persekutuan awal kekal tinggi disebabkan oleh kemelut politik kerajaan negara. Ketidakstabilan politik terbit daripada para ahli parlimen bertukar parti atau gabungan, dan digabungkan dengan pandemik COVID-19, telah menyumbang kepada peletakan jawatan dua perdana menteri dan kejatuhan setiap kerajaan gabungan masing-masing sejak pilihan raya sebelumnya pada 2018.[4]
Dewan Rakyat ke-14 dijangka tamat pada 16 Julai 2023, lima tahun selepas mesyuarat pertama sesi pertama Parlimen Malaysia ke-14 pada 16 Julai 2018.[4] Bagaimanapun, atas permintaan penyandang Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertindak membubarkan Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2022, dan kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari itu. Mengikut perlembagaan, pilihan raya perlu diadakan dalam 60 hari, dengan 9 Disember 2022 sebagai hari pengundian terakhir yang mungkin.[5]
Secara tradisinya, pilihan raya umum untuk semua dewan undangan negeri (DUN) kecuali Sarawak juga diadakan serentak sebagai langkah penjimatan kos. Walau bagaimanapun, negeri-negeri boleh membubarkan badan perundangan mereka sendiri secara bebas daripada Parlimen, dan beberapa negeri (Sabah, Melaka dan Johor) melakukan pilihan raya awal akibat daripada kemelut politik seperti di atas, mengganggu kitaran pilihan raya biasa mereka. Negeri-negeri ini, dan Sarawak, telah menyatakan bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihan raya secara serentak. Tambahan pula, beberapa negeri lain, terutamanya yang berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional, telah menyatakan bahawa mereka lebih suka untuk melengkapkan tempoh penuh.[6]
Pakatan Harapan (PH) memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) tidak jauh ketinggalan dengan penguasaan kuat di kawasan utara negara, terutamanya dengan dominasi penuh di Perlis, Kelantan dan Terengganu.[7]Barisan Nasional dengan 30 kerusi, memperoleh kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula memperoleh dominasi ketara di Sarawak. Walau bagaimanapun, dengan keputusan rasmi (kebanyakan) kerusi Dewan Rakyat pada 20 November 2022, seperti jangkaan popular,[8] tiada gabungan parti yang membentuk majoriti, mencetuskan situasi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia, dan usaha pembentukan kerajaan campuran dijalankan.[9] Akhirnya, ketua PH Anwar Ibrahim dilantik dan diangkat sumpah sebagai Perdana Menteri negara ke-10 pada 24 November, dengan sokongan sampingan daripada BN, GPS, GRS,[10] Warisan, PBM dan calon bebas.[11]
Pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 menyaksikan perubahan kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sejak pilihan raya pertama kali diadakan pada tahun 1955. Pakatan Harapan, yang dahulunya merupakan pakatan kiri tengah antara empat parti, memenangi 113 kerusi di Dewan Rakyat (majoriti dua kerusi) berbanding Barisan Nasional, satu gabungan haluan kanan, yang hanya memenangi 79 kerusi. Pakatan Harapan menerajui kerajaan di peringkat persekutuan dengan sokongan dari Parti Warisan Sabah. Pilihan raya negeri serentak juga menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh majoriti buat pertama kalinya di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Parlimen tergantung terjadi di Kedah, Perak dan Sabah. Namun, perubahan keanggotaan parti ahli dewan undangan negeri selepas pilihan raya membolehkan Pakatan Harapan (atau Parti Warisan Sabah di Sabah) juga menjadi kerajaan di negeri-negeri ini.
Peristiwa-peristiwa penting
Pada bulan Julai 2019, Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019, yang mengandungi peruntukan untuk menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik, telah digubal oleh Parlimen.[12] Namun, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Pada bulan Jun 2020, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang bulan Julai 2021.[13]
Keabsahan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk seluruh negara pada tahun 2018 adalah pada tahun 2019 yang dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,[14] yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Persempadanan semula telah diluluskan dua bulan sebelum pilihan raya terdahulu, yang menyaksikan pengagihan tidak sekata yang sangat besar antara kawasan-kawasan pilihan raya. Sebagai contoh, di Selangor, Sabak Bernam mempunyai kira-kira 40,000 pengundi tetapi Bangi mempunyai 180,000 pengundi. Namun, sebarang pengagihan semula awal memerlukan pindaan perlembagaan, yang memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.[15] Status kajian semula itu pada masa ini tidak diketahui kerana perubahan dalam kerajaan semasa kemelut politik yang akan dijelaskan di bawah.
