Berikut merupakan komponen parti bebas sama ada berhaluan kanan atau berhaluan kiri. Parti bebas berhaluan mandiri merupakan parti yang tidak menyertai mana-mana pakatan ataupun gabungan politik yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Parti ini sering dikenali sebagai king maker sekiranya mereka mempunyai kerusi parlimen/dun dengan jumlah yang sedikit semasa terdapatnya penggantungan parlimen/dun dan mereka juga mempunyai pilihan untuk tidak bergabung dengan mana-mana parti untuk bentuk kerajaan. Parti ini juga kebiasaannya mempunyai ideologi "Ke-tiga" iaitu ideologi yang tidak sama dengan parti berhaluan kiri ataupun parti berhaluan kanan (ideologi yang digunakan mungkin minoriti atau parti yang lebih berfokuskan kepada satu wilayah sahaja, mementingkan ideologi nasional).
Parti didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang aktif di peringkat sesebuah negeri atau wilayah sahaja serta ditubuhkan di dalam negeri atau wilayah berkenaan dan tidak berfokuskan kepada semua negeri di Malaysia. Parti tempatan juga mempunyai unsur sesebuah wilayah dan negeri di dalam lambang dan nama parti tersebut. (Sebagai Contoh: Parti Gagasan Rakyat Sabah yang hanya berfokuskan negeri Sabah telah meletakkan unsur Gunung Kinabalu di dalam lambang mereka sebagai simbolik ideologi berkenaan dengan ketempatan Sabah. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang hanya berfokuskan negeri Sarawak pula meletakkan unsur "bumiputera Sarawak" dalam lambang dan nama sebagai tanda ideologi mereka melindungi hak-hak orang asal Sarawak. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Parti Gagasan Rakyat Sabah juga ditubuhkan di sesebuah negeri sahaja dan tidak menubuhkan cawangan diluar negeri serta berfokuskan kepada satu negeri sahaja.) Gabungan parti politik tempatan yang berdaftar juga tidak terkecuali dalam kategori Parti-Parti Tempatan. Cawangan atau cabang parti nasional tidak termasuk.
^Parti Perikatan berkembang untuk meliputi parti-parti komponen baru selain 3 parti asalnya, UMNO, MCA dan MIC, dan dinamakan semula sebagai Barisan Nasional.
^UMNO (Baru) telah ditubuhkan pada 16 Februari 1988. Terma "Baru" bagaimanapun telah dilupuskan melalui pindaan perlembagaan pada Julai tahun yang sama.
^Perlembagaan IKATAN telah dipinda untuk menukar namanya kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan)
^Perlembagaan PDS telah dipinda untuk menukar namanya kepada Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) pada 28 Julai 1999.
^Perlembagaan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) telah dipinda untuk menukar nama serta perlembagaanya kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)
^Perlembagaan Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) telah dipinda untuk menukar namanya kepada Parti Bersatu Sasa Malaysia(BERSAMA)
^Perlembagaan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM) telah dipinda untuk menukar namanya kepada Parti Amanah Negara (AMANAH)
^ abcParti Komunis Malaya beroperasi secara sah dari 1945-1948. Tetapi selepas ia diharamkan, parti itu bergerak di bawah tanah untuk melancarkan pemberontakan bersenjata. Pada 1970, mantan Rejimen Ke-8 Tentera Pembebasan Kebangsaan Malaya, sayap bersenjata PKM, berpecah untuk membentuk PKM (Puak Revolusioner). Pada 1974, berlaku perpecahan ketiga antara kader PKM yang mahu menamatkan penentangan ideologinya terhadap persekutuan Malaysia yang lebih besar dan membentuk PKM (Marxis Leninis).