Berikut ialah peristiwa-peristiwa utama sebelum pilihan raya umum (PRU) Malaysia ke-15 pada 2022.
Oktober 2022
- 10 Oktober: Dewan Rakyat ke-14 diisytiharkan dibubarkan oleh Perdana Menteri lalu memberi laluan kepada kewajiban PRU dalam 60 hari.[1]
- 12 Oktober: Ikatan Demokratik Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam PRU.[2]
- 13 Oktober: DUN-DUN milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bawah Perikatan Nasional (DUN Perlis, Kelantan dan Terengganu) diisytiharkan tidak dibubarkan bersama-sama Dewan Rakyat.[3]
- 14 Oktober: DUN Perlis dan Pahang diisytiharkan terbubar.[4][5]
- 15 Oktober: DUN-DUN milik Pakatan Harapan (DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) diisytiharkan tidak dibubarkan bersama-sama Dewan Rakyat.[6]
- 16 Oktober: Ketua MUDA, Syed Saddiq berucap dalam satu majlis anjuran partinya di tempat kerusinya, Muar. Walau bagaimanapun, majlis menerima provokasi, tetapi berjaya dikawal.[7]
- 17 Oktober: DUN Perak diisytiharkan dibubarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.[8]
- 20 Oktober: Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengumumkan hari-hari penting PRU.[9]
- 26 Oktober:
- 28 Oktober:
- PKR mengumumkan senarai penuh calon yang dipertandingkan dalam PRU.[12]
- Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng bertindak menggantung jawatan Zuraida Kamaruddin dan ahli-ahli majlis tertinggi kerana dibilang "menjejaskan kepercayaan kepimpinan saya (Larry Sng) dan telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada ahli parti dan orang awam keseluruhannya."[13]
November
- 2 November: PN dan BN umumkan calon mereka pada hari yang sama. [14][15]
- 5 November: Hari penamaan calon.[9]
- 15 November: Hari pengundian awal.[9]
- 17 November: Para pelajar pengajian tinggi diberi cuti khas bermula 17 hingga 21 November bagi memudahkan proses ulang alik pelajar sempena PRU.[16][17]
- 19 November: Hari pengundian PRU.[9]
Rujukan
|
---|
|
|
Parti dilantik ke Dewan Rakyat (bilangan wakil) | |
---|
Parti yang bertanding (bilangan calon) | |
---|
Topik berkaitan | |
---|
Nota: Parti yang dinyatakan dalam kurungan (...) ialah parti yang mempunyai calon yang bertanding menggunakan lambang parti tersebut. Parti yang dicondongkan ialah nama gabungan parti yang belum disahkan pendaftaran. |