Pada akhir bulan Februari 2020, Perdana Menteri Ke - 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengundurkan diri sebagai perdana menteri, menyebabkan kekosongan kuasa di cabang eksekutif. Sebilangan besar daripada 32 ahli parlimen PPBM menarik diri dari kerajaan gabungan pimpinan PH, menyebabkannya kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, dan telah bekerjasama dengan BN.[17] Pada 1 Mac, Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke - 8, dan satu kerajaan minoritiPPBM dan pimpinan BN telah dibentuk. Pada 20 Ogos, Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri, selepas peletakan jawatan Muhyiddin Yassin.[18]
Sistem pilihan raya
Pilihan raya di Malaysia dijalankan di peringkat persekutuan dan negeri. Pilihan raya persekutuan bertujuan untuk memilih ahli Dewan Rakyat, dewan rendah Parlimen, manakala pilihan raya negeri di setiap 13 negeri bertujuan memilih ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing. Memandangkan kerajaan Malaysia mengamalkan sistem Westminster, ketua kerajaan (Perdana Menteri di peringkat persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di peringkat negeri) ialah individu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dalam badan perundangan masing-masing dan ini kebiasaannya pemimpin parti atau gabungan dengan majoriti kerusi di badan perundangan.
Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli, yang dikenali sebagai Ahli Parlimen. Mereka dipilih untuk penggal lima tahun. Setiap Ahli Parlimen dipilih dari satu kawasan dengan menggunakan sistem pengundian pemenang undi terbanyak. Sekiranya satu parti memperoleh majoriti kerusi, maka parti itu berhak membentuk kerajaan-, dengan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya parlimen tergantung, di mana tidak ada satu pun parti yang memperoleh majoriti kerusi, kerajaan masih dapat terbentuk melalui gabungan atau perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan parti-parti lain. Dalam praktiknya, gabungan dan pakatan di Malaysia umumnya berlaku antara pilihan raya, dan ahli-ahli parti biasanya tidak bertanding untuk kerusi yang sama.
Umur kelayakan mengundi terkini adalah 21 walaupun umur 18 dianggap orang dewasa di Malaysia. Malaysia pada masa ini tidak mewajibkan pengundian dan pendaftaran pengundi automatik. Walaupun Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang memperuntukkan usia pengundian diturunkan kepada 18 dan untuk pendaftaran pengundi secara automatik digubal pada bulan Julai 2019, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya Pilihan Raya, badan yang bertanggungjawab menjalankan pilihan raya persekutuan dan negeri, berkata persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang Julai 2021. Suruhanjaya Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.
Ahli politik pembangkang, penganalisis politik dan ulasan dalam talian telah mengkritik keputusan untuk mengadakan pilihan raya pada penghujung 2022 dan bukannya awal 2023 kerana bertembung dengan musim monsun akhir tahun.[28][29][30] Dengan Malaysia masih pulih daripada banjir serius pada tahun sebelumnya, ahli politik pembangkang menuduh kerajaan yang memerintah tidak bertimbang rasa terhadap para mangsa. Pihak parti pembangkang juga menuduh pemasaan ini sebagai cubaan disengajakan untuk mengekang peratusan undian tinggi yang berpotensi menguntungkan parti pembangkang.[31][32] Sebagai tindak balas, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan bahawa pilihan raya akan diteruskan walaupun terdapat kebimbangan banjir di seluruh negara,[29] dengan menuduh parti pembangkang sebagai "pengecut" dan "ingin mereka membeli masa" untuk mendapatkan sokongan tambahan, sambil menambah bahawa kenyataannya telah diambil di luar konteks.[33][34]
Keputusan pembubaran awal parlimen juga dilihat oleh beberapa ahli politik pembangkang lain sebagai usaha untuk menghalang lebih ramai ahli politik BN pemerintah daripada terkena dakwaan korupsi, atau usaha dalam pengampunan ahli politik yang dipenjarakan seperti bekas perdana menteri Najib Razak yang telah didapati bersalah atas peranannya dalam skandal 1MDB.[35] Dalam ucapan Zahid Hamidi dalam mesyuarat agung komponen BN, Kongres India Malaysia, Zahid memberi amaran bahawa lebih ramai ahli politik BN akan dipenjara sekiranya BN kalah dalam pilihan raya.[36][37] Ismail Sabri Yaakob juga didakwa tunduk terhadap tekanan rakan sejawat UMNO untuk membubarkan parlimen, tetapi dinafikannya.[38]
Akibatnya, pertembungan PRU dengan musim tengkujuh ialah faktor utama keengganan kerajaan negeri milik pembangkang untuk membubarkan ADUN masing-masing, dengan hujah untuk menumpukan perhatian kepada nasib rakyat dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir akhir tahun lazim.[39] Sementara itu, sebilangan pihak seperti Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah lebih menerima keputusan perlaksanaan pilihan raya secara awal, dan melihatnya sebagai penawar perlu kepada ketidakstabilan politik semasa negara.[40]
Penurunan usia pengundian
PRU15 adalah pilihan raya umum pertama Malaysia di mana umur minimum mengundi ialah 18 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini. Kira-kira 6 juta pengundi baharu, sama ada muda atau sebelum ini tidak berdaftar, dijangka menyertai pilihan raya.[41] Kumpulan umur 18-20 tahun mewakili 1.39 juta pengundi kali pertama, dan pengundi berumur 18-39 tahun menyumbang kira-kira separuh daripada 21 juta pengundi berdaftar Malaysia.[42]
Pilihan raya itu menyaksikan banyak perubahan kerusi dari semua pihak politik, dengan calon sama ada diumumkan keluar dari kawasan asal mereka untuk bertanding di kawasan lain, atau beberapa ahli parlimen berprofil tinggi digugurkan daripada pemilihan. Mereka yang digugurkan atau tidak dipilih bagaimanapun terus bertanding sebagai calon bebas atau dalam parti lawan untuk mempertahankan kerusi mereka ataupun bertanding semula hingga menyebabkan keahlian mereka digugurkan.
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan mengumumkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Rembau, menggantikan penyandang Khairy Jamaluddin, yang dijangka diletakkan dalam kerusi majoriti pembangkang,[43] dengan Khairy disahkan bertanding di kerusi kubu kuat PKR, Sungai Buloh.[44] Selain itu, beberapa penyandang ahli parlimen UMNO berprofil tinggi, termasuk Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman, digugurkan daripada bertanding berikutan khabar angin selepas mereka dipercayai menyokong Ismail Sabri berbanding Zahid Hamidi.[45] Antara yang digugurkan, Zahidi Zainul Abidin, penyandang Padang Besar, bertanding sebagai calon bebas, manakala Shahidan bertanding untuk mempertahankan kerusi Arau sebagai calon PN, menyebabkan keahlian mereka dan beberapa yang lain digugurkan.[46] Dalam langkah yang sama, penyandang PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi bertanding mempertahankan kerusinya dengan tiket BN selepas beliau digugurkan daripada senarai calon, mengakibatkan dirinya dibuang dari PAS.[47]
Selain itu, ketua PH, Anwar Ibrahim bertindak berpindah ke Tambun,[48] dan Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Bandar Tun Razak dalam rancangan PKR untuk meletakkan calon berkedudukan tinggi di kerusi bekas ahli parti.[49] Satu lagi kerusi panas, Gombak, menyaksikan Menteri Besar SelangorAmirudin Shari dicalonkan sebagai calon PH bagi menghadapi penyandang Azmin Ali,[50] salah seorang orang-orang besar dalam krisis politik Malaysia ketika itu.[51] PKR juga menetapkan beberapa orang-orang besar sebagai calon dengan tiket PH.[52] Bekas ahli parlimen BatuTian Chua, yang tidak dipilih untuk bertanding berbanding penyandang Prabakaran Parameswaran, bertanding semula sebagai calon bebas, dan dibuang parti.[53]
Sementara itu, DAP telah menggugurkan dua penyandang ahli parlimennya, Charles Santiago dan Wong Tack daripada kerusi parlimen masing-masing,[54] dan digantikan oleh calon-calon muda,[55][56] menyebabkan kedua-duanya mempersoalkan kewajaran DAP untuk tidak mencalonkan mereka,[57] dengan Wong bertindak bertanding mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas,[58] lalu dibuang parti juga.[59]
Pada 16 November, penyandang dan calon PH Padang Serai, Karupaiya Mutusami meninggal dunia, tiga hari sebelum pilihan raya. Ini ialah kali ketiga dalam sejarah pilihan raya Malaysia bahawa calon meninggal dunia dalam tempoh kempen.[60] Berdasarkan perundangan SPR, satu mesyuarat khas diadakan pada 18 November, sehari sebelum PRU, dan pilihan raya khas di Padang Serai akan diadakan pada 7 Disember, dengan pencalonan pada 24 November.[61]
^ Gunakan logo tulisan Perikatan Nasional PN pada kertas undi.(Seluruh semenanjung kecuali Kelantan dan Terengganu)
^ Gunakan simbol bulan PAS pada kertas undi di Kelantan.
^ Gunakan simbol bulan PAS pada kertas undi di Kelantan dan Terengganu. Bertanding secara berasingan di Sabah.
^ Gunakan simbol dacing BN pada kertas undi. (Seluruh semenanjung)
^ Gunakan simbol ڤ iaitu simbol PEJUANG pada kertas undi. (Seluruh semenanjung kecuali Kelantan)
^ Gunakan simbol tanjak PUTRA pada kertas undi di Kelantan.
^ abcdRalat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RV
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Voting
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Population
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PBRS" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya. Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "GRS" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya. Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PSB" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya. Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PBK" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PBDS" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Kesudahan
Dalam PRU ini, Pakatan Harapan memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, manakala Perikatan Nasional memperoleh kejayaan besar dengan 72 kerusi, dengan penguasaan penuh kerusi di Perlis, Kelantan dan Terengganu. PAS selaku ahli PN memenangi bilangan kerusi terbanyak sebagai parti tunggal iaitu sebanyak 49 kerusi manakala DAP dari ahli PH memperoleh 40 kerusi.
Parlimen tergantung dan usaha pembentukan kerajaan
Dengan tiada parti/gabungan parti yang memperoleh majoriti 112 kerusi, PRU ini membawa kepada parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia. Dengan ini, para gabungan parti bertungkus-lumus dalam membentuk suatu gabungan yang dapat mencapai majoriti tersebut. Sejurus selepas keputusan PRU dikeluarkan, kedua-dua ketua parti Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional masing-masing mendakwa mereka mempunyai gabungan dengan majoriti yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak mengesahkan bilangan kerusi dan parti yang disertai.[75][76]
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, memberikan semua pemimpin parti gabungan masa hingga 2 petang, Isnin, 21 November untuk menyerahkan nama calon Perdana Menteri yang disokong mereka kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[77] Walau bagaimanapun, dengan pembinaan gabungan majoriti masih tidak berhasil, tarikh akhir dilanjutkan lagi 24 jam sehingga hari keesokannya.[78]
Pada 22 November, Barisan Nasional mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyokong penggabungan dengan kedua-dua parti sama ada Pakatan Harapqn mahupun Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan persekutuan.[79] Pada petang hari itu Al-Sultan Abdullah menyeru parti gabungan dari PH dan PN iaitu Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin ke Istana Negara untuk melantik Perdana Menteri.[80][81]
Nota
^Penngundian di 11 pusat mengundi di Baram ditunda hingga 21 November disebabkan banjir, manakala pengundian di Padang Serai ditunda ke 7 Disember disebabkan kematian calon.
^Barisan Nasional menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri mereka, tetapi Ahmad Zahid Hamidi merupakan pemimpin terutama semasa pilihan raya.
^Jumlah kerusi dan perkongsian undi yang dimiliki parti yang ketika ini mengganggotai Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS). Jumlah kerusi dan perkongsian undi yang diperolehi Barisan Nasional seperti mana yang diperolehi pada pilihan raya lepas adalah 79 kerusi dan 33.77%
^MUDA bukan parti komponen dalam Pakatan Harapan dan hanya bekerjasama sebagai gabungan pilihan raya.
^Gabungan parti baharu yang ditubuhkan pada 2020. Jumlah perkongsian undi untuk
BERSATU, PAS, STAR and SAPP dalam pilihan raya lepas adalah sebanyak 23%
^Parti gabungan baharu yang ditubuhkan pada 2018. Ini adalah jumlah kerusi dan perkongsian undi yang diperolehi oleh PBB, PRS, SUPP dan PDP pada pilihan raya lepas. Semua parti tersebut sebelum ini adalah parti komponen dalam Barisan Nasional.
^Parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak tidak mempunyai calon di luar negeri Sarawak (31 kerusi) dan sebab itu tidak boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.
^Gabungan Rakyat Sabah tidak mempunyai calon di luar negeri Sabah (25 kerusi) dan sebab itu tidak boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.
^PBM kini dalam pertikaian kepimpinan, dengan penyandang presiden Larry Sng mendakwa beliau masih presiden parti, manakala Zuraida Kamaruddin diumumkan sebagai presiden baharu selepas perhimpunan agung parti pada Oktober 2022 tanpa prosedur yang betul, telah diumumkan sebagai calon presiden pada Jun 2022.
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama seat_change
^Parti Sarawak Bersatu tidak mempunyai calon di luar negeri Sarawak (31 kerusi) dan sebab itu tidak boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.
^Parti Warisan Sabah tidak mempunyai calon di luar negeri Sabah (25 kerusi) dan sebab itu tidak boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.
^Pemilihan di Padang Serai (P015) ditangguhkan dari 19 November berikutan kematian calon Pakatan Harapan, Karupaiya Mutusami. Pemilihan di beberapa daerah pengundian Baram (P220) ditunda ke 21 November ditunda akibat cuaca buruk.
^Parti PAS telah memutuskan tiga negeri yang dikuasainya, Kelantan, Kedah dan Terengganu, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
^Jeremy Veno (10 Januari 2019). "A guiding light for GPS". The Borneo Post. Dicapai pada 23 Januari 2019. According to Abang Johari, the focal point of the GPS logo depicts the Kenyalang (hornbill) in the shape of an ‘S’ which reflects the vision and slogan of the party of putting ‘Sarawak First’.
Nota: Parti yang dinyatakan dalam kurungan (...) ialah parti yang mempunyai calon yang bertanding menggunakan lambang parti tersebut. Parti yang dicondongkan ialah nama gabungan parti yang belum disahkan pendaftaran.